Bismillah...ramai insan ada idea..ramai juga banyak ilham..ramai juga banyak plan..ramai juga gila masuk seminar tapi setahun demi setahun macam tu jugak..kenapa? sebab? tiada harapan? mengalah? Sifu juga mengalami kegagalan beberapa kali sampai malu tengok muka sendiri di cermin tetapi sifu belajar banyak perkara untuk bangkit bukan untuk diri sendiri malah untuk orang di sekeliling sifu juga.. ANDA KEMBALI BANGKIT JIKA IKUT PERKARA DI BAWAH..In Sha Allah jika Allah izinkan..
1. Kenal Diri, Bina Diri dan Serlahkan Kepakaran anda dengan penuh minat. (jika tidak anda terus mencari dan mencari diri sampai tak jumpa-jumpa)
2. Ikut kemampuan diri dan JANGAN IKUT orang dan mendesak sampai hilang fokus. (ini perkara utama jika anda hilang fokus, satu tahun semua benda nak buat sampai tercicir segalanya, siap satu baru fokus yang lain pulak melainkan anda bijak dalam pengurusan dan ada team yang bagus)
3. Branding Kepakaran anda supaya pasaran mengakui kewujudan anda dan lalui fasa muamalat tadi secara konsisten dan Leverage Brand apabila market semakin besar. (wajib simpan database klien dan JUJUR dalam segala urusan)
4. Belajar SENI Marketing, kewangan, pengurusan, HR, pelaburan pelbagai instrumen, ekonomi, harta tanah pelbagai jenis, minda pengguna, management risk, wajib belajar teknikal dan sistem. (selagi anda tidak menjumpai semua seni ini anda akan terikut trend pasaran sampai anda takut dengan TAMPARAN EKONOMI apatah lagi seni saham dan lain-lain, ilmu ini adalah mencari mereka yang pakar kerana sistem dan teknikal tiada dalam buku fundamental di pasaran)
5. Tukar MASALAH kepada Peluang dan peluang tadi kena tukar kepada HASIL melalui teknikal yang paling SMART.
6. Jangan mudah merasa SELESA, ReINVEST untuk kelangsung BRAND anda. Tahukah anda nilai industri Brands bernilai 5 Trillion setahun?
7. Networking dan kebajikan Wajib diutamakan.
8. Jaga KUALITI dan penting pengurusan yang baik setiap masa.
9. Bila dah berjaya lahirkan Trainer sebab ini adalah tanggungjawab kita sebagai Muslim.
JIKA MASIH MENANGIS SEKARANG SAPU AIR MATA DAN USAHAKAN SECARA SMART. LIST SATU PERSATU DAN BERTINDAK..TERUS BERTINDAK.. Anda menjadi apa yang anda fikirkan dan apa yang anda usahakan. In Sha Allah..daripada hamba yang tidak seberapa dan perlukan banyak bantuan daripada sahabat semua. Ini semua pengalaman sifu sendiri dan bukannya memandai mandai.