Ilmu Tangan Ghaib


Baik, Sifu kupas serba sedikit, pastikan salin ya..selebihnya 1 hari kita ambil 1 jari boleh ya..
malam ini sifu bagi INTRO tentang ILMU 5 TANGAN GHAIB ini, kalau tak cukup 5 jari ini nak genggam pun dah tak jadi penumbuk, maka sendu senduanlah jadinya. Faham.

ILMU TANGAN GHAIB
=================

Istilah 'Tangan Ghaib' ini (The Invisible Hand) pada abad ke-18 pertama kali telah dipopularkan oleh Sir Adam Smith, pelopor ekonomi sistem kapitalis berbangsa Scotland dalam buku beliau yang sangat terkenal bertajuk "THE WEALTH OF NATIONS" dan "THE THEORY OF MORAL SENTIMENTS" dalam menghuraikan mekanisme strategi pemasaran. "Tangan Ghaib" ini kata Smith adalah berdasarkan pada naluri dan keghairahan manusia untuk mengejar keuntungan. Itu based on tulisan karya mat salleh lah.

Baik, mari kita rujuk pada tulisan karya Maha Pencipta kita pula iaitu Al-quran. Terlalu banyak sekali menggunakan perkataan "Tangan" untuk menggambarkan kekuasaan Allah dan kurnia Allah.
Di dalam proses sifu mengkaji dan mendalami ilmu metafizik sains penomboran Islamik berasaskan Al quran ini, dengan 1 hari 1 potong ayat, untuk memahami coding numbers + tafsir, banyak dijumpai pembuktian pembuktian yang nyata lagi jelas.

Di antara ayat ayat tersebut boleh rujuk Al quran dalam beberapa surah di bawah seperti:

Surah 67 ayat 1, Allah berfirman
"Maha Suci Allah yang di TANGAN-Nyalah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Surah 57 ayat 29, Allah berfirman
"Dan bahawasanya kurnia itu adalah di TANGAN Allah. Dia memberikan kurnia itu kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar".

Surah 5 ayat 64, Allah berfirman
"Orang-orang Yahudi berkata:"TANGAN Allah terbelenggu", sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki".

Satu persoalan yang sifu nak lontarkan di sini adalah,"KITA MENDEKATI REZEKI ATAU REZEKI YANG MENDEKATI KITA..?" Cuba jawab dan berikan contohnya.

BENAR itu, sesungguhnya rezekilah yang mendekati kita melalui "TANGAN ALLAH". Contoh mudah kita ambil di sini adalah dalam sepinggan nasi kita makan itu, ada beras siam, ada garam dari Madura, bawang dari Maldives, Ikan dari Laut China Selatan dan sebagainya. Cuba kalau kita ambilnya terus dari tempatnya, nak ambil masa berapa lama itu..?? Rasa rasanya sampai tak termakanlah kita. Itulah TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH..Syukur ALHAMDULILLAH.

Apa yang sifu nak share di sini adalah tangan itu adalah terdiri dari dua yang kita gunakan untuk membuka pintu syurga dunia (Kekayaan), membuka pintu syurga akhirat dan menggenggam PENUMBUK PELABURAN LANGIT.

1. TANGAN NYATA.
Dapat dilihat secara zahir, adalah tangan milik manusia atau kita panggil sebagai dengan ikhtiar. Sifu amat bersetuju bila dikatakan rezeki kita jauh kerana sebab tangan kita sendiri.

Buktinya Firman Allah dalam Surah Asy-Syuura ayat 30,"DAN APA SAHAJA MUSIBAH YANG MENIMPA KAMU MAKA ADALAH DISEBABKAN OLEH PERBUATAN TANGANMU SENDIRI, DAN ALLAH MEMAAFKAN SEBAHAGIAN BESAR DARI KESALAHAN-KESALAHANMU".

Contoh, rezeki kita jauh kerana sebab tangan kita sendiri, sebab kurang usaha, ikhtiar, tawakkal.

2. TANGAN GHAIB
Tidak dilihat secara zahir, HANYA BERBEKALKAN ILMU YAKIN, adalah ibadah yang Allah ajar melalui Rasulullah bagi kita menjemput rezeki. Apabila kita gerakkan kesannya akan terasa dunia dan akhirat.

Bagaimana sifu boleh bahagikan tapak tangan melambang "Tangan Ghaib";

IBU jari : sedekah
Jari telujuk: solat tahjjud
Jari tangan silaturrahim
Jari manis: solat Dhuha
Jari keliniking :  zikir

Boleh sifu terangkan
IBU jari : Sedekah
Sifu menganalogikan sedekah itu dengan IBU jari kerana Sedekah itulah "Ibu segala rezeki". Kalau Sudah dipraktikkan, maka kita berhak untuk mendapatkan "TWO THUMBS UP", satu dari Yang Maha Memberi, dan satu lagi dari yang menerima sedekah kita. 
Allah kan sudah berfirman dalam Surah 51 ayat 49 yang membawa maksud begini,"AKU CIPTAKAN SESUATU ITU BERPASANG-PASANGAN TIADA LAIN TIADA TUHAN MELAINKAN UNTUK MENGESAKAN DAN MENTAUHIDKAN ALLAH".

DI antara pesan Nabi berkenaan sedekah adalah,

"Bersegeralah bersedekah, kerana bala tidak pernah mendahului sedekah".
"Ubatilah penyakitmu dengan sedekah"
"Sedekah mampu memanjangkan umur"
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah"
"Pancing rezeki dengan sedekah"

Jari Telunjuk : Solat Tahajjud
Sifu menganalogikan Solat Tahajjud sama dengan jari telunjuk, atau dalam mazhab sifu lebih dikenali sebagai MEMBUKA PILI REZEKI DENGAN TAHAJJUD yang dapat kita gunakan untuk memerintahkan sesuatu. Doa pada ketika bertahajjud tidak akan lari walau seinci dari sasarannya.

Jari Tengah : Silaturrahim
Silaturrahim itu analoginya seperti jari tengah, kerana kedudukannya yang paling tinggi di jari manusia, sebagai khalifah atas muka bumi Allah ini, selaras dengan pesan nabi'sebaik baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat untuk orang lain. Buktinya bukanlah kebiasaan orang barat ketika menunjukkan permusuhan adalah dengan mengacungkan jari tengah.

Jari Manis :Dhuha
Sifu analogikan Solat Dhuha itu sebagai jari manis, disebut jari manis kerana kebiasaannya kita kan menghiasinya dengan cincin yang indah, atau jari rezeki kerana fungsi utamanya sebagai solat rezeki. Dalam mazhab sifu lebih dikenali sebagai MENADAH BALDI REZEKI DENGAN DHUHA.

Jari Kelingking : Zikrullah
Sifu analogikan seperti Jari kelingking walaupun saiznya paling kecil tapi memiliki fungsi sebagai pelengkap dan sering digunakan untuk membersihkan kotoran yang ada pada diri kita terutamanya hati. Selain itu zikrullah juga akan mendatangkan rezeki kepada kita.

Sekali lagi sifu nak ingatkan di sini adalah sebelum kalian menggerakkan tangan ghaib, tunaikan kewajipan Anda sekarang juga. Dengan TANGAN GHAIB maka WANG PASTI AKAN MELUTUT DI KAKI KAMU.

FAHAM, habis setakat ini dulu..kita sambung esok pula satu persatu.


5 Tangan Ghaib itu ada dalam SOP Buku 555, esok insyaallah kita mulakan dengan IBU JARI dulu boleh....pastikan IKAT ILMU DENGAN CATITAN, PELIHARA ILMU DENGAN AMALAN ya.

Sifu Farihan Yahya

Popular Posts