KISAH SEORANG SUFI
Suatu hari si sufi mahu pergi ke suatu tempat. Untuk sampai ke destinasinya, beliau menumpang sebuah sampan.
Ada beberapa orang telah pun berada di dalam sampan yang hendak dia tumpang itu.
Kemudian naik seorang penumpang yang baru sampai. Kebetulan hamba Allah ini mengenali si sufi tersebut. Beliau pun terus bertanya kepada si sufi itu;
"Bagaimana doa tuan begitu makbul sekali"?
Si sufi tak menjawab soalan ini. Dia diam saja.
Pendayung sampan mula berkayuh membawa penumpang-penumpangnya. Dan ada yang telah turun bila telah sampai ke tempat yang dituju.
Akhirnya tinggallah tiga orang sahaja. Si sufi, hamba Allah itu dan pendayung sampan.
Ketika itu sampan berada ditengah sungai dan sedang menuju ke seberang.
Tiba-tiba si sufi dengan cepat menolak hamba Allah yang bertanya tadi ke dalam sungai.
Maka tenggelam timbullah hamba Allah itu kelemasan di tengah-tengah sungai tersebut.
Si sufi hanya melihat saja orang itu dah berapa banyak dah terminum air.
Si pendayung sampan sangat kasihan melihat hamba Allah itu terjerit-jerit dan melaung-laung meminta tolong.
Si pendayung sampan terjun kedalam sungai dan dengan bersusah payah menaikkan orang itu kedalam sampan semula.
Dengan tercungap-cungap menarik nafasnya beliau segera berkata kpd si sufi itu.
"Kenapa tuan tolak saya"?
Jawab si sufi, "Itulah jawapan kepada soalan kau tadi."
"Tadi, ketika kau lemas,apa yang kau kata..?"
"Semasa saya lemas tadi, saya benar berharap kepada Allah, agar segera menyelamatkan saya. Mudah-mudahan ada orang sudi menolong saya."
Kata si sufi, "Begitulah aku, apabila berdoa, aku benar-benar berharap kepada pertolongan Allah.."
Untuk makbul doa, hendaklah benar-benar berharap dengan sepenuh harapan agar Allah terima doa...
Ketika kau lemas dan berdoa sepenuh hati kau, maka doa kau telah pun diterima...