Ulangkaji
Terlebih dahulu, terutamanya yang baru sertai @BilikIlmu_769SAFT ini, sifu ucapkan selamat datang dan berlapang dada kita di sini ya. Dan kosongkan gelas. Ilmu Allah ini terlalu luas, rantingnya banyak, semuanya tiada cacat dan celanya. Asalkan kita berpaut pada dahan yang SATU, In Sya Allah akan mendapat berkat dan barokah Allah. Sifu ini tidak ada apa di sini, hanya sekadar sarung bernyawa sahaja yang berkongsi secebis ilmu atas pengalaman perjalanan RASA, dengan izinNya.
MISI & VISI TRIBE #769SAFT
MEMBENTUK SEBUAH JIWA YANG TENANG
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan berdiri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka disitulah Arah yang diredhai Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA). Lagi sentiasa mengetahui. (Al baqarah : ayat 115)
MISI
Membina keperibadian modal insan ke arah membentuk SEBUAH AHLAK YANG TERPUJI.
OBJEKTIF TRIBE #769SAFT ini :
a) Mewujudkan suasana ”BERMOTIVASI” dengan menterjemahkan personaliti yang terpuji dengan menjadikan ”ALLAH SWT SEBAGAI SUMBER INSPIRASI” melalui MODEL PEMBANGUNAN POTENSI KEHIDUPAN yang bersandarkan 4 sifat wajib bagi NABI MUHAMMAD S.A.W yang terpuji.
b) Membangunkan tahap sosio ekonomi para peserta ke tahap yang lebih memberangsangkan.
c) Memperkasa minda & jiwa para peserta dengan membangunkan persekitaran yang berinspirasi dan mempunyai nilai UKHUWAH yang tinggi berpaksikan KASIH SAYANG. KASIH SAYANG ITULAH SIFAT AR RAHIM ALLAH (MAHA PENYAYANG). DI MANA ADA SUBURNYA BENIH KASIH SAYANG, DI SITULAH AKAN HADIR SIFAT AR RAHMAN ALLAH (MAHA PEMURAH) NIKMAT, BERKAT DAN BAROKAH ATAS ILMU DAN PELBAGAI JUA ASPEK KEHIDUPAN.
Ada beberapa sahabat pm bertanyakan tentang Getaran Kesyukuran , Buku 555 dan Traffic Light. Jadi, dikongsikan semula SOP di bawah supaya sahabat baru pun boleh belajar. 😊
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7 GETARAN KESYUKURAN
1. NIAT KERANA ALLAH
2. TEKAD UNTUK LAFAZKAN DENGAN ISTIQOMAH SELAMA 40 HARI
3. LAFAZKAN SETIAP HARI SELEPAS SOLAT SUBUH
4. TULIS & SHARE 7 GETARAN KESYUKURAN DI KEPADA INSAN SEKELILING. (ONLINE ATAU OFFLINE)
CONTOH :
7 GETARAN KESYUKURAN
Bismillah
'Ibrāhīm:7 - Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Alhamdulillah, Syukur Kepada Allah
Terima Kasih Ya Allah, Masih Memberi Peluang Untuk Aku Hidup Sehari Lagi. Tahun 2017 Akan Menjadi Tahun Yg Lebih Bermakna Untuk Diri Ini & Keluarga Dgn Izin Mu
Terima Kasih Ya Allah, Engkau Memberi Peringatan & Kesedaran Kepada Diri Ku Ini. Tidak Sedar Akan Kesalahan Diri Ini Selama 8 Tahun Ini. Segala Yg Berlaku Ada Hikmah Di Sebaliknya
Terima Kasih Ya Allah, Engkau Memberi Kembali Sinar Di Dalam Hidup Ku. Moga Aku Diberi Kekuatan Untuk Kekal Di Dalam Perubahan Yg Baik Ini
Terima Kasih Ya Allah, Segala Persoalan Ku Telah Terjawab. Bersyukur Kerana Semuanya Telah Engkau Tunjukkan. Berilah Kebahagiaan Di Dalam Kehidupan Kami Sekeluarga
Terima Kasih Ya Allah, Hari Ini Anak² Anugerah Dari Mu Telah Bersekolah Semuanya. Permudahkan Segala Urusan Kami Semudah Mudah & Sehabis Mudah
Terima Kaih Ya Allah, Kerana Sentiasa Memberi Aku Rezeki Untuk Meneruskan Kehidupan Ini. Sangat Mudah & Tanpa Perlu Aku Bersusah Payah Dalam Mencari Nya
Terima Kasih Ya Allah, Kerana Memberi Aku Peluang Menjadi Anak, Suami & Ayah Untuk Keluarga Ku. Pimpinlah Aku Untuk Melakukan Yg Terbaik Di Dalam Tahun Baru Ini
Aamiin... Aamiin... Aamiin Ya Rabb
NIZAM KAMAL @ NK
Saudagar Jiwa
Hidup Ini Satu Perjalanan
CHERAS KL
3 Januari 2017
1/40
Di Dalam KAEDAH 7 GETARAN KESYUKURAN
Perlu Ada
1. TAJUK
2. PERKONGSIAN 1 AYAT AL QURAN (MAKNA)
3. 7 KESYUKURAN HARIAN ANDA (BERBEZA SETIAP HARI)
4. NAMA, TARIKH, TEMPAT, BILANGAN HARI YG ANDA TELAH LAFAZKAN
YANG PALING PENTING ADALAH ISTIQOMAH SELAMA 40 HARI TANPA TINGGAL WALAUPUN SEHARI. KALAU TERTINGGAL, KENA START BALIK DARI HARI PERTAMA (1/40).
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
2017, SOP dalaman dan Kerohanian
CHECKLIST
===========
1. Rutinkan solat berjemaah di masjid dan tepat waktu berserta solat sunat qabliyah dan ba'diyahnya.
2. Rutinkan solat tahajjud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat (kalau tak mampu cukup istiqamah 2 rakaat tahajjud dan solat witir 1 rakaat).
3. Rutinkan membaca surah al waqiah sesudah solat subuh dan isyak + surah al mulk
Barangsiapa membaca Surah Al waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya - H.R. Ibn Sunni
4. Rutinkan Solat Dhuha 6 rakaat, yang jiwa kental buatlah sampai 12 rakaat (2 rakaat salam begitu seterusnya).
5. Rutinkan baca zikir asmaul husna Ya Fattah Ya Razak 11 kali, diikuti ayat kursi 1x dan surah Al Ikhlas 3x sesudah solat.
6. Rutinkan zikir Laa Hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 100x setiap hari @ 100/5 = 20x setiap selesai solat fardhu.
7. Rutin Istighfar 100x setiap hari @ 100/5 = 20x setiap selesai solat
8. Rutinkan baca surah 36 dari ayat al quran iaitu Yaasin 1x sehari
9. Rutinkan baca zikir
Subhanallahi Wabihamdihi
Subhanalllahil adzhiem
100x di waktu pagi selepas dhuha
100x di waktu petang selepas solat asar
Niatkan dan mohon rezeki yang banyak dan melimpah ruah dan bermanfaat utk diri dan orang lain, disamping menyumbang dan menegakkan agama Allah
Lakukan amalan kerohanian ini selama 40 hari tanpa gagal secara istiqamah..
2017, nie cukup cukuplah bergantung pada yang mati, dan sibuk nak ambil alih kerja Tuhan. Jemput rezeki tu sujud ke lutut dgn izinNya. Bergantung dan berserah diri secara total pd yang hidup.
Sukarnya kalian nak ikut SOP ini, sukarlah rezeki itu nak datang kepada kita.
Buat Lillahi Taala.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------BUKU 555
Bismillahhirrahmannirrahim
"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang MENDIRIKAN SOLAT, dan MENUNAIKAN ZAKAT, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)." Surah Al Maidah 5:55
👆👆👆 ayat ni boleh tulis depan Buku 555
CONTOH BUKU 555 |
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TRAFFIC LIGHT
Hari ini sifu ajarkan bagaimana cara nak kira zakat yang perlu keluarkan setiap 1hb.
Langkah pertama
Lukiskan bentuk Traffic Light (ada kotak Lampu Merah Kuning Hijau)
Langkah Kedua
Tuliskan dikotak Lampu Merah Total Monthly Expenses bersama senarainya sekali.
contoh: Total Monthly Expenses RM3000.00
Langkah ketiga
Lampu Kuning
Tuliskan total amount yang perlu dapat setiap bulan.
Formulanya:
Total Amount Montly Expenses X 3kali ganda
RM3000 x 3= RM9000
RM9000 adalah amount yang perlu ada setiap bulan bergantung pada expenses masing-masing.
Langkah keempat
Lampu Hijau
Tuliskan amount bulanan seperti dikotak lampu kuning x 5 %
2.5%- Zakat
2.5% - Sederkah
contoh pengiraan:
RM9000 x 5% = RM450
Kesimpulannya total amount inilah yang perlu dikeluarkan setiap 1hb untuk zakat.
Mampu atau tak nak sedekah dan bayar zakat pd 1hb setiap bulan RM450 ini..?? Atau nak sifu tunjukkan bagaimana nak jemput RM450 sujud ke kaki kita
Baik, RM450 sebulan ÷ 26 hari dlm sebulan = ???
Kenapa 26 hari..tolak 4 hari cuti bekerja dalam sebulan.
Formulanya :
Bila dah dapat total amount 5% di lampu hijau bahagikan dgn 26 hari untuk dapat total sederkah setiap hari yang perlu dikeluarkan .
Contoh:
RM450/26 hari = RM17.30
jadi setiap hari amount ini wajib disederkahkan.
SOP lain yang sifu ajarkan solat tahajjud, dhuha, sedekah istiqamah lakukan. Lakukan dengan ikhlas.
Contoh kiraan seddekah untuk 26 hari bekerja |
Contoh kiraan jika bekerja 30 hari sebulan |
Dalam TRAFFIC LIGHT FINANCIAL FLOW, warna Merah tu bukan jumlah gaji/income tapi jumlah PERBELANJAAN dalam sebulan.
Traffic Light Merah (Belanja) x 3 = Traffic Light Kuning (Anggaran Income Yang Sepatutnya Kita Ada Untuk Capai Kebebasan Kewangan)
Contoh :
RM3000 (Total Belanja) x 3 = RM9000
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan :
Zuliana :
Assalamualaikum wbt.. maaf bertanya.. saya zue.. newbie kat sini..
Contoh nya.. lampu hijau tu rm450 kan.. means.. zakat yg perlu kita bayar adalqh rm450.. then.. kalau kita tak nak bayar full rm450 untuk zakat.. itu yg bagi 2 bahagian ye.. rm225 zakat + rm225 sedekah?
Then.. rm225 yg zakat tu.. perlu pegi Lembaga Zakat Selangor (saya di shah alam) ye? Atau.. boleh transfer online ke LZS?
Baki rm225 untuk sedekah tu.. yg saya perlu sedekahkan ye?
Atau.. total rm450 tu.. saya boleh sedekah kan ikut pembahagian yg 26 hari tu?
Mohon pencerahan ye.. saya just keliru sikit je di situ.. yg lain2 saya faham dah.. Alhamdulillah.. terima kasih sgt2 pada siapa yg masukkan saya di sini.. saya pun tak tau siapa.. semoga Allah swt jua yg membalas kebaikannya..
MOHD IZUWAN OMAR :
Puan zuliana sama2 kita belajar saya pun masih belajar juga. Konsep traffic light ini adalah satu SOP untuk target bulanan bulan kita biasanya dilakukan setiap bulan. Mungkin sebelum ini perbelanjaan harian kita di lampu merah melebihi dari gaji bulanan kita maka akan sentiasa ada kebocoran kewangan jika tidak urus dengan betul.
Oleh itu sifu bagi SOP traffic light bagaimana nak menjemput rezeki dengan mudah.
Contoh di lampu merah perbelanjaan bulanan RM3000 untuk bayar apa yang perlu pada bulan itu, maka untuk cover perbelanjaan bulan itu income bulanan yang perlu capai sekurangnya 3 kali ganda dari total perbelanjaan bulanan atau lebih dari itu barulah akan lebih selesa dan mudah untuk urusankan. Jadi jika perbelanjaan bulanan RM3000, income perlu ada bulan itu sekurangnya RM9000 atau lebih lagi.
Jadi cara mudah nak jemput rezeki income bulanan perlulah keluarkan dulu sedekahnya. Pernah dengar kan nak RM100 perlu keluarkan RM10, matematik kiraan Allah kan lain kita bagi 1 diberi gandaan 10, jika nak dapat RM9000 kenalah keluarkan RM900 baru dapat RM9000 betul kan. Boleh ke keluarkan RM900 dulu? Jadi cara lain guna teknik tunaikan zakat dulu dengan kiraan 2.5% dari total income. Lebih kecil kan nilainya. Begitulah juga sedekah dipecahkan pada 2.5% juga.
Boleh buat bayaran terus ke unit zakat total 2.5% atau sekalikan terus dengan sedekah juga. Jika nak asingkan juga pun boleh. Mana yang mudah. Yang penting buat dengan ikhlas kerana Allah dan serah sepenuhnya urusan rezeki kepada Allah untuk aturkan bagi kita. Kena yakinlah bila dah buat jangan ada penyesalan atau mengungkit kembali.
In Sya Allah perlahan-lahan lakukan apa yang sudah memahami tiada paksaan. Mudahan Allah beri pertunjuk dan hidayah yang lebih baik untuk kita semua. Ikhlaskan diri untuk belajar juga.
Contoh traffic light |
Soalan 2 :
Yusma :
Ini kena buat selama 40 hari secara istiqamah kan? Kalau perempuan yang uzur macam mana pla. Macam zikir boleh buat. Yangg solat tu...nak kena start balik dari hari pertama ke?
KZ @ Kuzie Yahaya :
SOP Dalaman Dan Kerohanian ni tak payah ulang balik. Buat je terus. Bila ABC pun kita still boleh zikir. Cuma sediakan satu Buku 555 (buku nota atau buku hutang 555 pun boleh) dan istiqomah buat. ABC atau tak, jujur dengan diri, tandakan SOP apa yang kita buat hari ini dan tandatangan di akhir hari selepas selesai.
Yang perlu diulang kembali hanya 7 Getaran Kesyukuran. 7 GK submit dalam Tribe setiap hari. Tertinggal ulang balik.
Contoh Buku 555 |