Memahami setiap aturan Allah


MEMAHAMI SETIAP ATURAN ALLAH

Seandainya kalian sekarang berada dalam ujian Allah, sedarilah bahawa kita perlu melalui sesuatu perkara atau sebuah keadaan sekarang ini untuk berada pada sebuah keadaan berikutnya.
Ia adalah syarat yang ditetapkan Tuhan. Sedarilah keadaan sekarang ini.
Sentiasa berada dalam "Now". Minda yang terhebat BUKAN BAWAH SEDAR. Tetapi berada pada SUPER SEDAR yakni sangat peka dengan keadaan disamping sedar Allah SWT. Berada dalam Ihsan. Barulah sentiasa berada dalam "zikir".
Orang yang banyak berada di bawah sedar mudah DIPUKAU.

Tapi inilah yang banyak dikatakan hebat kerana kita terlalu mengikut mereka yang tidak memahami IHSAN.
Lalu tidak sedar ada yang lebih hebat iaitu Ihsan. Kerana itu asyik melakukan 'affirmation' dan 'attraction' pada makhluk Tuhan. Bukan terus pada Tuhan.
Wujudlah perjuangan LAW OF ATTRACTION dan LAW OF UNIVERSE kepada selain daripada Allah yang mana seandainya tersilap sedikit sebenarnya boleh membuatkan kita yakin selain daripada Allah dan membawa kepada SYIRIK kepada Allah.
Mengaku dalam tidak sedar bahawa ketika kita yakin pada sesuatu benda atau keadaan lebih daripada menyakini Allah. Membuatkan kita sekadar menyedari kuasa Allah berbanding Allah "sendiri" (Dzat)

Dan Allah menguji kita dengan memakbulkan apa yang kita "affirmkan" pada makhluk dan universe.
Lalu kita semakin jauh dari yakin pada Tuhan secara total.
Mengapa tidak sahaja "affirm" dalam doa dan munajat kepada Allah SWT tanpa perantara seperti "affirm" pada makhluk dan universe?
Ingin kaya.. ye terus sahaja "ya Allah aku ingin kaya macam orang itu ya Allah".
Ingin kereta... ye terus sahaja "ya Allah aku ingin kereta macam orang itu ya Allah".
Tanpa melepaskan kesedaran pada Allah walau sesaat pun. Sentiasa berada dalam IHSAN.
Ternyata doa juga tidak mengkayakan kita melainkan menjalankan syariat Allah iaitu PERLU bekerja untuk mendapat rezeki.
Yang utama pada kita adalah menjalankan syariat Allah.
Panduan kita diberikan Allah dalam Al-Quran yang menceritakan SunnatullahNya

Praktikalnya telah dijalankan sendiri oleh Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. secara jelas dan nyata yang terkandung dalam hadith-hadith dan juga kitab-kitab yang diriwayatkan oleh imam-imam besar kita.
Ketika membaca Al-Quran, sedarilah ia adalah "KATA-KATA" Allah kepada kita.
Jika tidak, kita seperti baca buku cerita yang dikarang manusia.
Sekadar baca dengan tatabahasa yang benar namun tiada kesan di jiwa.

Allahuakbar! Niat sebenarnya pagi ini sifu nak menulis status 2-3 baris.
Sudah terlebih berpuluh-puluh baris. Ketika pengajaran sampai, Allah ingin diri ini mencatatkannya untuk diri sendiri dan anak-anak.
Semoga kita semua di sini sentiasa berada dalam IHSAN.
Inilah kejayaan agenda Yahudi melalui sistem pendidikan Sekularisma di mana berjaya MEMISAHKAN AGAMA DENGAN KEHIDUPAN. Sistem Ko-kurikulum Sekolah Melayu menekankan tentang Rukun Islam&Rukun Iman, itupun ke laut dalam perginya. Manakalah Sistem Kokurikulum Sekolah Jenis Kebangsaan Cina lebih menekankan kepada RUKUN IHSAN..
Sebab itulah depa, boleh berbisness sebelah menyebelah, siap boleh share dan tukar tukar lagi.
Kita orang Islam mana boleh lagu tu kan, kebanyakan di Pulau Tuba kat luar sana tu (kat sini semua OK insyaallah) pantang lihat kedai sebelah laku sikit, pantang lihat orang lebih sikit.
Maka mulalah mai perangan setan tu, nak jatuhkan sesama kita melalui pelbagai kaedah dan cara. IHSAN takdek langsung. YAKIN dengan Allah soal rezeki itu Allah punya aturan takdak langsung kan.
Mengekalkan kesedaran kepada Allah adalah jihad.
Dan jihad tidak sepertinya untuk perkara-perkara yang disukai. :)
"Berangkatlah kamu dalam keadaan senang dan susah, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."(QS At Taubah 9: 41).

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua, sifu doakan semoga kita semua di sini senantiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah setiap masa ya..

Popular Posts