Keajaiban solat dhuha 12 rakaat


Bismillah....

KEAJAIBAN SOLAT DHUHA 12 RAKAAT

Sebelum kita teruja nak berusaha solat Dhuha 12 rakaat, Sifu ingin kita #throwback hadis Nabi SAW,

“Di pagi hari seluruh persendian kalian diharuskan bersedekah. Setiap bacaan tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap bacaan tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap bacaan tahlil (Laa ilaha illallah) adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar juga sedekah.

Dan seluruhnya dapat digantikan dengan melaksanakan 2 raka’at shalat Dhuha...” (HR Muslim: 720)

Andai baca hadis di atas, solat Dhuha adalah ibarat hutang badan kita kepada Allah. 

Syukur 

Sedikit sekali hamba-Nya yang bersyukur. Sudah terlalu banyak nikmat yang Allah beri kepada kita dan tiada nikmat yang patut kita dustakan. Andai kita solat sunat Syukur 100 rakaat atau solat Dhuha 100 rakaat pun belum cukup untuk membalas kebaikan Tuhan kepada kita. 

Oleh sebab itu ada hadis kata, apabila anak adam solat 4 rakaat di pagi hari, Allah akan cukupkan. 

Daripada view yang lain, saat kita sedekahkan tubuh kita untuk Allah di pagi hari = refleksi syukur kepada Dia. Dia sudah berjanji, apabila kita bersyukur, Dia akan tambah lagi nikmat. 

Maka, tidak hairan ketika solat Dhuha 12 rakaat, Tuhan akan tambah nikmat. Saya berpesan dengan diri, buat kerana Allah, buat kerana rasa syukur kepada Allah, balasannya terserah kepada Allah nak bagi apa. Dapat sedikit pun syukur, dapat banyak pun bersyukur.

Daripada banyak kisah sedekah yang menjadi, pasti ada antaranya yang tidak terjadi yang termasuk dalam kategori bertangguh atau elak bala. 

Saat menjadi, pasti ada antara hamba-Nya yang mula persoalan keadilan Tuhan,

"Kenapa aku buat tak jadi?"

Oleh sebab itu, saya pesan buat kerana Allah semata. Bulat dan tekad kerana Allah. 

1/0 = infiniti

1/1 = 1

Saat kita buat bulat kerana Allah, insya-Allah balasan-Nya tidak disangka-sangka. Surprise & Speechless.!!!

Saat kita bulat kerana sesuatu selain Allah, balasan-Nya terhad ( 1 )

Perbaharui niat - buat kerana Allah. Buat kerana rasa syukur dengan sedekah tubuh kita untuk Dia.

Perdagangan yang tidak rugi - surah Faathir ayat 29 iaitu baca Al Quran, solat dan sedekah. 

Kisah Keajaiban 12 Rakaat Dhuha 

Cuba untuk istiqomah duha 12 rakaat. Dah 1 minggu buat. Kesannya memang lain macam. Rasa macam tak keje. Tapi buat duit, banyak dapat ilmu baru dan dapat sparring partner.

Dhuha 12 rakaat ni tarik rezeki yang jauh datang dekat.
Rupanya rezeki itu mudah. Berjalanlah kepada ar Razaq. Nescaya rahmatnya datang berlari kepadamu.

Panduan solat Dhuha 12 Rakaat 

Ini mungkin membantu anda untuk buat Duha 12 rakaat.

#1. Kelebihan
Pengalaman sifu 12 rakaat Duha memang super power. Memang dapat feel rezeki datang mengejar kita. Takkan dapat rasa kalau tak buat! Confident dalam buat apa perkara. Dapat ilmu baru dengan pantas dan In Sha Allah dapat partner yang tepat.

#2 Cara buat
- Seawal pagi kira-kira 100 minit selepas masuknya waktu subuh atau 15 minit selepas syuruk atau saat anda lihat matahari pagi sedang menyala masuk ke celah-celah ruang rumah. Biasa ambil masa dalam 15 minit. Tak lama mana pun. Kalau kita boleh layan wasap sampai 1,2 jam takkan 15 minit untuk tarik rezeki kita tak bole buat. Kan? (Nak buat 2 rakaat tak masalah tapi feel dia tak sama langsung dengan 12 rakaat + awal pagi)
.
- Rakaat pertama surah Ad Duha dan rakaat kedua surah Al Asr 
.
Rakaat ketiga sampai rakaat ke 12 baca surah Al Fiil menurun sampai ke An Nas. Saya buat begini supaya saya tidak lupa bilangan rakaat yang saya buat (saya juga insan yg lalai dalam solat)

Sujud akhir (rakaat ke 12) saya baca Ya Wahab 40x (rujukan daripada kitab Hisni Hasin) fadhilatnya Allah akan beri rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.

Habis solat saya istighfar 3x dan baca Ya Basit 10x kemudian sapukan pada wajah (juga rujukan kitab Hisni Hasin) dan disambung dengan doa solat Duha.

#3 Doa saya
In Sha Allah ini perkongsian saya. Mudah-mudah anda yang membaca dapat amal dan sampaikan. Saya akan doakan anda dalam Duha saya menjadi orang yang penuh keberkatan, kekayaan, kejayaan, kesihatan dan kebaikan.

Popular Posts