Ilmu kenal diri

Semalam, sifu ada janji nak kupas RAHSIA 19, kan...siapa yang nak belajar hari ini..?

Surah 51 ayat 21,"WAFIAMFUSIKUM AFALA TUBSHIRUN"
(dan pada diri kamu sendiri kenapa kamu tidak melihat dan memikirkannya)
Ada Allah sebut tahi lalat kat situ ka kalau ada sebarang masalah dalam hidup

Then itulah JAWAPAN kepada persoalan Azlina itu...
Yang letak tahi LALAT kat situ siapa..??? Boleh ke kita suka suka letak tu..??
kalau jawapanNya Allah..apa mungkin berani kita KUTUK ATURAN ALLAH

Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: "Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan.
(Hud 11:36)

Alhamdulilllah kalau faham, lihat dan lepas...itu semuanya watak-watak yang Allah cipta untuk kita faham..kalau semua watak baik, tak HEBAT lagi lah Allah itu..itu yang Allah suruh BEDAKAN ASBAB semalam tu.

Surah 51 ayat 49,"Allah ciptakan sesuatu itu berpasang-pasangan tidak lain tidak bukan untuk mengEsakan dan mentauhidkan Allah."

Ini tujuan sebenar kenapa kita belajar ILMU KENAL DIRI. Bila kita sebut BERPASANG-PASANGAN :
ada KULIT pasti ada ISI
ada LELAKI pasti ada PEREMPUAN
ada SIANG pasti ada MALAM
ada SYUKUR pasti ada KUFUR
ada KELEBIHAN DAN KEKUATAN pasti ada KEKURANGAN DAN KELEMAHAN

Bila kita tahu kita ada KELEBIHAN DAN KEKUATAN, banyakkan hidup bersyukur, bukannya hidup dengan mendabik dada dan penuh keegooan dan keakuan diri.
Bila kita tahu kita ada KEKURANGAN DAN KELEMAHAN, banyakkan muhasabah dan perbaiki diri, dekatkan diri dengan Maha Pencipta, bina balik connection dengan DIA, bukannya menunding jari pada orang lain.

Asas nombor 1 ka, nombor 3 atau 5 sekalipun sikit tidak memberi kesan dalam kehidupan kita hamba Allah yang beriman, itu semua ASBAB utk kita kenal diri
Kamu ada masalah, tempat rujukan kamu adalah ALLAH.

Surah Ar-Raad ayat 13,"TIDAK AKAN BERUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU MELAINKAN KAUM ITU UBAH NASIB MEREKA SENDIRI"..

Ada Allah kata di situ, PERLU UBAH ORANG LAIN untuk kebahagiaan dan ketenangan hidup..?? cuba jawab..
Habis tu Allah kata UBAH SIAPA..??

Usah kita sibuk nilai orang lain, APA YANG KITA PANDANG DAN NILAI DUNIA LUAR adalah merupakan CERMINAN DUNIA DALAMAN DIRI KITA SENDIRI.. Selagi DALAMAN KITA BERCELARU, ALLAH AKAN NAMPAKKAN DI SEKELILING KITA YANG BERCELARU.

Sibukkan diri untuk perbaiki diri kita, sehinggalah KITA TENANG.

Muka sama ka tak sama TETAP KETENTUAN DAN ATURAN ALLAH...andai kita LETAK KESILAPAN ITU pada ALLAH...kita SEDANG CABAR ATURAN ALLAH...berani ka..??

Dia begini, Dalam hidup kita ini, kita sentiasa berubah :

Kalau dulu kita kanak-kanak yang lurus bendul, kita kita seorang dewasa yang mengurus.
Kalau dulu ketika kecil mungkin lain cita-cita dan citarasa. Berlainan pula impian dan angan-angan.
Ada yang memang dikurniakan Tuhan setiap apa yang diinginkan. Berapa ramai pula yang syahid awal dan tersungkur dalam perjalanan.

Walau apapun cita-citamu, impian, azam dan kehendakMu.
Ingatlah setiap yang kita perolehi itu - baik yang sebelum, sekarang dan akan datang -
semuanya adalah milik Tuhan. Semuanya kerja Tuhan. Usah kita kusutkan dan lalai dengan khayalan sibuk buat kerja Tuhan menilai here and there.
Demikianlah apa yang tidak kita dapatkan, Tuhanlah yang merancang, Tuhanlah yang mengatur, Tuhanlah yang merancang itu.

"QUL KULLUM MIN INDILLAH"(Katakanlah setiap perkara adalah dari sisi Allah)
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu (rujuk Surah 2 ayat 216)
Daripada RASA BENCI itulah untuk perbaiki keadaan dengan DEKAT KEPADA ALLAH, yang sebelum ini JAUH HANYUT LALAI LUPA DIRI entah kemana.
BARANGSIAPA PANDANG BALA HILANG NIKMAT
BARANGSIAPA PANDANG NIKMAT HILANGLAH SEGALA BALA

Demikianlah kisahnya,
Apa yang kita dapat, bersyukurlah. Apa yang kita terlepas, bersabar dan redhalah.

TUHAN NANTINYA TIDAK BERMINAT DENGAN END RESULT. TAPI USAHA, AMALAN DAN ISTIQAMAH
ITULAH KAYU PENGUKURNYA. ITULAH PERTIMBANGANNYA.
OLEH ITU JANGAN BERHENTI SETIAP USAHA, DOA, TAWAKKAL.

SUPAYA ALLAH MENGURNIAKAN YANG TERBAIK BAGI KITA SEMUA. ALLAHUMMA AMEEN.

Faham faham..

Popular Posts