Salam Asar, semua.
Makhluk-makhluk itu tetap akan mati, bukanlah kekal hidup; dan mereka tidak mengetahui bilakah masing-masing akan dibangkitkan (menerima balasan).
(Al-Nahl 16:21)
Baik, selama ini sifu share tentang metafizik numbering biasa, petang ini sifu nak share bagaimana Metafizik Sains Penomboran Islamik berasaskan Al Quran berfungsi.
ANGKA YANG MEWAKILI SETIAP HURUF
Setiap huruf hijaiyah arab dalam al Quran mempunyai bilangan yang tertentu. Bilangan bilangan ini mewakilli setiap huruf dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan :-
1. Para ulamak menggunakannya untuk mentafsir al-qura dan al-hadis, untuk mengistimbak dan sebagainya
2. Para ahli perubatan menggunakannya untuk mengetahui punca penyakit, tabiat dan perangai manusia, rasi atau tidak dan sebagainya.
3. Para pahlawan menggunakannya sebagai senjata ma'nawi perlindungan dan sebagainya.
Dan begitulah secara umumnya dan setiap huruf huruf mempunyai penjaganya malaikat yang suci..
Cuba share sini tafsir al Aquran, Surah 74 ayat 30
عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ
Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). Surah al-Muddaththir, ayat 30
Ilmu huruf ini adalah suatu ilmu yang umum. Kemudian ia dikategorikan kepada beberapa bahagian tertentu mengikut disiplin ilmu setiap ilmu.
Dalam ilmu TAUHID, akidah perbahasan tentang huruf adalah dikaitkan dengan sifat kalam makhluk dan sebagainya.
Dalam ilmu FEQAH, perbicaraan tentang huruf berkait rapat dengan soal-soal bacaan sembahyang, batal solat dengan satu huruf yang memberi makna dan sebagainya.
Dalam ilmu TASAUF, ia berkait rapat dengan signal-signal dan makna-makna huruf dikaitkan dengan al Quran, amatlah mendalam dan tersirat, kaifiat zikir berdasarkan huruf dan sebagainya. Perbincangan dalam tribe #769SAFT ini juga sebenarnya adalah sangat berkait rapat dengan ilmu tasauf kerana ahli tasauflah yang kebanyakannya mempelopori bidang ini.
Dalam ilmu TAJWID pula, huruflah merupakan perkara asas pembelajarannya, perbicaraan tentang makhraj huruf tidak asing lagi dalam tajwid al quran dan pelbagai bentuk bunyi huruf, hukum hukum bacaan dan sebagainya.
Begitulah, setiap ilmu mempunyai kaitan yang nyata dan hubungan yang erat dengan huruf-huruf hijaiyah ini.
Mana asalnya adalah dari kalimah Bismilillahirrahmanirrahim yang mengandungi 19 huruf, dalam kalimah ini juga ilmu sifat 20 terkandung di dalamnya.
Dan numbering 1-9 adalah berasal daripada pecahan 99 Asmaul Husna terbahagi kepada 9 kumpulan dan dalam setiap kumpulan itu ada 11 Asma. Surah 74 ayat 30 itulah pembuktiannya..Ada cerita, nanti sifu share nanti.
Baik, cara kiraannya ya begini, sifu amik contoh, kita kupas kaitannya dengan Al quran pula :
Perkataan ALLAH dalam huruf arab hijaiyah
ALIF =1
LAM = 30
LAM = 30
HA = 5
Total Angka = 1 + 30 + 30 + 5 = 66
Cuba Share Surah 6 ayat 6 tafsirnya
Bismillahirrohmanirrohiim.
Surah 6 ayat 6.
Al-'An`ām:6 - Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?
Baik, petang ini sifu kupas sikit ayat Surah 6 ayat 6
Ada beberapa point dan mesej Allah sampaikan dari ayat ini, Al quran ini utk kita tadabbur dan fahami bukan sekadar melagukan seumpama burung tiung yang tak faham akan isinya.
1. Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah kami binasakan sebelum mereka.
— ini memberitahu kita bahawa amatlah rugi andai kita tidak ambil ibrah dan pengajaran dari kisah kisah dalam Al quran yang Allah telah binasakan sebelum kita.
2. Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dengan kekuasaan dan kemewahan yang tidak diberikan kepada kamu.
— ini memberitahu kita bahawa Allah sudah teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dengan kekuasaan dan kemewahan yang tidak diberikan kepada kita
3. Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawahnya.
— ini memberitahu kita bahawa Allah turunkan air hujan lebat itu adalah rezeki yang melimpah ruah, dan sungai sungai yang mengalir yang membawa maksud sumber-sumber rezeki pelbagai arah.
4. Kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain.??
— ini memberitahu kita bahawa disebabkan dosa mereka yang mudah lupa diri, lupa ASBAB siapa mereka menjadi kaya dan berjaya, maka Allah hancurkan kaum tersebut
Al quran itu semuanya berkaitan dengan diri kita, Azazil, Namrud, Firaun semuanya ada pada diri kita sifat-sifat itu kalau kita mengenal diri.
Baik, ambil surah 6 ayat 6 itu letak pada diri (WAFIAMFUSIKUM AFALA TUBSHIRUN)
Kita berjaya, kita usaha tapi kita tidak kEMBALIKAN KEPADA ALLAH,
kita claim itu atas usaha gigih aku, atas bisness aku dan sebagainya, itu ini semuanya AKU, ini soal TAUHID.
TERLIHAT KEBERADAAN DIRI sehingga TIDAK TERLIHAT KEBERADAAN ALLAH di sebalik sesuatu.
Penuh BESAR KEEGOOAN, KEAKUAN DIRI, MENDABIK DADA.
LUPA DIRI, LUPA PENCIPTA YANG MAHA BESAR.
HATI HITAM KELAM, JIWA TAK TENANG, ITU NAMANYA KALAH DALAM MENANG.
maka bersedialah untuk menerima DEBT COLLECTOR dari Allah dalam bentuk ujian kehidupan dari pelbagai bentuk dan arah.
macam mana DIA nak ambik balik..??
usah ditanya, ikut DIA lah, DIA tuan punya segala galanya
DIA boleh amik bila-bila masa sahaja dan ikut cara DIA nak lah
Faham-faham
Bilangan Yang Mewakilli Setiap Asmaul Husna
RAHMAN
RA = 200
HA = 8
MIM = 40
NUN = 50
Total Angka = 200 + 8 + 40 + 50 = 298 = 2 + 9 + 8 = 19 = 1 + 9 = 10 = 1 + 0 = 1
jadi Asmaul Husna RAHMAN ini duduk dalam kumpulan 1
dan begitulah seterusnya kiraaan sehingga habis 99 Asmaul Husna
inilah asalnya Numbering dari 99 Asmaul Husna terbahagi kepada 9 kumpulan, yang dalam setiap kumpulan itu ada 11 Asma
Ini ilmunya, milik ulamak sufi Islam tapi disembunyikan oleh bangsa Yahudi..Sifu berani letak METAFIZIK SAINS PENOMBORAN ISLAMIK BERASASKAN AL QURAN #1 DI DUNIA, kerana dengan izin Allah sifu cukup faham ilmu ini.
Bagi yang ada dalam tribe ilmu ini, jangan cepat melatah, kalau tidak untuk diri kita, wariskan ilmu kepada anak cucu cicit dan keturunan kita. Di sebabkan AGAMA sudah DIPISAHKAN dengan KEHIDUPAN..kita sebaik-baik umat, menjadi umat yang lemah, TIDAK ADA ROH, TIDAK ADA JIWA, kerana kita bersandarkan pada dahan nan rapuh.
Ilmu ini merupakan satu perjuangan dalam perjalanan sifu menuju jalan pulang
Hidup ini pilihan, tepuk dada, tanya IMAN
Apa barang lagi kita mahukan lagi dalam hidup, semua Allah sudah sediakan kepada kita
tinggal kita sahaja nak ambil atau tidak sahaja
Kita bertemu di platform ini semua atas kehendak dan aturan DIA
kawan kawan yang ADD itu sekadar ASBAB sahaja
setidak tidaknya kalian bersahabat dengan Al quran
kerana Allah berkomunikasi dengan kita dengan wave numbering dan Al quran setiap saat
Sekian, ikhlas dari hati hamba Allah yang fakir.