Apakah dinding kota Kerajaanmu benar teguh?
Dengan benteng iman yang kukuh?
Raja yang bertakhta di istana kota Kerajaanmu apakah adil dan pemaaf?
Hamba rakyat yang berdiam adakah makmur dan sejahtera tanpa duka lara?
Andai musuh datang melanggar apakah mampu dinding kotamu menahan asakan dan terjahan bola api tipu daya pihak lawan?
Tentera-tentera keupayanmu adakah bisa menentang panahan dan tujahan api dendam warisan?
Hamba rakyatmu adakah akan setia bersama berjuang mempertahankan kotamu dari serbuan?
Sesungguhnya jasadmu itu sebuah kota dalam kerajaan tubuh
Hati itulah istana tempat bersemayam rajamu
Pancaindera itulah tentera-tenteramu
Kaki, tangan dan organmu itulah hamba rakyat dalam Kerajaanmu
Akal itulah menteri penasihatmu
Dan sebenar dirimulah RAJA yang memerintah kerajaan tubuh mu itu
Musuh-musuhmu adalah iblis syaitan.....
Yang menunggang hawa nafsumu sebagai tentera suruhan untuk merobek keinsananmu agar engkau menjadi tawanannya dan menjadi penemannya nanti di penjara azab (neraka) kekal abadi.
Oleh itu teguhkan dindingan kota kepercayaanmu dengan pasak-pasak Tauhid...
Dan terangi kotamu dengan lantera iman serta asuh tenteramu dan rakyat jelatamu kemahiran melibas pedang penentangan dengan berperisaikan budi pekerti yang dituntut agama
Nescaya akan sejahteralah Kota kehidupanmu sehingga hari panggilan kepulangan..
Salam sejahtera..selamat pagi semua..moga2 kehidupan kita dirahmati dan disayangi Allah.
Salam Jumaat penuh dengan keberkatanya.
ASSALAMUALAIKUM..Salam kasih sayang buat sahabat group. Sihat semuanya..In Sha Allah.
Alhamdulillah.
#hirupiring
#pesanguruzz
#pesanmemesan
#rahsiadiri
#rasa
#Zariman Zulkapli