Tekanan Jiwa (STRESS) : Rasa "Pemilikan"

Bismillah.

Berapa ramai dalam ini yang mengalami "STRESS" dalam hidup..?? 
Nak tahu sebabnya tak..??

Tekanan Jiwa (STRESS): Rasa “Pemilikan”

Tekanan perasaan itu wujud selagi kita berasa “PEMILIKAN” kepada apa yang kita ada. Seharusnya yang perlu ada adalah rasa tanggungjawab atas amanah Allah SWT atas setiap yang diberi.
Selagi berasa “ini/itu milik aku”, maka kita tidak mampu melepaskannya seandainya Allah mengkehendaki agar kita lepaskannya. Maka pasti kita tidak mampu berserah atas kehendak Allah SWT.
Seandainya kita berasa ia sebuah tanggungjawab di atas apa yang dikurniakan Allah, kita akan menjaga sesuatu itu dengan penuh tanggungjawab kerana Allah SWT. Ketika sesuatu itu diambil semula oleh Allah, kita tidak berasa sedih atau kecewa kerana kita mampu melepaskan sesuatu itu. Kita memahami dan menyedari bahawa kita sekadar pemegang amanah Allah. Bukan milik ke atas sesuatu itu.

Syahadah, solat, puasa, zakat dan haji adalah latihan yang Allah kurniakan untuk melepaskan rasa “pemilikan” ini.

Ketika rasa “pemilikan” ini wujud, maka seseorang itu pasti akan menjadi ego... iaitu sebuah keadaan diri yang berasa dirinya ada....”ini aku”... “itu kamu”... “ini milikku”....”itu milikmu”.

Ego is a sense of self. That tells us “this is me”, that separates us from other beings and the environment. So don’t try to overcome your ego, don’t fight against it you won’t win. What you need to do is surrender to Allah.

Faham

Popular Posts