Tips untuk terus kekal ISTIQAMAH


Sifu nak share Tips untuk terus kekal ISTIQAMAH, ada yang berminat nak tahu ka..??

Baik, begini berbalik kepada diri kita sendiri sebenarnya kenapa sukar untuk ISTIQAMAH..??
Kenapa lah hidup kita nie banyak sangat susah dalam hidup. Ini sebabnya semua sama sahaja.

Kita TAK BERIMAN pun dengan Allah Taala, mulut cakap lain, hati lain, buat jauh sekali.
Dalam hati tu takder pun ruang untuk Allah Taala, celik mata assalamualaikum keluar cari rezeki terus takder pun ruang untuk Allah Taala. Seperti mulakan hari dengan Tahajjud, Solat Sunat Fajar dan Subuh.

Sedangkan SOP Allah Taala sudah beri dalam Al quran melalui firmannya dalam Surah 62 ayat 10 berbunyi begini, tapi berapa ramai orang yang beriman dengan Al quran dan janji-janji Allah ini.

"Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu tergolong di kalangan orang yang beruntung".

Balik pula pada lewat malam jam 1-2 pagi, tidur, esok pula. Jadi begitulah rutin seharian hidup tu semata-mata untuk memenuhi tuntutan dunia sungguh. Menyebabkan kita lalai. Sebab lalai ini sebab tak menjumpai diri, itu jer sifirnya.

Mulai hari ini sila tanam NIAT KERANA ALLAH TAALA.
Aku kena berubah jadi baik, mulai hari ini Aku kena jadi orang yang suka beramal, Aku kena jadi orang yang suka duduk dalam majlis ilmu. Sebab itu nak jadi insan hebat ini bukan main-main, kita tengok pun letih dah dengan amalan. Kalau korang tengok SOP Buku 555 yang BASIC itu pun letih dah nak buat, macam sia-sia sahaja nak buatnya, jauhlah lagi nak sembang bab nak berjaya dalam hidup dunia akhiratnya.

Setiap sujud terakhir 5 kali solat sehari semalam itu, amalkan istighfar. Kan sifu ada share sebelum ini dalam ILMU PELABURAN LANGIT, MEMBELI PADA HARGA TERENDAH iaitu waktu sujud.
Dalam sujud tempat paling makbul, itulah doa paling cepat makbul, bila Allah ampun, makbul minta doa macam macam pun Allah tunaikanlah. Analoginya kita bergaduh dengan bos, tapi awak puji pada masa yang sama bergaduh jugak. Maksud di sini boss kita tu Tuhanlah, buat gaduh dengan DIA, minta macam-macam siapa nak bagi pada kamu..

Faham-faham.

Kalau nak cerita bab masalah ini setiap hari semua orang ada masalah, lain orang lain masalah, nikmat pun lain lain Allah bagi.
Tapi kena tahu lah channel mana nak disalur dengan betul, BERSUJUDLAH PADA DIA, bukannya pi mengadu pada ustaz Syeikh Al-Facebooki, itu kaedah orang jahil namanya, jangan jadi bodoh tadi pi cerita kat facebook, macam kita sorang jer ada masalah atas dunia ini, orang lain takder masalah..
Jadi masalah tadi kita kena tahulah KITA JANGAN MENGALAH PADA MASALAH TADI JANGAN SAMPAI KITA DROP JATUHKAN SEMANGAT MELEBIHI MASALAH KITA ALAMI TADI. Biar jadi kebal lah kita ini.

Ada orang kita tengok hebat mcm takder masalah, sebenar ada masalah. SEMANGAT & SIKAP dia tadi mengalahkan masalah tadi. Jadi tak nampaklah masalah tadi. Kan sifu selalu pesan atas setiap sesuatu itu

BARANGSIAPA PANDANG BALA HILANG NIKMAT
BARANGSIAPA PANDANG NIKMAT HILANGLAH BALA

Ingat balik ILMU 3 RUAS yang pernah sifu share sebelum ni.
Setiap jari kita ini ada 3 ruas, sudah cerminkan perjalanan dari lahir hingga wafat Nabi Muhammad SAW.
Duduk lah mana pun peringkat umur WAJIB ada 3 ilmu ini iaitu
ILMU TAUHID/ILMU KETUHANAN belajar kenal Allah Taala sampai sifat Allah Taala, YAKIN secara total kepada Allah,
ILMU FEKAH halal haram hidup atas dunia, ilmu nak hidup atas dunia kena ambil tahu
ILMU TASAUF, ilmu supaya tidak naik diri, tidak naik riak dalam jiwa, supaya tidak bongkak selalu tawadduk. Hidupnya selalu menunduk, orang tengok tenang dan seronok jer.

Hidup di zaman mana pun TOLONG JAGA 3 ilmu ini..kita melalui sikap ini jer setiap hari, setiap saat.
Kenapa kita tak bersungguh dalam bab agama ini adalah ikut 5 jari kita sahaja
KERANA KITA TIDAK BERIMAN—KENA BERINGAT—KENA BERAMAL KENA ADA IKHLASBILA IKHLAS BARU ADA SAYANG..

Jadi kita ambil contoh kenapa Cina Muallaf itu hebat Islamnya..??
Kita ini lahir dalam perut Islam dah, teruk kita sembang jer lebih.
Kita tengok dia Mualaff tadi nak masuk Islam kena cerca bagai dan kena buang keluarga dah,
Hidup seorang diri mengharung kehidupan, pergantungan dia dengan Allah Taala sahaja, kuatlah IMAN dia.
Dia sentiasa INGAT hidup dulu jahil sekarang Islam. Dia jaga AMAL pergi mengaji setiap hari, tahu-tahu lebih pandai mengaji daripada kita. Kita ni DNA baka Islam tapi tak nak pergi mengaji, jadi bodoh gitu dari muda sampai ke tua. Bodoh sombong pula tu. Bila dia bersungguh tadi maka datangnya IKHLAS, bila timbul IKHLAS, maka akan timbulnya kasih sayang. Bila ada kasih sayang tadi tu dari situ barulah akan hadir ISTIQAMAH..

Sama-sama kita muhasabah diri kita, soal tak leh nak ISTIQAMAH, kenapa umat Islam hari ini teruk sangat kerana takder 5 perkara ini. IMAN, INGAT, AMAL, IKHLAS, SAYANG.
Jadi ikutlah nak jadi apa benda. Itu beza kita dengan orang berjaya. Itu beza kita dengan orang yang mampu istiqamah dengan tidak.
DIRI KITA NAK JADI APA, KITALAH TENTUKAN SENDIRI..
Sama ada WE DESIGN OUR OWN LIFE atau WE LET OUR LIFE DESIGN US.

Kalau cukup segenggam 5 perkara tadi iaitu IMAN, INGAT, AMAL, IKHLAS, SAYANG,
insyaallah automatik akan berada dalam keadaan ISTIQAMAH.
Tapi kalau yang pertama itu IMAN dah ke laut Mediterranean perginya, yang lagi 4 itu boleh ucap selamat tinggal romeo lah.

Faham-faham.

Popular Posts