ANALOGI MURAH REZEKI
Konsep mudah dalam soal rezeki adalah ibarat kita mempunyai seorang pekerja yang mempunyai tugas untuk memberikan sedekah kepada yang memerlukan. Kita ini adalah orang yang sangat kaya. Kita berikan kepada pekerja kita sebanyak RM1 juta untuk diagih-agihkan kepada sesiapa yang memerlukan. Pekerja itu boleh mengambil beberapa RM dari jumlah RM1 juta itu untuk keperluannya sahaja. Kita akan menambahkan lagi duit itu seandainya kesemua duit itu telah diagih-agihkan kepada yang memerlukan
Mari kita tanya beberapa soalan:
Apakah kita akan menambah duit itu jika duit itu BELUM lagi habis diagihkan? Pasti tidak.
Apakah kita akan mempercayai pekerja seperti ini yang tidak menjalankan tanggungjawab seperti yang kita minta iaitu menyebarkan rezeki? Pasti tidak.
Apakah kita akan menambahkan lagi nilai yang lebih banyak untuk pekerja ini agih-agihnya kepada yang memerlukan? Pasti tidak.
Akhirnya pasti kita akan mencari pekerja lain yang lebih kita percaya.
Inilah sebenarnya analogi dalam soal rezeki. Seandainya kita mempunyai rezeki namun kita tidak sebarkan rezeki yang kita ada selain dari keperluan kita, maka rezeki yang ada itulah sahaja yang kita ada kerana kita tidak menyebarkan rezeki itu.
Allah tidak menambahkan rezeki kita lagi kerana rezeki yang ada pun kita hanya menyimpannya sahaja. Tidak disebarkan kepada yang memerlukan kerana tujuan Allah memberikan rezeki kepada kita adalah untuk keperluan kita dan yang lain untuk diagihkan kepada yang memerlukan.
Nanti ditambahkan lagi rezeki kita oleh Allah kerana kita menjadi hamba yang dipercayai-Nya dalam menyebarkan rezeki-Nya. Penambahan rezeki ini pasti lebih banyak daripada sebelumnya kerana kita sudah menjadi hamba yang dipercayai Allah untuk menyebarkan rezeki-Nya.
Allah beri peluang kepada kita untuk mendapat redhanya dengan mudah hanya dengan menjadi penyebar rezeki....wakil-Nya. Malah amanah ini adalah amanah yang paling bahagia kerana ia turut melibatkan kepada keperluan kita. Kita boleh ambil beberapa RM dari rezeki yang banyak disediakan. Kita tiada masalah dengan rezeki kerana ketika kita memerlukan kita dibenarkan oleh Allah mengambil dari rezeki yang diamanahkan oleh Allah itu.
Benarlah satu bahagian kita sedekahkan, kita akan menerima 10 kali ganda balasan atas sedekah kita itu. Dan 10 kali itu tidaklah sama bentuknya dengan apa yang kita sedekahkan. Ia termasuk rezeki kesihatan, kebahagiaan dan lain-lain selain daripada bentuk harta dan wang.
Jadilah wakil Allah iaitu menyebarkan rezeki selain daripada keperluan kita. Sentiasalah bertanya pada Allah agar Allah mengilhamkan kita yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak nafsu.
Kekayaan itu bukan terletak pada berapa banyak yang kita miliki tetapi kekayaan itu adalah kekayaan hati di mana berapa banyak yang kita sebarkan kepada yang memerlukan. Sebelum Kaya Harta kena Kaya Jiwa terlebih dahulu. INGAT INI : ALLAH BERI KITA NIKMAT REZEKI UNTUK KITA MENTADBIR, MENGURUSKAN DENGAN BAIK SERTA MEMAKMURKAN INSAN SEBAGAI WAKIL ALLAH, DAN BUKANNYA MENGUASAI. BILA KITA ADA NIAT UNTUK MENGUASAI, KITA PADA HAKIKATNYA SUDAH MENCABAR HUKUM TUHAN.
Inilah yang sepatutnya menjadi MOTIVASI kita untuk berusaha dan berusaha mencari rezeki kerana penyebar rezeki amat mudah untuk mendapat redha Allah. Namun ia juga mudah memasukkan kita dalam golongan yang rugi seandainya kita tidak memahami erti sebenar kekayaan. Sebab itulah dalam SOP BUKU 555, ada bahagian sedekah & zakat untuk kita buat. YANG BUAT DAPATLAH. HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJALAH TAHU SEJAUH MANA MASINNYA AIR LAUT ITU.
Sifu Farihan Yahya
29/03/2017
Kuala Terengganu