(AMANAH)
Orang-orang beriman menanggung AMANAH besar..
Semoga Allah Ta'ala memimpin kita kepada kebenaran.
Telah diketahui Adam menanggung AMANAH yang besar iaitu Amanah Khalifah, Amanah Islam, Amanah Iman dan Amanah “Laa-Ilaha Illallah".
Amanah yang mana tak mampu di pikul oleh langit, bumi dan gunung ganang.
Firman Allah maksudnya..
"Sesungguhnya Kami telah tawarkan amanah itu kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka enggan memikulnya dan mereka khuatir tentangnya, tetapi dipikul dia oleh manusia. Sesungguhnya (manusia) itu sangat zalim lagi bodoh. “
(Surah Al-Ahzab, Ayat: 72)
Ini isyarat dan peringatan bahawa AMANAH ini suatu yang sangat berat.
Maka ADAM wajib menanggung dan menyempurnakan AMANAH ini dengan penuh kesungguhan.
Jika ADAM berjaya menunaikan AMANAH ini dengan sempurna sebagaimana perintah Allah Ta’ala, maka berjayalah beliau didalam “misi” nya sebagai KHALIFAH Allah di muka bumi.
Sebagai ganjarannya beliau akan di anugerahkan kedudukan yang tinggi di sisi Allah Ta’ala.
Tapi sekira beliau gagal, maka beliau akan menerima azab yang sangat berat pula.
Ini yang di isyaratkan oleh Allah dengan KalamNya..
“Sekiranya engkau berbuat ihsan niscaya engkau akan diberi ganjaran, dan sekiranya engkau berbuat jahat nescaya engkau akan dihukum.”
(Hadis Qudsi dari Ibnu Abbas)