Pelaburan : beli pada harga terendah


Ini yang sifu selalu share dalam Model Kewangan FAST, di bawah topik ILMU PELABURAN LANGIT.

PELABURAN : BELI PADA HARGA TERENDAH

Ilmu ekonomi, Quadrant Kewangan popular di seluruh dunia iaitu EBSI mengajar kita bahawa harga selalu berubah-rubah (fluctuate), untuk itu belilah pada saat harga menyentuh harga yang paling rendah atau harga DISCOUNT kerana jika telah mencapai tahap yang paling rendah, harga tersebut akan BOUNCING BACK dengan kelajuaan yang tinggi, atau dengan bahasa kampung orang panggil harga akan naik mendadak, seumpama seperti kurva parabola atau popular dengan sitilah teori RollerCoaster.

Dalam pasaran modal, para pengurus pelaburan saling berlumba antara satu sama lain membuat pelbagai teknik dan skills serta analisis untuk menyajikan bilakah sesuatu saham itu mencapai harga terendah dan harga yang tertinggi.

Jika telah mencapai harga terendah, lakukan "BUY", jika dalam proses mencapai harga tertinggi lakukan "HOLD" dan jika telah mencapai harga paling tinggi lakukan "SELL". Atau dikenali dengan istilah "BUY ON WEAKNESS" dan "SELL ON STRENGTH". Itulah inti dari perdagangan di pasaran modal.

Sifu adalah merupakan seorang FULL TIME TRADERS dalam 6 bidang Treasury berbeda spt Saham, Komoditi, Forex, Indice, Indice Futures, Bond..Bila kita faham tentang hakikat dengan izin Allah, batang candle, pergerakan chart, cerita dalam tu semua berkaitan dengan diri kita sahaja..

Orang Cina menggunakan dua berus sapuan untuk menulis perkataan "KRISIS". Satu untuk perkataan "BAHAYA" dan yang satu lagi untuk "KESEMPATAN". Ini bererti dalam kita menghadapi sesuatu krisis, kena sedarlah akan bahaya yang ada, mungkin memberi impak dan kesan dalam kehidupan seharian kita, tetapi janganlah sampai menutup mata terhadap kesempatan yang terbuka. Allah menghantar peluang rezeki di sebalik tabir masalah kehidupan. Barangsiapa yang Tenang dan mampu menyelak apa tersirat di tabir masalah itu, maka peluang rezeki terbentang luas untuk mereka>

Di saat Krisis ekonomi melanda duni sekarang ini, chart dunia semua menunjukkan "DOWNTREND" dalam 6 bidang treasury yang sifu sebutkan di atas itu, selama 3 tahun bermula 2017 - 2019. Ini kita panggil ZAMAN GAP DALAM PERUBAHAN EKONOMI DUNIA. Pattern Kitaran tahunan ini mengulangi pattern 1997 - 1999 dulu.

Dalam situasi ini secara automatiknya seluruh Kuasa Beli akan menurun, seluruh produk mencapai harga terendah, sebenarnya pada saat itulah kita harus melakukan pelaburan seperti emas dan sebagainya,. Ini kerana jika krisis berlaku harga pasti akan bergerak naik dan kita akan mendapat keuntungan yang berganda. Kerana itulah krisis ekonomi sesungguhnya diperlukan untuk mencari keseimbangan baru semula.

Bila dalam keadaan ini, semua orang akan mencari ilmu bagaimana nak menguruskan kewangan dengan baik, Maka berpeluanglah mereka yang terlibat dalam industri kewangan seperti Financial Planner, Takaful, Unit Trust, Investment..Jangan terjebak dengan MLM yang tak genuine yang membawa kepada "KESONTOTAN" sudahlah. (Melingkup lagi Melingkup). Ini pun kena faham dan ada ILMU NBI, pecahan dari Kod Numbering 178 (untk Jualan Langsung & Networking).

Sifu masih ingat ketika terjadinya krisis ekonomi pada tahun 1998, di mana perniagaan runcit terbesar dunia yang berasal dari Perancis, CARREFOUR, melakukan pelaburan di Indonesia dengan membuka gerai pertamanya di Ratu Plaza Jakarta. Pada ketika itu, semua orang komen bahawa itu adalah sesuatu kerja yang bodoh dan gila.

Apa yang dikatakan oleh pihak pengurusan tertinggi CARREFOUR pada ketika itu..?? mereka mengatakan lebih kurang begini seingat sifulah "Justeru, saat seperti inilah kita harus melabur di Indonesia, kerana selepas ini pasti akan ada pertumbuhan." Ternyata terbukti benar, hingga saat ini ekonomi kita terus tumbuh dan Carrefour menjadi raja runcit di Indonesia.

Baik, tadi sifu kupas Kaedah Model Kewangan Robert T. Kiyosaki EBSI.
sekarang kita pergi pula pada Model Kewangan FAST pula, kita gunakan itu untuk PELABURAN LANGIT.
Sifu istilahkan hal ini dengan "TITIK TERENDAH" hasil daripada PERJALANAN ILMU RASA dalam hidup sendiri sepanjang selusuri jalan kembali.

Popular Posts