Cara Nak Buat Ibu Duit Mengikut Kaedah Metafizik

Nombor Siri Ibu Duit : Metafizik Ibu Duit

Sebenarnya tiada istilah ibu duit yang di anggap menarik duit lain dalam metafizik, ia cuma trick latihan supaya kita menyimpan dan bersedekah.

"Ibu Duit Metafizik" bukan sahaja untuk di simpan, malah ada juga ibu duit yang harus di sedekahkan agar pelaburan akan mendapt ROI yang lumayan!


Ibu Duit Simpanan


Wang yang bernombor siri: 9xxx9xxx9

9 depan, 9 belakang, dan tiada angka 0 di antaranya. seperti 9xxx9x769

Ada angka 769 di depan atau di tengah ataupun yang paling bagus di hujungnya.

Simpan dan kumpul mengikut susunan adik beradiknya.
.. RM1 .. RM5 .. RM10 .. RM20 .. RM50 .. RM100 ..
Mula-mula kumpul nombor siri 769. 


Ibu Duit Sedekah

Ada nombor 76 @ 19, di dalam susunan nombor sirinya. Seeloknya lagi yang nombor siri hujungnya 76 @ 19

Asingkan siap-siap bila anda terima. Itulah cara Allah berkomunikasi dengan hambaNya supaya kita bersedekah.





Ini rahsia nak buat Ibu Duit. 

Setiap nasi yang kita makan ada Ibu Berkatnya sebab itu kita kena makan nasi sampai habis. Tak baik membazir. Maka, setiap Duit ada Ibunya.

Angka '9' di depan dan di belakang, satu angka '9' di tengah, tiada no '0' dan '4' di tengah, apabila di campur keseluruhan menjadikan jumlahnya 50.

Inilah ciri-ciri kod ibu duit yang dikehendaki.

Allah Maha Kuasa atas segala-segalanya. 

Falsafah Metafizik

Ketuhanan.
  • bukti kewujudan Tuhan
  • sifat-sifat Tuhan
  • selari dengan akidah Islam
  • Tuhan ini Qadim
  • bukti kewujudannya dibuktikan dengan ciptaanNya
  • sifat-sifat Tuhan mengukuhkan kewujudanNya

Ada ibu duit hebat macam mana sekalipun, tapi kalau kerja malas, tak nak usaha tak ada nya rezeki nak datang bergolek kat kita. Kan?



Popular Posts