Semak Sebelum Sebar, Pastikan Kesahihan Berita



Pengguna media sosial di ingatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam.

Sebarang maklumat tidak tepat hanya akan menimbulkan kebimbangan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Semak Sebelum Sebar
Islam sentiasa menyeru umatnya ke arah agenda perpaduan termasuk menyampaikan berita yang benar.

Menyampaikan berita benar bukan sahaja menyentuh soal kredibiliti peribadi individu tetapi lebih penting, ia mencakupi soal keselamatan negara. Justeru, perbuatan itu adalah akhlak dan sifat terpuji dalam Islam dan menjadi amanah yang wajib di jaga sebaik-baiknya oleh setiap umat Islam.

Bahkan mereka yang mengamalkan sikap ini tergolong sebagai orang yang mempunyai keluhuran budi yang tinggi dan adab sangat baik dengan Allah SWT.

Kini terdapat satu trend dalam kalangan sebahagian masyarakat yang suka berkongsi apa sahaja cerita tanpa menyelidiki kesahihannya terlebih dulu.

Ini menyebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan menyalahgunakannya lalu menyebarkannya kepada umum.

Sikap ini nyata tidak menepati kehendak al-Quran apabila setiap khabar yang di terima baik melalui surat menyurat, lafaz mulut, SMS, e-mel yang disampaikan, tulisan yang diposkan di ruang siber dan bermacam lagi tidak diselidiki dan lebih parah disebar-sebarkan pula.

Periksa sebelum menyalurkan maklumat atau berita bagi memastikan ia betul dan daripada sumber yang boleh dipercayai.

Peri pentingnya memastikan kesahihan berita ditekankan dalam Islam kerana ia mempunyai impak kepada penerimanya.

Untuk mengesahkan berita itu sama ada benar atau tidak, tuan puan boleh layari portal SEBENARNYA.MY




Sila Share : Tekan Button Di Bawah

Popular Posts