Ketahui Potensi Diri Berdasarkan Ilmu Menafsir Tarikh Lahir

Anda BESI, AIR, API, KAYU, atau TANAH?

Ia bukan perkara mistik atau tahyul, ia sekadar satu kebetulan yang menepati fitrah, setiap yang berlaku ada titik puncanya dan titik itulah yang harus kita perhalusi.
SEDARKAH kamu hakikat kehidupan kita sehari- hari sebenarnya banyak dipengaruhi dan dikelilingi oleh nombor? Malah, apabila tiba masanya kita pergi menemui Ilahi juga, perkara yang tercatat di batu nisan kita nanti juga adalah angka! – tarikh dilahirkan, tarikh dikembalikan dan usia kita saat itu. Jadi, tidak hairanlah apabila rata-rata masyarakat Cina amat mementingkan perihal nombor yang mereka percayai memberi impak besar dalam untung nasib kehidupan mereka.
Sebagai orang Islam, kita wajib mempercayai Qada dan Qadar yang ditetapkan oleh yang di atas sana. Pengiraan tarikh lahir yang ingin penulis unjurkan ini hanyalah salah satu daripada cabang ilmu psikologi menerusi pengiraan tarikh lahir. Objektif pengiraan ini tidak lebih daripada sekadar memberi informasi tentang personaliti seseorang untuk memantapkan lagi potensi diri kamu dan sebagai salah satu medan membaiki kelemahan diri demi mencapai kejayaan hidup.
Sebelum mengulas lebih lanjut tentang personaliti diri kamu menerusi angka, apa kata kamu belajar dahulu bagaimana kaedah mengira tarikh lahir ini. Hanya terdapat sembilan personaliti yang ada di sini iaitu daripada personaliti satu hingga sembilan. Setiap satu personaliti angkat tersebut akan penulis huraikan mengenai kelebihan diri, kelemahan diri, kewangan, kerjaya, warna bertuah, personaliti, perkahwinan dan potensi diri.
Berikut adalah gambar rajah menunjukkan cara untuk mengira angka personaliti kamu. Menerusi gambar rajah piramid ini, kamu akan memperoleh dua angka diri kamu iaitu angka asas dan angka untuk status kewangan. Angka kewangan yang di bawah sekali itu akan hanya mengeluarkan tiga nombor sahaja iaitu, tiga, enam dan sembilan. Ringkasnya, tiga bermaksud kewangan yang selalu keluar, enam bermaksud kewangan yang banyak masuk dan sembilan membawa maksud kamu mempunyai banyak aset.
=====================================
CARA PENGIRAAN UNTUK MENDAPATKAN NOMBOR ASAS / ROOT NUMBER
=====================================
Berikut adalah cara mudah jika untuk dapatkan no asas SAHAJA.
Jika tarikh lahir = 18 Disember 2004
18+12+20+04 = 54
5 + 4 = 9
9 = no asas
Keputusannya:
No asas anda ialah 9
Contoh lain:
Jika tarikh lahir = 21 Mac 2012
12 + 3 +2012 = 2027
2 + 0 + 2 + 7 = 11
1 + 1 = 2
Keputusannya:
No asas anda ialah 2
Guna kalkulator sahaja, kemudian kecilkan jawapan tu kepada angka tunggal

Popular Posts