Rahsia murah rezeki & kejayaan

Bismillah...
Assalamualaikum dan selamat pagi..semua sihat ka hari ini?
Santapan rohani belum lagi hari ini kan..?? 
Santapan jasmani macam mana dah ka?

Pagi ini sifu nak share RAHSIA MURAH REZEKI & KEKAYAAN, ramai ka nak tahu?

RAHSIA MURAH REZEKI & KEKAYAAN

Kekayaan yang dikurniakan oleh Allah pada setiap orang mempunyai tujuan yang berbeza iaitu samada sebagai nikmat atau bala. Menjadi nikmat pada mereka yang dipercayai Allah sebagai wakil-Nya dalam menyebarkan rezeki-Nya. Menjadi bala kepada mereka yang bangga, sombong, bongkak, bakhil dengan kekayaan-Nya lalu Allah menambahkan lagi kekayaan mereka agar terus jauh daripada Allah. Lalu mati nanti dalam kejahilan dan kekafiran.

Sebagai wakil Allah, kita tidak salah mengejar kekayaan. Namun pastikan tujuannya adalah benar di jalan Allah agar apa yang kita lakukan diangkat oleh Allah menjadi sebuah ibadah. Justeru menjadikan diri kita di jalan yang lurus iaitu tergolong dalam tujuan Allah menjadikan kita untuk beribadah kepadaNya.

Kekayaan itu bukanlah bermakna kita memiliki harta yang menimbun. Tetapi rezeki kita tidak pernah putus itulah menandakan kita ini orang kaya. Malah rezeki yang tidak pernah putus itu membuatkan keperluan kita sentiasa cukup.

Jika rezeki tidak putus tetapi tidak cukup, kita sebenarnya sudah masuk ke ruang kehendak yakni nafsu yang mempunyai pelbagai citarasa tanpa sempadan.

Rahsia untuk memiliki kekayaan dengan cepat adalah membetulkan niat awal kita. Niat menjadi kaya adalah untuk mencukupkan keperluan kita dan kita bersedia untuk menjadi wakil Allah dalam menyebarkan rezeki kepada mereka yang memerlukan.

Jadikan ini MOTIVASI setiap hari kita dalam mencari rezeki. Dengan menjadi penyebar rezeki, kita lebih mudah mendapat redha Allah kerana tujuan kita tidak lain hanyalah untuk mendapatkan redha Ilahi.

Popular Posts