Yakin dengan janji Allah


Salam...
Tak de cara lain selain yakin dengan janji Allah..
Kalau kita minta tapi kita tak yakin, seolah2 kita mempersoalkan Allah..

Akak share  di sini kisah semalam.
Akak dalam keadaan sangat2 tetdesak... perlu guna duit rm500... 
Doa buat usaha pun buat...tapi susahnya nak capai macam nak dapat 5k..
Date nak kena langsaikan RM500 tinggal dua hari..

Akak minta sungguh2 waktu tahajjud..
Dan semalm Allah hantar orang bagi cash...bukan RM500 tapi RM 1500...😭
Rasa macam tak logik di akal kita.. tapi jangan pernah bertanya kepada otak yang terbatas...

Allah sangat berpegang pada janjiNya..
Tawakkal  pada Allah seperti tawakal seekor burung, yang tak pernah tau akan rezekinya untuk hari itu.

Yakin, yakin dan yakin
MasyaAllah...mmg betul. Apa2 anag beyond our control kita serahkan bulat2 kepada Allah. In Sya Allah Allah bantu❤️

Perkongsian daripada Puan Iza Rahim

Allah menjawab persoalan ini melalui :-
Surah Ar Raad ayat 28 
"Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan tenteram"
Apa mungkin ada jawapan lebih bagus dan baik daripada apa yang tertulis dalam Al quran
Kita kena buang habis2 apa yang menyekat keyakinan kita pada janji Allah..

Seberat mana pun ujian terpikul, berbaliklah pada Yang Satu..
Yang tak pernah meninggalkan kita..
Semoga kita di sini berukhwah kerana Allah.  Syukur kerana dipertemukan di sini..

Tahajjud, dhuha, solat, zikrullah, baca al quran semuanya ingat Allah itu. Sifu pandang numbers ingat asma atau nama-nama Allah..

Surah al baqarah ayat 115
"Hadaplah wajahmu ke mana arah sekalipun, utara selatan, timur dan barat, tetap nampak Aku."

Nak ingat Allah ini tidak terikat dengan masa dan tempat
Kena ingat 24 hours/7 days per week/365 days per year

Inilah yang sifu duk berleter beberapa hari suruh jadi geng tahajjud nie, 

HANYA YANG BUAT SAHAJA DAPAT RASA NIKMATNYA RAHSIA SEBALIK TAHAJJUD
HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA MASINNYA AIR LAUT ITU

Nie tak, kita ada masalah mengadu kepada Syeikh al-facebooki, dan refer kepada Al-fadhil Al googlie, macam mana nak selesai masalah kannn

Betul sifu.. terasa ketenangan bila menangis semasa membaca ayat suci al-quran..terima kasih atas peringatan..

Sebab itu namanya rukun iman (unseen)/hakikat
Rukun Islam nie (seen)/syariat

Syariat/fekah/Rukun Islam ini ilmu syariat menentukan amal kita SAH ATAU BATAL

Hakikat/tasawwuf/Rukun Iman ini ilmu hakikat menentukan amal kita DITERIMA ATAU TAK OLEH ALLAH

RUKUN IMAN, cantik dah susunannya
1. PERCAYA KEPADA ALLAH

Ader tulis Syeikh Al-Facebooki dan Al-Fadhil ustaz Al-Googeli ka, sujudlah waktu tahajjud itu, mintalah apa nak minta waktu tu..ALLAHU SOMAD, terang dan jelas kata AKU (ALLAH) tempat segala makhluk bergantung.

IMAN ITU PERCAYA
PERCAYA ITU YAKIN

KALAU PERCAYA KEPADA ALLAH ITU KELAUT DALAM DAH
TAUHID KITA USAH CERITALAH
SEBAB ITU TAK TENANG, TAK INGAT KAT DIA
INGAT AL-FACEBOOKI DAN AL-GOOGELI LAGI PENTING

Jom kita buat ramai-ramai, rahsia kejayaan Sultan Muhammad al fateh menawan Constatinople adalah syarat utama bala tenteranya, adalah tak boleh tinggal TAHAJJUD..

Cik Puan Iza sudah share LIVE kat atas tu RAHSIA TAHAJJUD, dan bagaimana Allah bantu selesaikan masalah beliau.

Alhamdulillah Sifu....sekelip mata,dengan jalan yang tak pernah terlintas di minda...
Kita buat kerana Allah, sebab tu usaha kita, Allah nak bagi bila..macam mana..jangan kita tanya..yakin saja.

DOA DI WAKTU TAHAJJUD, seumpama anak panah tidak pernah lari dari sasaran, tepat..kejayaan kalian semua, kehidupan baru kalian semula akan berlaku bermula dengan TAHAJJUD.

Alhamdulillah, tak mampu buat banyak buat sedikit
Percayalah, bila istiqamah dengan perbetulkan niat KERANA ALLAH TAALA

12 rakaat dhuha itu seumpama 6 rakaat sahaja
8 rakaat tahajjud itu seumpama 4 rakaat sahaja

In Sya Allah, Allah cukupkan masa tu.

Popular Posts