Contoh-contoh perkongsian Getaran Kesyukuran

13/01/2017
1/40 

*7 GETARAN KESYUKURAN*

*BISMILLAH*

Al-'An`ām:10 - Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.


Syukur Kepada Allah, Hari ini aku masih lagi dipinjamkan nyawa untuk menebus kembali kejahilanku yang lalu. 

Syukur Kepada Allah, mengizinkanku memulakan melafazkan kembali getaran kesyukuran yang lama ku tinggalkan.. Allahu, Terima kasih ya Allah atas teguran melalui insan lain. 😢

Syukur Kepada Allah, di pagi hari ini aku masih lagi dipinjamkan sifat2 Ma'niMu yang masih berfungsi dengan baik. 

Syukur Kepada Allah, semalam aku masih mampu berhadapan dengan seseorang secara baik walau ape pun yang dia telah lakukan dalam hidupku. Sungguh tiada Daya tiada upayanya dia ya Allah. 😭

Syukur Kepada Allah, Kerana Kau gerakkan hati pelanggan untuk berurusniaga denganku dan mudah sekali urusannya ya Allah. 

Syukur Kepada Allah, atas nikmat idea untuk berkongsi sedikit IlmuMu yang Kau pinjamkan untukku ya Allah, supaya lebih ramai lagi yang akan kembali ke JalanMu, dengan izinMu jua ya Allah. 

Syukur Kepada Allah, kerana nikmat ujian dalam pelbagai bentuk yang Kau berikan untukku ya Allah. Ujian tanda kasih dan sayangMu ya Allah. 

*ALLAH Dulu.. ALLAH Lagi.. ALLAH Terus..*

#IzanMohdNahso
#KatakanlahALLAHituEsa 
#GengHarapan 
#NakBerjaya

13/01/2017
1/40 

7 GETARAN KESYUKURAN

BISMILLAH

Al-Ikhlas: 1 - Katakanlah Allah itu Esa

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatmu, kerana masih dipinjamkan sifat hayatmu untuk meneruskan perjalanan dan hidup untuk memakmurkan insan.

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatmu, kerana masih dipinjam ilmu dan kefahamanMu untuk aku berkongsi di tribe #769 SAFT ini bersama teman teman lama dan baru, saling ingat mengingati utk EsakanMu Ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur di atas segala nikmatMu kerana masih dipinjamkan kudrat dan kehendak utk terus istiqamah melalukan solat tahajjud 8 rakaat dan witir 3 rakaat.

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku sangat bersyukur atas segala nikmatMu kerana masih dipinjamkan kudrat dan kehendakMu untuk menunaikan Solat Sunat dhuha 12 rakaat semalam.

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatMu hari ini, dengan segala pelbagai nikmat ujian yang aku hidapi hingga saat ini tak kunjung tiba, aku masih boleh senyum dan tenang menghadapinya. Aku redha dan terima seadanya untuk dijadikan sebagai bahan ujikajiMu Ya agar dapat memberi taufik dan hidayat kepada insan lain utk hidup mengEsakanMu Ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku sangat bersyukur atas segala nikmatMu, atas nikmat idea untuk berkongsi sedikit IlmuMu yang Kau pinjamkan untukku ya Allah, supaya lebih ramai lagi yang akan kembali ke JalanMu, dengan izinMu jua ya Allah. 

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatmu, dengan izinMu gugur linangan air mata semasa menasihati rakan rakan di tribe ini, kerana ia terkesan akibat pengalaman laluan hidup yang dilalui sebelum ini. Aku memohon kepadaMu Ya Allah agar kau kurniakan taufik dan hidayat kepada kami semua di sini utk kembali kpdMu dan dilimpahrahmat dan kasih sayangMu Ya Allah kpd kami semua di sini.

ALLAH Dulu.. ALLAH Lagi.. ALLAH selamanya..
Allah is my no.1

#KatakanlahALLAHituEsa 

BARANGSIAPA BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMATKU
AKAN AKU TAMBAH LAGI NIKMAT DAN REZEKINYA

BARANGSIAPA TIDAK BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMATKU
SESUNGGUHNYA AZABNYA AMAT PEDIH

Bismillahirrahmanirrahim
13/10/2017
1/40 
7 Getaran Kesyukur

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

(Al-A'raaf 7:12)

Ya Allah, aku bersyukur kerana dapat bersolat tahajjud 8 rakaat pada pagi ini.

Ya Rahim, aku bersyukur dengan diberi peluang kehidupan pada hari ini. Supaya aku dapat menambah baik kehidupanku Dan memanfaatkan diri untuk memakmurkan orang lain.

Ya Rahman, aku bersyukur atas anak2 yang soleh Kau kurniakan pada Ku. Celik mataku, aku dapat melihat mereka tidur nyenyak disebelahku. 

Allah, bersyukur dengan talent dan skill yang Kau berikan padaku. Mendidik anak2 bangsa bijak bahasa inggeris. Dan mereka semua berjaya dalam semua pelajaran akademik dan hidup. 

Aku besyukur kerana aku dapat menyelesaikan rutin subuhku dengan membaca surah Al Waqiah. Semoga istiqamah sepagi subuh membacanya. 

Aku juga bersyukur dengan parents yang baik untuk tuition ku . Memudahkan pengurusan tuition. 

Dan aku bersyukur dengan ada kereta Kancilku. Masih amat elok dan baik. Boleh bergerak kesana kemari memudahkan urusan seharian ku.

#yezfunenglish #solehenglish #SELF #tuitionBIforyoungkids
#TravelingMama 
#fav


1/40 

7 GETARAN KESYUKURAN

BISMILLAH

16:18

An-Naĥl:18 - Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Syukur Kepada Allah, Pagi Ini Aku Masih Dihidupkan Dengan Jiwa Yg Sangat Gembira. Ingin Bersama² Sahabat Meneruskan Getaran Kesyukuran Ini. Moga Allah Beri Istiqomah Kepada Kami Semua

Syukur Kepada Allah, Berpagi² Menjaga Kitaran Rezeki Yg Allah Kurniakan. Selesai Menguruskan Anak² & Isteri Dengan Baik Hari Ini

Syukur Kepada Allah, Tahun 2017 Ini Aku Diberi Sedikit Kekuatan Untuk Merubah Cara Kehidupan Kepada Lebih Baik. Meringankan Tugasan Isteri Ku. Nikmat Yg Tidak Terhitung Oleh Jari Jemari Ini

Syukur Kepada Allah, Aku Di Beri Peluang Lagi Untuk Makan & Minum Rezeki Dari Allah Ini Dengan Menggunakan Anggota Badan Yg Sihat, Pinjaman Dari Mu

Syukur Kepada Allah, Kerana Aku Masih Lagi Diizinkan Untuk Menunaikan Umrah. Kali Ini Bersama² Isteri Tercinta. Allah, Mudahkan Segala Urusan Ku Semudah Mudah & Sehabis Mudah

Syukur Kepada Allah, Kerana Aku Di Beri Sedikit Kesakitan. Ini Menunjukkan Betapa Kasih & Sayangnya Allah Kepada Diri Ku. Moga Sakit Ini Menjadi Penghapus Kepada Dosa² Lampau Ku

Syukur Kepada Allah, kerana  Hari Ini , Saat Ini, Ketika Ini Aku Masih Lagi Tersenyum & Menghadapi Segala Dugaan & Cabaran Hidup Dengan Penuh Rasa Tenang. Yakin Dengan Aturan Allah Itu Yang Paling Baik

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

NIZAM KAMAL
Saudagar Jiwa
Hidup Ini Satu Perjalanan
+017 343 9666
13 Januari 2017
Jumaat
Taman Maluri KL

13/01/2017
1/40

*7 Getaram Kesyukuran*

Bismillahirrahmanirahim

Sahaja aku berkongsi Getaran Kesyukuran ini kerana Allah Taala

* Surah Taha 20:81- "Makanlah daripada rezeki yang baik-baik yang telah kami berikan kepadamu dan janganlah melampui batas,yang menyebabkan kemurkaan-ku menimpamu.Barang siapa ditimpa kemurkaan-ku maka sesungguhnya binasalah dia".

Alhamdulillah syukur Ya Allah hari ini Engkau masih memberi peluang untukku meneruskan ibadat kepadaMu dan memperbaiki diri agar lebih baik.

Alhmdulillah syukur Ya Allah,Engkau berikan guru2 & sahabat2 yang sudi berkongsi ilmuMu untuk membuka jalan yang lebih baik buatku. Mudahan Engkau berikan hidayahMu untuk menerangi lagi perjalanan ini.

Alhamdulillah syukur Ya Allah ,diawal pagi ini Engkau kurniakan rezeki semalam untukku berikan pada isteri membeli barang2 dapur untuk makanan kami sekeluarga.Mudahakan ada keberkatan rezekiMu kepada kami sekeluarga.

Alhamdulillah,syukur Ya Allah dengan adanya sahabat/guru di dalam group ini Engkau mula mengerakkan diri ini untuk kembali dekat dengan Al QuranMu,mudahan diri ini terus mengali dan istiqamah dalam mengenal diri agar lebih mengenal Mu dan buang segala hak milik diri dan hanya tinggal hak milikMu.

Alhamdulillah syukur Ya Allah, hari ini masih diberi kesihatan yang baik untuk mencari nafkah untuk keluarga.

Alhamdulillah syukur Ya Allah, hari ini masih dapat menunaikan solat dhuha 6 rakaat. Mudahan istiqamah dalam amalan setiap hari sebelum memulakan kerja.

Alhamdulillah syukur Ya Allah ,masih mengizinkanku untuk terus memulakan setiap perkara dengan kalimah bismilllah mu dan ucapan syukur alhamdulillah disetiap kesudahan. Terima Kasih Ya Allah

*Allah semuanya
Mudahan satu langkah permulaan yang baik untuk diri ini,mohon agar sifu dan sahabat yang lain dapat memberi tunjuk ajar dan membimbing kembali diri ini ke landasan yang betul. Terima Kasih Ya Allah,terima kasih sifu Farihan keserentan pertemuan di sini sudah tertulis. syukur Ya Allah.

*13/01/2017*
*1/40*

*7 GETARAN KESYUKURAN*

*BISMILLAH*

'Ibrāhīm:5 - Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur."


Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatmu, kerana masih dipinjamkan sifat hayatmu untuk meneruskan perjalanan dan hidup untuk memakmurkan insan.

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatmu, kerana dapat bertahajjud, dhuha, melafazkan getaran kesyukuran dan sentiasa berzikir dan beristighfar kepadaMu Ya Allah

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur di atas segala nikmatMu kerana melancarkan segala urusan semalam dan juga hari ini..Syukur Ya Allah..

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku sangat bersyukur atas segala nikmatMu kerana Engkau hadirkan sahabat2 yang positif dan sentiasa mengingatkan diri ini kepadaMu Ya Allah..

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatMu sehingga ke hari ini kerana memberikan ujian2 yang menyedarkan ku untuk sentiasa mengingatiMu, menyatakan Engkau yang Berkuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku sangat bersyukur atas segala nikmatMu, kerana Engkau menggerakkan mereka yang berada didalam cirle ku untuk berada didalam tribe ini.semoga kami semua mendapat manfaat kebaikkan ilmu ini utk bekalan hidup kami seharian.. 

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatMu kerana meminjamkan ilmuMu kepada Sifu Farihan, Tuan Kawaras dan Tuan Zariman yang sangat2 bersabar dan tak jemu dengan setiap diri kami yg ingin mengenaliMu Ya Allah. Engkau permudahkanlah segala urusan mereka Mudah2 dan sehabis mudah.berikan mereka kesenangan hidup dunia dan akhirat.Lindungilah mereka dan keluarga mereka Ya Allah.. 

ALLAH Dulu.. ALLAH Lagi.. ALLAH selamanya..
Allah is my no.1

#KatakanlahALLAHituEsa 
#RahmatdanRedhaAllahsepanjanghari


 "Astghfirullah hal'adhziem" selalu. Diam dan ingat Allah. InShaaAllah..😘

Popular Posts