Suatu Permulaan


"Teman-teman di sini boleh invite ramai sahabat-sahabat yang berminat untuk mengenal diri, potensi business dan kerjaya serta bagaimana nak mengharungi cabaran ekonomi global bermula 2017 hingga 2020 dengan kaedah metafizik sains penomboran islamik dengan share di group whatsapp atau telegram masing-masing link di bawah :


Tribe #769 SAFT -Model Potensi Diri, Business & Kerjaya


Bantu sifu untuk penuhkan kuota 100 pertama, banyak teknikal baru untuk survive 9 on 9 dimension untuk dijamu pada kalian di sini. Berapa ramai di sini yang sudah terbiasa dengan ilmu metafizik sains penomboran.....?"

Itu merupakan ayat intro untuk salah satu group telegram (Metafizik Sains Penomboran Islamik IMQ Ways) yang aku sertai (diinvite untuk sertai). Walaupun sebenarnya aku sendiri tidak pasti siapa yang memasukkan aku ke dalam group ini, namun aku berterima kasih kepada beliau. 

Aku join group ni lepas raya Aidilfitri (sekitar bulan Julai 2017), namun memang aku tertarik dengan pengisian yang diberi. Jadi aku putuskan untuk terus hadam, belajar dan scroll dari atas semula segala mesej-mesej ilmu yang berkaitan yang telah disampaikan sebelum ini. Mujurlah juga menggunakan medium telegram, jadi akses kepada mesej awal masih boleh dibaca walaupun kita adalah ahli yang terlewat. Bayangkan betapa gigihnya aku untuk scroll semula hingga ke mesej mula-mula dalam perbincangan/perbualan ahli group yang ada 3500 ahli. Berpeluh. Hihi

Tapi tak mengapa, memang aku berminat. Dan aku niatkan aku mencari mesej-mesej awal untuk benar-benar belajar dari gelas yang kosong ini minta diisi dan aku akan cuba praktikkan setiap ilmu yang diberi dalam usaha untuk kembali menerobos sempadan diri. In Sha Allah. Amiin.

Popular Posts