Kongsilah walau sepotong ayat


Sifu nak share kat sini bagaimana nak ilmu cepat kita hadam dan sebati dengan kita umpama darah mengalir.

Ilmu dan pengalaman ini sifatnya seperti air, perlu dialirkan kalau tak berkeladak dan berselut jadinya. Jangan kedekut ilmu, ilmu bukan kita punya, itu kan Allah punya.

Bila kita alirkan ilmu, pengalaman RASA kita itu kepada hamba Allah yang lain, ada orang guna pakai sharing tu ubah hidup dia, daripada jahil ke cerdik, tak mengenal kepada mengenal dan sebagainya. Selagi dia hidup, selagi itulah RAHMATALALAMIN akan jatuh pada kita. Kena hamba Allah itu hidup 100 tahun, kiralah sendiri

Sebab itu bila sifu suruh share, share jerlah pasai apa nak kedekut piang sangat. Ada sebab lah tu kalau sifu suruh buat. Bukan sahaja sahaja.

Inilah cara dan kaedah bagaimana sifu dapat kuasai ilmu ini..

Kita alirkan ilmu, Allah gantikan dengan kefahaman dan ilmu baru..mudah jer hidup nie kalau faham tentang hakikat kehidupan. Kita jer yang jadikan dia complicated.

"Kongsilah walau sepotong ayat", pernah dengar kan sunnatullah ini. Buat jerlah

Ingat ini
KETENANGAN JIWA ITU ADALAH SYURGA
KERESAHAN JIWA ITU ADALAH NERAKA

kalau dunia nie pun, dah resah gelisah, jiwa tak tenteram, tengok orang lebih dengki dan sebagainya. Dunia lagi Allah dah nampakkan esok esok nak duduk kat mana nanti. Itulah org panggil NERAKA DUNIA..esok esok 7 kaki kat bawah tu tak tahu lah mcm mana.

Sebab itu rahsia ketenangan dalam surah al baqarah ayat 115
"Hadaplah wajah mu ke mana arah sekalipun tetap nampak aku"


Popular Posts