TAHAJJUD


Waktu permintaan yang paling mustajab itulah WAKTU 1/3 MALAM, iaitu TAHAJJUD.

Dalam Formula Quadarant Model Pengurusan Kewangan situ iaitu 769 F.A.S.T, yang akan dikupas di tingkap sebelah nanti lebih mendalam. Ada ilmu tangan ghaib yang sifu pecahkan ikut 5 jari tangan anda.

Ibu Jari : sedekah
Jari Telunjuk : solat tahajjud
Jari Tengah : Silaturrahim
Jari Manis : Solat Dhuha
Jari Kelingking : Zikir

Jari Telunjuk #2. SOLAT TAHAJJUD

Dua negara SUPER POWER yang telah berusia ratusan tahun bahkan ribuan, Imperium Romawi dan Persia, tunduk di kaki mereka. Daulah Islamiyah terbentang dari Samudera Atlantik di hujung barat hinggalah ke India di hujung timur. Dari samudera Hindia di hujung selatan sehinggalah ke bahagian Eropah di hujung utara. Pemerintahan terluas dalam sejarah dunia.

Kunci kekayaan dibuka. Sampai tiada rakyat yang memerlukan bantuan wang pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Cahaya ilmu pengetahuan dipancarkan ke seluruh dunia dengan berpusat di Cordova (Sepanyol) dan Baghdad (Iraq).

Ibnu Sina dengan ilmu kedoktorannya
Al Khawarizmi dengan trilogi matematiknya, numbers
Al Jabbar dengan aritmetik logaritmanya
Ibnu Hayyam dengan kimia
Al Haitham dengan ilmu optik
Al Farabi dengan psikologi dan banyak lagi

Bagaimana caranya untuk kita meneruskan kejayaan meraka..??
Imam Malik menajwab melalui tulisan pada kulit kitabnya Al-Muwattha

"Tidak akan berjaya generasi akhir zaman dari umat ini, melainkan mereka mengamalkan cara-cara dan tradisi yang telah menjayakan generasi pertama."

Popular Posts