Ilmu Pelaris untuk Bisnes


Saya ada rahsia ILMU PELARIS untuk bisness

Free je nak bagi ni. Rasa berdosa simpan sorang-sorang.
.
.
.
Beberapa hari sebelum Nasi Ayam saya viral melampau dan followers saya naik kepada 20,000 dalam masa seminggu.
Saya study pasal surah AL WAQIAH.
Selepas aya ditegur Allah memalui seorang Pak Cik Jaga kilinik yang selalu saya bawa anak follow up. 

Semasa pakcik itu tegur saya sebelum balik,
"Nak..Amalkan Surah Al Mulk dan Surah Al Waqiah sebelum tidur ye."
[Eh pakcik ni..Dalam ramai-ramai orang, dia tegur aku!]

Skeptikal juga dalam hati sikit. Tetapi fikir balik, Eh! Allah tegur ni melalui pakcik ni!

Jadi, saya pun bukalah tafsir Al Quran dan selak halaman surah Al Wqaiah.
Oh..surah tentang Hari Kiamat rupanya.

Kemudian saya tanya kawan-kawan di facebook, ada tak di antara mereka yang tahu tentang kelebihan surah Al Waqiah sebab kalau tentang Hari Kiamat rasanya saya memang kena ambil tahu. Kot kot ada benda lin yang saya belum tahu.

Kemudian ada yang beritahu surah tersebut adalah surah pembukan pintu rezeki.

Saya pun baca balik..Tak ada pun macam ada unsur-unsur rezeki di situ. jadi, macam mana yang ada kaitan dengan rezeki.

Kemudian, saya tenangkan fikiran. Tarik nafas...Hembus.
Kemudian rasa semacam dapat azimat.
Cerita tentang Hari Kiamat!

Agaknya Allah mahu kita berpesan-pesan dengan ornag lain tentang TUJUAN KITA BUAT APA SAHAJA DI DUNIA DALAH UNTUK AKHIRAT. Pesan kepada diri sendiri dan pesan kepada orang lain juga!

Yes! Kita kena berpesan-pesan antara satu sama lain! Kalu dah tahu, jangan simpan sorang-sorang. Jika mahu buat baik, jangan buat seorang-seorang! Ajak orang lain sekali.
Nak masuk syurga juga..jangan selfish! Ajak kawan-kawan lain!
Yes! Mesejnya adalah BERPESAN-PESAN!

Kiamat adalah benar! Petanda berakhirnya dunia dalah hari kiamat! Jangan kejar dunia. Kejar akhirat! Allahuakbar! Itu yang Kau mahu ingatkan semula. Jangan cari kemasyuran dan nikmat dunia semata-mata!

Beberapa hari selepas itu, Nasi Umi viral dan followers saya menginjak berpuluh-puluh ribu. Benarlah Al Waqiah adalah PEMBUKA PINTU REZEKI.

Selepas pintu terbuka, bermacam-macam rezeki datang. Jual apa sahaja laku! Dapat peluang terbitkan buku sendiri. Ada e-commerce sendiri. Orang datang hulurkan bantuan tentang online marketing.

Allah..Rasa bersyukur sangat dengan bantuan yang diberikan. Allah yang gerakkan hati-hati mereka untuk membantu. Allhauakbar.

Nota : Saya doakan  mereka yang SHARE juga dibukakan pintu rezeki sebab kita berpesan-pesan tentang tujuan kita diutuskan ke dunia. Besar pesanan ini sebenarnya.

Popular Posts