"di luar tidak terkesan, di dalam tidak menekan"


Bukan mudah untuk jadi diri sendiri, jika mula berjalan mahu kembali, beringatlah ujiannya sangat hebat.

BERSEDIALAH
BERSEDIALAH
BERSEDIALAH

sehingga, "di luar tidak terkesan, di dalam tidak menekan"

Berdiri dengan sendiri tanpa mampu luar dan dalam mempengaruhi diri yang terperi.

Jika kita sudah mula kenal sebenar kenal. Kita akan jadi pattern kita sendiri. Hasutan luar tidak memberi kesan, bisikan dalaman tidak memberi tekanan untuk kita membuat sebarang tindakan atau keputusan.

Pernah dengar kisah Saidina Ali RA semasa hendak pancung lawan ketika perang. Apabila pedang mahu menyinggah ke leher musuh, musuh tiba2 musuh meludah beliau. Lantas beliau tidak jadi memancung leher musuh.

Maka musuh jadi pelik, duhai Ali kenapa dikau tidak jadi memancung kepalaku?
Jawabnya "Di kala aku mahu memancung kepalamu, niatku lillahitaala. Tapi bila kau meludahku aku mula marah, dan saat itu aku mula bertindak dengan niat nafsu amarahku. Maka aku tak mahu perbuatanku sia2 dan bukan kerana Allah."

Makanya bisikan dalam pada Saidina Ali tidak menekan beliau bertindak melulu dan keadaan persekitaran luar tidak menekan beliau membuat perkara sia2. Beliau kenal dan faham permainan siapakah itu.

Popular Posts