Repetition is mother of skills

Beriman dengan kalam Allah ini,
LA TATAHARRAKU ZARRATUN ILLA BIIZNILLAH 
(Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dan kehendakNya)

Takkan menjadi lencong, cantik dan menggoncang dunia sepakan Faiz Subri tu dengan izin Allah. TANPA KUDRAT, IRADAT, SAMA', BASAR, ILMU, KALAM, HAYAT Allah, kita ini tidak ubah seumpama BONGKAH TANAH YANG MATI..

Al-'Insan :9 
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.)

Ramai daripada kita mampu hidup beragama (Rukun Islam tiptop), tapi gagal untuk hidup bertuhan (Rukun Iman ke laut)..

Faiz Subri berjaya mengharumkan nama MALAYSIA di mata dunia..

Jarang sekali nama Malaysia disebut dalam arena sukan dunia, yang membanggakan lagi Faiz bukan membawa namanya sendiri tetapi nama negara.

Info mengatakan bukannya pertama kali Faiz Subri mencuba sepakan tersebut malah di semasa latihan telah berlaku beberapa jaringan. REPETITION IS MOTHER OF SKILLS.

Maksud di sini adalah, kita sebenarnya tak perlu buat banyak benda, fokus satu jer, istiqamah, bina wifi cantik dengan Allah sudah memamdai untuk mencipta satu kejayaan luar biasa. Yang penting BINA CONNECTION WIFI DENGAN TANGAN GHAIB biar cantik.

Tuah Faiz Subri dikenali dunia hinggakan Ronaldo dan beberapa superstar bola sepak dunia memberi penghormatan.

Tuah Ayam nampak di kaki, Tuah Manusia Allah simpan untuk hambanya yang terpilih.

Analogi mudah jer, yang kerja makan gaji. Bos suka beri kenaikan pangkat dan slary increment kepada staffnya yang rajin berkhidmat dan tunjuk potensi, go beyond extra mile ka atau yang cukup buat syarat, 8-5 kalut nak punch card..? Cer jawab

Share tips tentang punch card awal :
Awal2 bangun punch card kepada Allah dulu..macam dhuha, kita selesaikan dulu dengan Big Boss kita.. lepas tu semua urusan yang lain kita serahkan je padaNya.

Waktu punch card awal dengan Allah, jam 3 pagi iaitu waktu tahjjud. Sepanjang hari tu urusan perjalanan In Sha Allah dipermudahkan oleh Allah, mudah mudah dan sehabis mudah.

Kalau yang subuh gajah tu, merah lah sepanjang hari

Popular Posts