KISAH KAHWIN DENGAN ANAK RAJA I

Spt sifu janjikan, sifu nak share KISAH KAHWIN DENGAN ANAK RAJA yang cukup famous pada follower dan alumni sifu.

Nak dengar tak, berapa ramai nak dengar,
Kalau sikit, sifu simpan dululah..



KISAH KAHWIN DENGAN ANAK RAJA

Pada suatu hari di hari Keputeraan Anak Raja tu, baginda memanggil ke semua rakyatnya berkumpul di Istana rasmi baginda. Anak raja tu buat satu pengumuman,

Hari ini hari keputeraan beta, mintalah apa yang kalian minta, akan beta tunaikan setiap permintaan itu. Beta pilih 15 orang sahaja daripada kalian utk kali ini.

Rakyat 1 : Tuanku, patik inginkan sebuah rumah banglo mewah yang bernilai rm1 juta.
Tuanku : Bendahari, uruskan permintaan rakyat ku ini. Siapkan sebuah banglo bernilai rm1 juta untuk rakyat patik ini.

Rakyat 2 : Tuanku, patik inginkan tanah seluas 10 ekar untuk patik bercucuk tanam untuk kelangsungan hidup patik sekeluarga dan keturunan patik.
Tuanku : Bendahari, uruskan segera permintaan rakyat ku ini untuk memiliki tanah seluas 10 ekar itu.

Rakyat 3 : Tuanku, patik sudah lama susah, nak cari sesuap nasi pun susah dalam keadaan sekarang nie. Patik mahukan RM200,000 utk selesaikan masalah patik ini.
Tuanku : Bendahari, top up lagi RM200k menjadikan RM500k untuk rakyat patik ni untuk meneruskan kehidupan beliau dan seisi keluarga.

Last last, ada seorang anak dara yang melewati usia 40an bangun dan buat satu permohonan.

Anak Dara : Tuanku, Patik dah lama hidup kesepian dan keseorangan, patik tinggal seorang diri kedua orang tua patik dah meninggal dunia. PATIK NAK KAHWIN DENGAN TUANKU
Tuanku : 😱😱😅😅😇😇😇😇😇......

Nak wat macam mana, kata mesti dikota
Siapa yang beruntung dan bertuah antara Rakyat 1,2,3 dan Anak Dara tu......cer jawab

Popular Posts