Betulkan connection ~ positive wave vibration


Betulkan connection kita dengan hubungan Allah, mengadu pada Allah, In Sha Allah positive vibration sekeliling kita akan positive..bersangka baik dengan Tuhan.

Kurangkan masa dengan fikirkan tentang makhluk lain. Lebihkan masa untuk dekatkan diri kita dengan Allah. 

Sebelum tidur istiqamah 40 hari solat taubat 2 rakaat, tahajjud 8 rakaat + witir 3 rakaat.
Banyakkan bersedekah untuk penyucian hati.
Istighfar 100x sehari selepas solat, pecahkan 20x setiap 5 kali solat sehari semalam.

Buat ini, istiqamah selama 40 hari, buat dulu, jangan banyak tanya.
If jiwa masih tidak tenang, please come back to me.

Apa jua masalah, stop looking from outside you, but looking inside you. Firman Allah berbunyi dalam surah 51 ayat 21

WAFI AMFUSIKUM, AFALA TUBSHIRUN
(Dan pada diri kamu sendiri, kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya)

Kita sebagai umat Nabi Muhammad yang beriman, wajib kena BERIMAN DENGAN AL QURAN, if tidak bergoncang tauhid kita dengan Allah Taala.

What we focus, it will expand. 
Kita fokus masalah, kita akan menarik lagi banyak masalah dan negatif vibration surrounding us.
Kita fokus, untuk tarik positive vibration dengan dekatkan diri dengan Allah.

Firman Allah dalam Al Quran, Allah dah jawab siap dah segala permasalahan hambaNya hingga ke hari kiamat, cuma kita nak beriman atau tidak sahaja.

HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH, JIWA AKAN MENJADI TENAG (Surah Ar'Rad ayat 28)

Firman Allah dalam Al Quran, Surah Al Baqarah ayat 115
"HADAPLAH WAJAHMU KE MANA ARAH SEKALIPUN, KAU TETAP NAMPAK AKU (Allah)"

Kalau semua kita hadap tu DIA, In Sha Allah kita akan diam, tunduk membisu, tak perlu kata apa-apa, sebab sifat WUJUD Hanya ESA (SATU).

Ini Allah dah didik kita semua dalam Surah 7 dalam al Quran semasa proses kejadian Adam, di mana Azazil, penghulu segala malaikat tak nampak sifat Allah di sebalik diri Adam. Sebab itulah, kalau kita tak berpijak di situ kita akan memiliki sifat Azazil seperti marah, sakit hati, dendam, tak puas hati dan sebagainya.

Satu hari satu potong ayat, tengok tafsir pecahkan numbering yang berasaskan huruf Arab iaitu (hijaiyah). Kita bangun pagi, buka mata sudah dihidangkan dengan dua pilihan, nak ikut rahmatal alamin atau bisikan syaitan.

Mulai hari ini, tribe ini kita praktiskan begini setiap sharing di sini, boleh boleh

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas ilmuMu
Allahu Akbar

Supaya kalian semua di sini mendapat pahala, dan didoakan oleh seluruh malaikat dari 7 petala langit hingga 7 petala bumi. Baru datang berkat dan barokah atas ilmu itu

Sifu nie hanya sarung bernyawa, tiada daya tiada kuasa melainkan dengan izin dan kehendakNya.

Tugas sifu di sini hanya sampaikan apa yang dipinjamkan, tugas kalian, ambil dan pulangkan semula kepada tuan Empunya ilmu itu iaitu Allah.

Sifu tak layak untuk menerima ucapan waima TERIMA KASIH

Pesan Tok Kenali, JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI, BIAR TERLIHAT HANYA ALLAH SEMATA-MATA. In Sha Allah selamatlah kamu dunia dan akhirat.

Bukan dari sifu mahupun mana-mana guru itu hidayat dari Allah swt, sifu atau guru tu hanya alat sahaja macam paip yang menyalurkan air sedangkan air bukannya kepunyaan paip. 

Sifu di sini bukan siapa2 di sisi Allah. Sifu cuma seorang pemikul barang yang merantau selama bertahun-tahun untuk mencari tuan empunya barang yang diamanahkan oleh tuan sifu (Allah) untuk sifu hantar kepada kalian di sini.

Terpulanglah kepada kalian di sini samada kalian ingin bawa balik barang tersebut atau sekadar meninggalkan barang tersebut di dalam tribe ini. 

Kerana barang (ilmu) itu sememangnya milik kalian dan hak kalian. Bahagian kalian atas muka bumi ini selagi ada hayat untuk dibawa bekal ke sana. 

Semuanya dengan izinNya, wifi connection sampai awal. Ilmu ini hanya datang pada yang mencari. 

Sifu tidak pernah tinggal doa, 
ya allah ya tuhanku, kau hantarkanlah dan dekatkanlah aku dengan insan insan yang ingin mengenali dan mencarimu sahaja
Supaya aku tidak lalai denganMu dan lupakanmu
Sesungguhnya aku ini fakir, lemah, tiada daya tiada kuasa

Dekatkan mereka mereka ini untuk membantu diriku dan perniagaanku lillahitaala.

Popular Posts