Doa I


Assalamualaikum dan selamat pagi semuga semua diberi kesihatan yang baik dan kekuatan diri untuk terus menambah bekalan amal dan ibadah kita...

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa isteri kami, dosa-dosa anak-anak kami, dosa- dosa adik beradik kami, dosa-dosa sahabat-sahabat kami, dosa-dosa guru- guru kami, dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat sekalian kerana engkaulah yang maha pengampun lagi maha pemurah...Ya Allah Ya tuhan Kami engkau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami, rezeki yang banyak, tetapkan iman kami dan kami bermohon ke hadratmu, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami semua supaya kami dapat memperbaiki diri kami dan menambah ibadah kami, tambahkan Ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal kami. Kami memohon kepada mu  Ya Allah berikanlah kami iman yang sempurna, ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal, anak yang solleh, rumahtangga yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang baik, hutang yang terbayar serta kesejahteraan dunia dan akhirat.

Ya Allah Ya Tuhan kami jadikanlah kami antara kalangan hambamu yang mendapat bahagian yang hebat pada nur cahaya yang engkau berikan dan kurniakan sebagai hidayah dan rahmat.Berikanlah kesihatan yang baik kepada kami, matikan kami dalam HUSNUL KHATIMAH jangan ENGKAU matikan kami dalam SUU'UL KHATIMAH .

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَم

Popular Posts