ALIF LAM MIN sudah menceritakan permulaan dan pengakhiran kehidupan.. siapa yang nak tahu, sifu nak buka minda sikit malam nie. Boleh?
ALIF
Sifat dia lurus, tegak. Memang lahiriah kita di alam roh sudah taat dan setia dan bersumpah dengan PERJANJIAN ALASTU (kita kupas ini kemudian Suarh Al Araf ayat 172)
LAM
Sifat di bengkok ke kiri, maksudnya sudah menyimpang dari keadaan asal, lawan sunnatullah, tauhid, iman, yakin pada Allah hilang semasa sumpah ikrar dalam perjanjian Alastu tu.
MIM
Sifat selepas berputar-putar tu, balik lurus . Untuk jiwa kembali tenang, hanya satu cara sahaja iaitu KEMBALI PADA DIA, KEMBALI KEPADA JALAN YANG LURUS, IHDINASSIRATULMUSTAQIM..Manakah jalan yang dikatakan jalan yang lurus, iaitu JALAN KEMBALI KEPADA PENCIPTA, MENGENAL PENCIPTA.
Begitulah cebisan kupasan hakikat kehidupan insan, sifu percaya yang duduk dalam ni pelbagai amsalah belenggu kehidupan, jiwa tidak tenang dan sebagainya. Daripada susunan no phone masing-masing pun dengan izin Allah, sifu dah tahu apa masalah kalian semua.. KEMBALI KEPADA TUHAN DULU..ilmu metafizik sains numbering itu hanya sebagai pakaian luar untuk mencantikkan apa yang di dalam tu.
Kalian tak perlu kenal sifu pun takpa, asalkan kalian kenal Allah sudah memadai bagi sifu..waima ucapan terima kasih mahu pun pujian sifu tak layak menerimanya kerana ianaya milik Allah.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah
Hadis Qudsi :-
AKU CIPTAKAN SESUATU UNTUK MENGENALI AKAN DAKU ATAS SEGALA SESUATU
Kita pun Allah jadikan untuk perkenalkan diriNya. Numbering juga dijadikan untuk perkenalkan diriNya.
Contoh kalau sebut no 6, dalam kepala terus ingat kekayaan, duit, kemewahan, unsur besi, braincolour system warna merah yang very structured dan sebagainya. Tapi berapa ramai mampu ingat di sebalik no 6 itu sifat Allah iaitu Yang Maha Kaya iaitu Ya Mughni.