Baik, berdasarkan pembuktian firman Allah dalam Al Quran itulah sifu nak kita semua sama-sama PERBAIKI NIAT di tribe nie.
Sifu ulang ya Surah 51 ayat 49
"Dan setiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan, supaya kami dan mengingati kekuasaan kami dan mentauhidkan kami"
Ini hakikat sebenar kenapa kita dikumpulkan di sini tiada lain tiada bukan melainakn untuk sama-sama kita mengingati dan mentauhidkan Allah.
Bila sebut sahaja berpasang-pasangan
Ada lelaki ada perempuan
Ada siang ada malam
Ada kulit ada isi
Ada kekuatan dan kelemahan
Ada jasad ada rohnya
Ada syariat ada hakikatnya
Ada Rukun Islam (zahir) ada Rukun Iman (batin)
Ada ilmu dunia (metafizik) ada ilmu akhirat (Tauhid)
Mat Salleh, dah kaji lama dah menda alah nie bersepah movie Zombie, melayu pun ada itu apa Zombie Kampung Pisang.
Just imagine, jasad ada tapi roh atau jiwa kesedaran ketuhanan takde kan Zombie namanya tu. Balik kita kepada sifat 20 ada sifat maakni (syariat) ada sifat maaknawiyah (hakikat).
Kita duk perah dan bergantung pada barang mati (sfait maakni Allah), sedangkan kita tak dak bina dan bergantung barang hidup (sifat maaknawiyah), sebab tu kita penat, letih.
Bila kita tahu kita ada kelemahan, maka kita kena banyak buat solat taubat, muhasabah diri, dekatkan diri kepada Allah. Kita banyak dosa dengan Tuhan, macam mana Allah nak sampaikan kat kita.
Bila kita tahu kita ada kekuatan, maka seharusnya kita pulangkan semula kepada Allah Yang Maha Esa, kita nie semuakan hamba Allah, hanya sarung bernyawa, fakir tiada daya tiada kuasa melainkan dengan atas kehendak dan izin Allah.
Hadis Qudsi,
"Barangsiapa mendahulukan Allah di atas segala sesuatu, Allah akan mendahului di atas segala sesuatu."
Analoginya mudah jer,
Kita hari-hari keluar mencari rezeki, tapi berama ramai bangun tahajjud jam 3pagi dan dhuha sebelum keluar rumah.
Ini transformasi dan kaedah gaya penyampaian sifu, sifu beri penekanan ilmu Tauhid dan kenal diri dulu untuk Fasa 1. Fasa 2 baru pergi jaun untuk metafizik sains penomboran Islamik.
Lain padang lain belalang. Lain guru, lain kaedahnya. Sifu cukup jada pandangan Allah, sudahlah Esok pun kita tak tahu hidup atau tak. Selagi hidup nie, buatlah tugas dan amanah kita baik-baik. Kalau tak ramai daripada kita nie lalai dan mula betuhankan nombor dan bukannya Allah.
Sifu dah jelaskan di atas, numbering ini asalnya dari kalimah bismillahirrahmanirrahim, 99 asmaul husna yang terbahagi kepada 9 kumpulan dan dalam salah satu kumpulan ada 11 asma. Dulu bila sifu start mengajar sistem numbering feng shui dan numerologi, tak gabungkan ilmu dunia dan akhirat, ramai bertuhankan nombor, padan muka sifu kena lambung dengan Alllah, rasalah nikmat fitnah, cacian, tohmahan, dikatakan khurafat, syirik, sesat dan sebagainya.
Kalian semua berada di sini, sifu bertanggungjawab dunia dan akhirat apa ilmu yang sifu sampaikan kepada kalian. Sebab berpisahnya roh dengan jasad ada 3 benda jer yang nak kita bawa iaitu :-
1. Doa anak yang solat
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Sedekah dan amal soleh
Sifu harap, ILMU YANG BERMANFAAT dan SEDEKAH sahaja untuk menjadi lampu-lampu untuk menerangi rumah kecil 4 segi sifu tu. Tak mampu buat banyak, jangan tinggal semua. Tak mampu sedekah wang banyak, sedekahlah ilmu.
Kejayaan sebenar adalah 20% sahaja ilmu zahir @ luaran seperti teknikal dan fundamental, teknikal, analisis, metafizik. Lagi 80% adalah dari kekuatan dalaman (rohani), pembinaan rohani seperti istiqamah kita sedekah, bertahajjud, dhuha, silaturrahim dan zikrullah.
Cuma otak dan minda kita nie sudah DIKIRIKAN oleh sistem sekular, pisahkan Islam dengan kehidupan.
Analogi mudah sini sifu nak sampaikan,
Kecik-kecik dulu kan ada patung jenis ultraman yang dalamnya kena isi angin baru boleh berdiri tegak kan.
Itulah dia, sarung ultraman itulah jasad kita, bongkah tanah jer pada asalnya. Angin yang kita tiup dalam patung itulah dia ROh atau jiwa.
Takde Angin, mana mungkin boleh berdiri tegak patung tu. Takde bantuan dari sifat Maaknawiyah Allah dalam diri kita nie, ADA MATA TAPI BUTA, ADA TELINGAN TAPI PEKAK, ADA MULUT TAPI BISU.
Ilmu metafizik ka, ilmu kewangan ka, selagi tak faham hakikat kejadian insan, semua yang kita usahakan jadi debu-debu berterbangan. Itu sunnatullah AWALUDDIN MAAKRIFATULLAH.
Hidup kita nie kita boleh usaha cari rezeki seluas air di lautan, kita boleh cari pengaruh seluas padang pasir, tapi biarlah hidup kita nie ada nikmatnya. Nikmat hidup bertuhan, nikmat berkasih sayng, nikmat bersilautrrahim dan sebagainya. Sebab, kalau kita langgar sunnatullah, apa sahaja tak kan jadi.