Baca Bahagian I di sini
Yang sifu share ini bermula dengan Tahajjud ini adalah proses membina sifat dalaman Allah tu, sifat maaknawiyah tu yang menjadi amalan Rasulullah dan para sahabat, menjadi amalan Sultan Al Fateh menawan Kota Constatinople dan sebagai RAHSIA KEJAYAAN.
Saidina Ali pernah berkata,
DIRI MANUSIA INI KECIL SAHAJA, TAPI DALAM DIRI YANG KECIL ITU ADA SATU ALAM YANG BESAR.
Kekuatan sebenar adalah kekuatan rohani, dalaman 80% adalah penyumbang besar kepada kejayaan. Sejarah dan fakta telah membuktikannya. Lihat sahajalah pagi ini, berapa ramai daripada SAFT kita nie Allah berikan hidayah dan rahmat kepada mereka, kekuatan untuk BANGKIT SOLAT TAHAJJUD. Inilah yang menghidupkan, yang menggerakkan.
Lagi 20% itulah ilmu fundamental, skills, teknikal sistem numbering, NLP, AURA WARNA, BRAIN COLOUR, FACEBOOK MARKETING dan sebagainya.
Bila jasad ada, roh takder, jiwa takder itu ang kita hidup macam Zombie tu. Faham faham
Contoh mudah, bila kita baca waktu tahajjud sahaja, INNASOLATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI, LILLAHIRABBIL ALAMIN (Solatku, hidupku, matiku hanya kerana Allah Taala).
Waktu itu doa paling mustajab, sampai kepada Allah, makbul terus. Sifat Maha Mendengar Allah itu cukup hanya jatuh satu titis air mata di kala sujud dengan hati yang ikhlas.
Allah akan perintahkan alam dan bumi yang bertasbih setiap masa, berzikir setiap masa untuk kurniakan sifat maha pemurah maha penyayangnya untuk permudahkan segala urusan hamba-hamba ini sepanjang hari itu. Waktu tahajjud ini juga ILHAM, IDEA bertebaran atas muka bumi, yang pasang channel wifi melalui tahajjud itulah kalau dapat sambar itu rezeki masing-masing. Inilah yang sifu katakan PUNCH CARD DENGAN ALLH, sepanjang hari BIRU, PROFIT jer In Sha Allah sepanjang hari.
Kalu tak, MERAH jer. Itu yang sangkut sana sini tu.
Kalau kita besarkan tidur, dapatlah kat tok sami buddha atas batu yang bertafakkur atas batu dengan cara agama dia tu. Janji Allah itu pasti.
Sebab itu sifu selalu kata kadang-kadang, depa yang tak mengucap dua kalimah syahadah nie lebih BERIMAN KEPADA TUHANNYA jika nak dibandingkan kita nie yang 17 rakaat sehari semalam sujud nie.
Semoga bermanfaat untuk kita semua ya. Untuk peringatan diri sendiri yang fakir ini juga.
Atas sifat Ar Rahman Allah lah kita dikurniakan Mata.
Atas sifat Ar Rahim Allah lah kita dikurniakan penglihatan.
Atas sifat Ar Rahman Allah lah kita dikurniakan telinga
Atas sifat Ar Rahimlah Allah kurniakan kita pendengaran
Mana ada kiter punya, semua Allah punya. Kita fikir kita nie siapa berani "CLAIM" kejayaan ini atas usaha aku, ini ilmu aku, ini networking aku, ini hak aku, nasib baik aku tolong dia nie, kalau tak takder masa depan dia nie. Kita biasakan dengar semua ini..hayati danfaham makna di sebalik kalimah Bismillahirrahmanirrahim dan Sura Al Ikhlas itu dalam-dalam.
Jangan sahaja tahu sebut sahaja tanpa selami maknanya seumpama kita selami lirik lagu M Nasir itu DI SEBALIK CERMIN MIMPI. Kalau tak kita nie seumpama burung ketitir sahaja yang tahu melagukan alunan kicauannya sahaja.
Yang mana berjaya rapatkan SAFT tahajjud tu, sama-samalah kita ucap terima kasih pada Allah dan share macam nie:
Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala.
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan untuk:
Solat Sunat Tahajjud 8 rakaat
Solat Sunat Witir 3 rakaat