Allah sebaik-baik perancang


Bismillah...

Assalamualaikum semua..dah settle uruskan anak..bagi bekal makanan. Kita bagi duit belanja dia tak nak..Alahai anak...

Pagi ni nak share sikit tentang Allah sebaik2 #perancang..

Dulu saya kerja makan gaji. Tambah pula ulang alik Lumut Ipoh. Dan kerja tersangatlah busy. Tahu2 lah siapa yang pernah kerja HR. Dan satu je benda yang saya fikir dulu..macam mana la anak aku nak masuk sekolah darjah 1 nanti. Dengan makan memilihnya.. nak manage masa. Saya selalu kelam kabut pagi2. Heheh. Dan masa saya ambil keputusan nak berhenti kerja dulu tak fikir pun pasal ni. Saya cuma fikir nak dapat extra income melalui berniaga. Kata 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Huhuhu. (nanti saya share apa yang saya dapat dari 9/10 ni ; next episod)

Setahun berlalu dengan pelbagai cabaran. Fasa2 kehidupan yang baru. Macam2 Allah perkenalkan buka MATA HATI untuk melihat KEBENARAN melalui ujian dan nikmat dariNya.

2016 penuh dengan percubaan demi percubaan. Manage dan manage. Rearrange dan rearrange. Kenal diri. Kenal Allah. Keluar masuk track. Huhuhu. Berperang dengan diri sendiri adalah paling mencabar.. Tq Sifu Farihan Yahya, mak abah yang dicintai..sepupu2ku serta sahabat2 yang sentiasa bersama dan menerima saya seadanya..

Dan hujung tahun lepas (lepas la sangat! 2016 hehehe) Allah uji lagi dengan 1 keputusan yang sangat2 pahit untuk ditelan. Melepaskan untuk menDAPATkan.. bab ni orang lain takkan faham apa yang saya lalui. Hanya yang minum air laut sahaja tahu betapa masinnya air laut itu. Tq suamiku..kerana memahami isterimu ini..dan banyak beri sokongan padu...

Dan..untuk permulaan 2k17ni..telah DAPAT rasa satu per satu kemanisan dari kepahitan yang ditelan. Bermula dengan kemas rumah. Macam nak sambut raya dah. Ambik mood dan semangat baru. dapat manage masa untuk dhia. Masak dan bekalkan makanan untuk dhia. Hantar sekolah dan ambil sekolah. Teringat balik perkara ni lah yang saya pernah terfikir dan risaukan. dan hari ini saya dapat jawapan dari pelbagai ujian2 yang Allah beri untuk beri NIKMAT yang satu ini. Tq Allah.

Benarlah..sabar itu melambangkan keimanan kita. Sabar itu akhirnya indah. Sabar disertakan dengan redha. In Sha Allah akan berakhir dengan kemanisan. 

Bahagia itu bukan pada nilai wang ringgit yang kita ada. Bahagia itu dengan menikmati nikmat2 dari Allah kepada hamba2nya.

Jadi pada yang sedang diuji, banyak2 bergantung harap pada Allah dan bukan pada manusia. Nanti kamu akan kecewa.

Ujian takkan pernah berhenti kecuali setelah jasad dan nyawa dipisahkan. Me too.

Permulaan yang baik untuk 2017. Tq Allah.

#DesignFromAllah
#FromAllahToAllah
#HadapdanRedha
#MyStory

Perkongsian dari status fb Puan Fairuz Liyana.

Popular Posts