ANA AHMAD BILAL MIM II


Sambungan jawapan :
Ahad, 1
Tinggal Alif Ha Dal..Ahad..Allah Yang Satu..Allahu

Ahad itu ESA, qulhuallahu ahad.
Rasulullah pun tak nak terlihat akan diri beliau.
Kita fikir kita nie siapa,
Adakah lebih powerful daripada Rasulullah
Nafi WUJUDnya keberadaan diri beliau
Isbat WUJUDnya hanya Allah
Itulah kalimah syahadah namanya

Kita ada ilmu lebih sikit, kena puji sikit
Jalan mendabik dada umpama ayam serama tu
Bukan sahaja-sahaja itu Allah jadikan ayam serama tu

Alumni kelas MSP sifu biasanya sifu bekalkan amalan doa Rasulullah sendiri dalam sujud terakhir dalam solat 5 waktu

"YA ALLAH YA TUHANKU, DENGAN LIMPAH RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU, KAU PERBAIKILAH SEGALA KELEMAHAN DAN KEKURANGANKU, KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU, MUDAH MUDAH DAN SEHABIS MUDAH, JANGAN KAU SERAHKAN DIRIKU DALAM DIRIKU WALAU SEKELIP MATA"

Tolong share kat sini Surah 61 ayat 6, dalil pembuktian statement sifu di atas pasal Ahmad bilal mim itu. Kita sama-sama muzakarah

"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata : "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran kita yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata! "

Ayat ini memberitakan kedatangan Nabi Muhammad saw yang disampaikan oleh Isa, yang disebut Ahamd. Nama Ahmad itu adalah nama Roh yang diberi oleh Allah, dan tahukah kita bahawa gerakan-gerakan yang kita lakukan dalam solat tu adalah gerakan membentuk Ahmad??

Berdiri adalah huruf Alif
Rukuk adalah huruf Ha
Sujud adalah huruf Mim
Duduk adalah huruf Dal

Jadi nama Ahmad beerti bahawa beliau datang untuk menyampaikan solat sebagai suatu alat untuk membuat kita kembali kepada Allah.

Popular Posts