Di Balik Cermin Mimpi


Di Balik Cermin Mimpi - M Nasir

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Diselubungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Hayati bait-bait lirik di atas. See the unseen. Mengenal diri. 
Jasad hanya bahan pepejal untuk menunjukkan kita ni ada di muka bumi ni. Tetapi hakikat yang sebenar roh yang menggerakkan jasad tu. Jasad akan mati tetapi roh akan kembali pada Tuan yang empunya.

Analogi jasad kita ini seumpama sarung plastik ultraman yang kita kecik-kecik dulu duk main. Baca di sini

Sifat maa'ni iaitu kudrat, iradat, sama', basar, ilmu, kalam, hayat - 7 sifat maa'ni. Ini umpama bongkah tanah yang mati. Selama ini kita duk taram dan press yang luaran inilah, untuk menjalani kehidupan seharian, itu yang mudah rasa penat, mudah frust dan sebagainya.

Roh itu analoginya seumpama angin yang kita tiup ke dalam sarung ultraman itu yang membolehkan patung itu kejap berdiri. Itulah dia sifat 7 Maaknawiyah. Yang menggerakkan sifat luaran iaitu sifat maa'ni. Tak der yang ini, yang dalam ini ~ ada mata buta, ada telinga pekak, ada mulut tapi bisu. Ada kudrat tapi kena stroke dan lain-lain.

Cuba cabut punat angin sarung patung ultraman tu, buat keluar anginnya, boleh berdiri lagi atau tak patung ultraman itu.. Itulah analoginya bila sampai masa Roh kita kena balik kepada Tuan. 

Popular Posts