Bersyukur

BISMILLAH

'Ibrāhīm:7 - Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

An-Naĥl:18 - Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Syukur alhamdulillah...tahniah kepada mereka yang berjaya melawan keAKUan diri dengan mula bertahajjud, dhuha, 7 getaran kesyukuran.

Sifu di sini bukannya nak MENGAJAR, tapi MENDIDIK. bunyi sama tapi lain kesannya.

MENGAJAR itu ajar jerlah, korang faham atau tak, AAK, (Ada Aku Kisah).

MENDIDIK itu adalah transfer ilmu RASA, energy, pensynergian.
slow and steady. Semoga silaturrahim kita berpanjangan hingga ke akhirat ya.

Contoh sifu nak didik kalian ilmu sabar, sifu kena terlebih dahulu kena bersabar dengan perangai dan karakter macam macam kat sini. Dan transfer ilmu kesabaran itu dengan hold dulu keterujaan kalian utk belajar nombor itu. Sifu mahu kalian LAHIR KETERUJAAN TERHADAP TUAN PEMILIK Nombor itu sendiri.

Sifu nak share satu cerita, cukup famous di kalangan alumni sifu. KISAH KAHWIN DENGAN ANAK RAJA, korang nak dengar tak..?

Soalan : Sifu 7 getaran kesyukuran ni....masa nya pagi sahaja ya....
Jawapan : Sebaik2nya pagi, celik mata kita terus bersyukur. Siapa yang buat dia yang akan RASA. Seeloknya selepas subuh, sebab lihat dan RASA sendiri bagaimana aturan Allah dalam kehidupan seharian tu.

Nama MALAYSIA  itu sendiri bila dipecahkan ikut numbering membawa maksud indah khabar dari rupa. Nak kena tengok, baru nak percaya, tak pakai HAQQUL YAKIN.

Nak ajar orang KAYA, kena pakai FERRARI dulu baru nak percaya
Nak share ilmu agama, kena ada lulusan universiti Al azhar dan title ustaz kat depan dulu baru nak dengar, kalau tak dikatakan bukan ahli

Nak RASA HIDUP BERTUHAN, PERCAYA DAN BERIMAN DENGAN TUHAN, sifu tunjuk caranya dan RASA SENDIRI, kalau masih tak faham, kena baca tahlil ramai ramai lah. Tak reti dah nak didik mcm mana lagi

SIGNAL PAGI INK
GOLDEN RATIO 1618
Kita refer Al Quran 16 : 18

BISMILLAH
An-Naĥl:18 - Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Signal Pada Jam 8 : 19
BISMILLAH
Al-'Anfāl:19 - Jika kamu (hai orang-orang musyrik) memohon supaya diberi kemenangan (bagi pihak yang benar) maka sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohonkan) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu; dan jika kamu berhenti (daripada memusuhi Nabi Muhammad, s.a.w) maka yang demikian amat baik bagi kamu, dan jika kamu kembali (memusuhinya), Kami juga kembali (menolongnya mengalahkan kamu); dan golongan (angkatan perang) kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikitpun, sekalipun ia lebih ramai; dan (yang demikian itu adalah kerana) sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang beriman.

Inilah kaedah yang sifu didik alumni sifu, lihat mesej by coding numbers dan refer tafsir al quran, apa mesej nak disampaikan.

Ternyata ianya benar, daripada semalam kita sembang bab getaran kesyukuran, dan pagi nie dah ada orang buat syukur Allamdulillah lah. Sebab terlalu sikit, orang yang bersyukur terhadap nikmat Allah. Ada diberitahu dalam Al quran tentang perkara ini.

Popular Posts