Kawal dan urus pemakanan


Soalan : Macam mana nak kawal pemakanan kita?

Jawapan dari sifu Kawaras Yahya :
Bila bicara soal pemakanan. Ianya adalah zat, zat dan zat. Dalam pendekatan metaphysics kita panggil sebagai energy dan vibration. Dan makanlah apa2 pon dari rezeki halal dari Allah Taala, tiada satu pon yang boleh memudaratkan sebenarnya.

Tapi, bagaimana kita #uruskan #manage #proses tu yang menentukan kesannya ke atas kita. Dalam erti kata lain, bila Allah kata jadi, jadilah. Maka segalanya jadi dengan izin Allah, tetapi Allah beri ruang untuk kita #bertindak #buatpilihan.

Kerana sebaik2 kejadian makhluk adalah manusia itu sendiri
" manusia itu rahsiaKU . . " Tapi bila kita rajin selak firman2 Allah ( Ayat2 cintaNYA )

Kan sudah pernah kita dengar bunyi2 hikmah
" Allah mengikut sangkaan hambanya "

Baik, ada 2 bahagian untuk betulkan " spiritual dan fizikal "

Bilang Bob Proctor, " im not a body, i live in a body . . Im not a body, i live in a body "

Perkara macam ni, agak sukar difahami bagi yang " Ramai " selagi tidak pernah menuntut ilmu Allah Taala sampai ke Maqam Tauhid dan Tasawuf.

Sedangkan mereka hampir setiap hari bercakap base on Ilmu2 Ancient dari Ahli2 Tasawuf, seperti Rumi contohnya.

Baik, untuk spiritual, puan kena betulkan " The Law of Attraction "

Jika puan, fikir makan ni " gemok, makan itu gemok, aku ni berisi, susahnya nk kurus "

Ce fokus balik. Apa yang puan tengah tarik tu. Betulkan magnet ni terlebih dahulu. Kena faham, apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan buat adalah baris2 doa.

Bukankah #Kalam itu Sifatnya Allah
Kalau lidah kita hanya menggunakan bahasa2 positif, makanan2 ini takkan dapat mengapa-apakan kita. Kerana ianya juga makhluk Allah Taala Dan Taat dengan Allah Taala.

Jadi stop focusing on " Lacking ", fokus on #Big Why, #Result and even more greater than that " Mighty Why ", rajin selak sifat 20 . . Cepat je dapat jawapannya.

Baik, berbalik kepada fizikal
Kenapa wujudnya solat selepas 13 tahun perjalanan baginda Rasulullah s.a.w
13 tahun baginda terima kehadiran Allah, bermula dari Iqra, Baginda tak solat ?
Bagi yang Allah bukakan hijab, 13 tahun tu adalah tahun2 Allah bentuk spiritual rasulullah s.a.w dengan #AwaluddinMakrifatullah
Kemudian, barulah 13 tahun kemudian, wujudnya Solat 5 waktu.
Dan hasil kajian, kenapa kita kena solat 5 waktu ? Ianya adalah #BodyMaintenance

Sebab setiap gerakkan badan tu adalah pengurusan Energy secara menyeluruh.
Bunyi kelakar, tapi masa pemerintahan Dato Seri Ahmad Badawi, kita hantar guru2 kita ke Jepun, untuk latih orang2 yang bukan Islam bersolat.

Dan melakukan gerakan2 solat, walau masih belum memeluk Islam.
Kena rahsia setiap gerakan itu, subhanallah.

Saya bagi 2 contoh
Semasa qiam, kenapa tangan kita 90degree macam orang patah tangan ?
Sebab dalam sehari, itulah waktu tangan berehat secara menyeluruh.

Baik, kalau kita teliti, ingat lagi bicara Rasulullah s.a.w?
Setiap kali baginda nak berehat, baginda akan ajak Bilal solat.
Kerana waktu solat itu sebenarnya adalah waktu rasulullah s.a.w berehat.

Baik yang kedua
Semasa rukuk, kenapa mesti 90degree
Bukan 120degree atau selain dari 90degree

Sebab waktu tu adalah waktu sempurna darah melalui di kawasan bawah tempurung lutut.
Sebab tu kalau kita tgk orang-orang yang tak amalkan solat dengan istiqamah, ramai yang ada isu lutut, betul2 ? 😊

Seterusnya bila kita bicara soal makan ni, kita amik dari kisah titanic
Kenapa titanic 😳😳😳
Sekuat mana ombak membadai titanic pon, takkan tenggelam kapal tu selama mana bot tu duduk di atas air
Tapi apa yang berlaku bila air sudah berada di dalam kapal ?
Karam bukan ?

Begitu juga dgn diri kita
Kalau apa yang kita makan, apa yang orang kata pasal makanan, menjadi isi dalam " minda bawah sedar kita "
Maka, sebagaimana rohani meratah ilmu itu, begitu juga fizikal kita akan menurut dan taat.
Uruskan apa yg ada di dalam diri terlebih dahulu 
" let our inner world, control outer world "

Selak sikit speed kalori badan
Kerana perempuan secara umumnya membakar 1600kalori makanan setiap hari
Lelaki 2000k sehari
Segenggam nasi 350kalori
Nescafee ais 150k

So uruskan yang mudah ni
Kalau nak kekal saiz yang sama, makan cukup2 1600

Kalau nak kurangkan berat badan, dan bakar kalori lebih
Uruskan makanan yang masuk ke dalam badan bawah tahapan 1600 kalori

Kalori pon ada beberapa jenis
Kalau berhenti minum air gula 7 hari ke, 2 minggu dah boleh nampak result
Minum 3liter air putih sehari
saya makan nasi seminggu atau 2 minggu sekali
Lain orang lain taktiknya. 
In Shaa Allah

Harap mukadimah2 ni dapat membantu puan dan seisi keluarga
Selamat memakmurkan insan 🙋🏻

Sebelum terlupa
#Fatburner adalah kafein
Ia hanya #boost metabolisme kita untuk mrmbakar lebih kalori
Hati2 pengambilan yang berlebihan, lebih baik uruskan #Nafs terhadap pengambilan makanan.

Attach #Goal on some date, so u can achieve it very well
Any goal without a date, is only a dream

TAHAJJUD III


TAHAJJUD

Jika kita terbangun dari tidur pada jam 5:50 pagi hatta jam 6 am sekalipun, kita masih berpeluang mendirikan solat tahajjud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir (kecuali jika telah witir sebelum tidur - tidak perlu witir lagi kerana Nabi sebut tiada dua witir dalam satu malam)

Waktu solat TAHAJJUD bermula selepas isyak, kemudian tidur dan mujahadah bangun sebelum subuh untuk solat menurut majoriti ulama berdasar athar sahabat nabi bernama Hajjaj Bin al- Amru yang hasan sanadnya menurut Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir.

Tamat waktunya adalah ketika masuk waktu Subuh atau fajar sebagaimana hadis :-


إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر
Ertinya : Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)

Oleh itu, ambillah peluang mendirikan solat tahajjud yang ditutup dengan witir sebagai mujahadah diri dan jiwa. Allah swt menjanjikan kemulian kedudukan (di akhirat) bagi mereka yang melaziminya. JANGAN niat solat Tahajjud untuk kononnya muka bercahayalah, putih, untuk kaya dan lain-lain sebab dunia, jadikan ia khas untuk menghampirkan diri kepada Allah swt & redhanNya. Insha Allah.

JANGAN juga pandang rendah jika hanya mampu laksana DUA rakaat Tahajjud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah swt berbanding yang banyak tetapi terputus.

Tahajjud dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub JAUH LEBIH MULIA dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain.

Bila sudah istiqamah nanti,

Tepat jam 10 mlm, automatik mata nak lena.. dan jam 3am auto bangun. Kalau biasakan diri buat Qailullah iaitu tidur sekejap antara jam 12 pm hingga solat zuhur..itu RESET BUTTON untuk solat tahajjud.

Suburkan Kasih Sayang



Jom kita suburkan kasih sayang di tribe kita ini, masih ingat pesan sifu

DI MANA SUBURNYA SIFAT MAHA KASIH SAYANG ALLAH (AR RAHMAN), MAKA DI SITULAH AKAN ALLAH KURNIAKAN LIMPAH RAHMAT DAN NIKMAT ATAS SIFAT MAHA PEMURAH (AR RAHMAN) ALLAH..

Inilah kunci segala ilmu kehidupan dunia dan akhirat iaitu BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Contoh :-
Dalam rumah kita yang kecil, seandainya kita tidak suburi dengan kasih sayang seisi keluarga, suami dengan isteri dan anak anak. Mana mungkin rezeki akan hadir. Kalian buatlah apa cara sekalipun, semuanya tidak kekal.

Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat pagi teman teman hebat lagi bijaksana di sini

Sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua di sini hari ini ya, mudah mudah dan sehabis mudah.

Ya Allah Ya Tuhanku, dengan limpah rahmat dan kasih sayangMu
Kami bersyukur di atas segala nikmat yang telah kau kurniakan ke atas diri kami
Kau perbaikilah segala kelemahan dan kekurangan kami
Kau permudahkanlah segala urusan kami, mudah mudah dan sehabis mudah
Kau bantulah kami di sini yang fakir, lemah tiada daya tiada kuasa ini untuk kembali berada di atas jalanMu yang lurus dengan bimbingan RasulMu
Dan jangan kau serahkan diri Kami kepada diri kami walau sekelip mata.

Aaamiin.....

Kesemua hamba CIPTAAN Allah S.W.T adalah
TETAMU UMUM DUNIA.
Dunia Adalah Tempat PERSINGGAHAN sementara.

Kita bertandang SEJENAK sebelum BEREDAR pergi.
Kita SESAMA kita adalah TETAMU dalam dunia masing-masing 😊

Beringatlah, antara TETAMU itu akan ada
MUNCULNYA TEMAN ketika BERSUKA.
Apabila BERDUKA, mereka HILANG entah ke mana. 

Tentu Sekali apabila RAPAT bersahabat, banyak RAHSIA diri berada di TANGAN MEREKA.
Di Sini Terujinya Amanah & Kepercayaan.
Kejujuran & Kesetiaan 😉

Moga Allah Pelihara Ukhwah Kita Semua.

SAFT Tahajjud


Alhamdulillah, hari ini ramai daripada semalam geng SAFT tahajjud kita. Semoga bertambah dari hari ke sehari.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati ilmu dan keindahan ciptaanMu Allahuakbar.

أَفَحُكْمَ ٱلْجَٰهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Afahukma aljahiliyyati yabghoona waman ahsanu mina Allahu hukman liqawmin yooqinoona

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. (Al-Maida-50)


Inilah Rajanya ~ Siapa sebenarnya tempat kita nak bergantung


Sifu, saya ada 1 kisah analogi tentang Allah dan rezeki..boleh ke saya share di sini?😊
Silakan sharing Najwa

Kisah Benar...
SITUASI PERTAMA

A: Aku ade masalah lah.. nak guna duit..
B: Masalah apa tu.. berapa kau nak pakai..? 
A: Aku nak pakai dalam RM3000.. aku terdesak sangat..
B: Kalau macamtu aku boleh tolong dahulukan duit aku RM1000..
A: hmmm..xpelah weh..x molahh..
B:Janganlah camtu.. aku betul2 nak tolong nie.. xpun aku bagi RM2000..nak tak..?
A: hmmm..x molahhh.. 
B:aku nak bagi free je nie kau x perlu bayar balik.
A:xpelah..aku x nak..(sambil termenung x buat apa2 tindakan pun)

SITUASI KEDUA

Manusia:aku ade banyak dosa..menimbun.. takut tak sempat mintak ampun je..takut mati..takut siksa kubur.. :'(

ALLAH :Nah kau amalkan amalan2 nie.. nescaya Aku akan ampunkan dosa2 kau dan tingkatkan pahala kau..dan terselamat dari siksa kubur..

Manusia: hmm apa aku nak buat kalau tiba2 aku meninggal nanti.. x sempat nak buat amal apa2(masih termenung mengenang dosa)

ALLAH: Nah Aku tambahkan pahala dan Aku hapuskan dosa2 kau sekarang jugak selepas kau bertaubat dan istighfar kepadaKu..

Manusia:(masih termenung dan x nak buat amal)

SAMA TAK..? :)

Allah tahu apa yg kita perlu untuk teruskan kehidupan.. Allah dah siapkan amalan2 yg best2.. tinggal amal je..dan istiqamah.. pesanan utk diri awan sendiri jugak.. +_+

Jom berubah.. jom dekat dgn Allah.. jom Sayang Allah.. :)

Huraian sifu :
Sebab balik kita semula di awal muzakarah ilmu kita di sini ya

SURAH 51 AYAT 59
"AKU CIPTAKAN SESUATU ITU BERPASANG PASANGAN TIADA LAIN TIADA BUKAN MELAINKAN UNTUK MENTAUHIDKAN DAN MENGESAKAN AKU"

Ini hakikat dan tujuan sebenar kenapa perlu belajar kita Mengenal Diri, ini ILMU ISI, INILAH RAJANYA

Then bila nak kenal potensi diri, bakat, kerjaya ikut nombor, warna, aura, brain colour, nlp, tandatangan, fingerprint spt sifu kupas semlm, it alls aksesori nak mencantikkan dan mempermudahkan urusan harian kita mencari rezeki dan hidup dalam keadaan jiwa yang tenang. Ini ILMU KULIT, pakaian luaran.

Faham sifu..Ilmu Kulit Dikaji.. Ilmu Allah diamal.. 💪💪💪
Benar itu, lihat yang tersirat

Sebab itu setiap hari buat getaran kesyukuran itu attach sama dengan sharing Ayat al quran kan..setiap hari pandangan kita nie dikaburi oleh ilusi, bayangan dalam bentuk duniawi, sampai terbina hijab kita dengan Allah

Bila kita satu hari sepotong ayat, kita share kita baca tak kisahlah siapa punya..ia akan membuka mata hati jiwa kita..yang makin hari makin kotor itu

Allah itu sangat dekat dengan kita
Seumpama dekatnya mata hitam & dengan mata putih, dekat lagi Allah. 

TAPI.. 

Kenapa kita kurang yakin dengan kemampuan Dia??
Kenapa kita tidak rasa kehadiran Dia?? 
Kerana adanya KEAKUAN pada diri.. 
Allahu Akbar 😢😢😢

Tiada Daya Tiada Upaya Kita Hamba, Semua Dengan Izin Allah Jua.. 😌😌😌

"Hakikat insan dijadikan adalah rahsiaKu yang tersembunyi. Aku mahu dikenali. Aku jadikan sesuatu untuk mengenali akan Daku di atas segala sesuatu"

Huraian ringkas : Ape pun kejadian, Ape jua pun ciptaan Allah termasuklah numbering itu sendiri ikut la pusing mane pun, matlamat akhirnya tetap untuk kenal Allah jua 😍😍😍

Belajar sesuatu hari nie....sifu rasa sifu dah cuba sebaik utk buka minda dan jiwa kalian semua, SIAPA SEBENARNYA TEMPAT KITA NAK BERGANTUNG

USAH DI CARI BARANG YANG BUKAN KITA PUNYA
KITA TAKKAN JUMPA
ALLAH JER YANG TAHU REZEKI KITA TERSELIT KAT MANA
JEMPUT DIA DATANG MELUTUT KE KAKI KITA
KAN SENANG, PENAT PUN TAK

INI BARU 1 ILMU TANGAN GHAIB, IAITU TAHAJJUD
ADA LAGI 4 YANG MORE POWERFUL
SABARLAH YA

KITA BELAJAR KIRA KIRA DULU,
KAT TRIBE INI PROSES PEMBELAJARAN YANG BERPANJANGAN
SIFU AKAN PERGI STEP BY STEP HINGGALAH RESTRUCTRING KEHIDUPAN DAN BUSINESS
HARAP BERSABAR YA

Kalau kalian semua faham kisah kahwin dengan anak raja tadi, ikat rapat dengan Allah, 99 Asmaul Husna itu akan datang kpd kita..nak cari apa lagi
USAH DI CARI CINCIN YANG SUDAH DIPAKAI DI JARI KAMU
Teknikal numbering itu hanya solusi utk keluar dari belenggu masalah as part of our usahalah

7 GETARAN KESYUKURAN itu fungsinya utk ikat nikmat yang ada pada kita supaya tidak terlepas keluar dari genggaman kita. Mcm NK sharing semalam, IT'S MIRACLE..

Bukan sahaja sahaja Allah hantar kita ke bumi, ada AMANAH (ini sifu akan kupas Quadrant kedua Model SAFT iaitu Amanah) nak kita perlu langsaikan sebelum kita pulang ke perkampungan abadi.

Bukan sahaja sahaja bakat dan potensi Allah kurnia kpd kita, untuk penzahiran sifat sifatNya, bukan milik kita. Kena pulangkan kpd Tuan pemiliknya yang HAQ

Bukan sahaja sahaja sifu minta kalian buat itu ini, sebab ada yang tersirat di sebaliknya. Begitulah Allah rahsiakan tarikh kematian kita semua. Allah nak suruh kita BERIMAN PADA ALLAH. Dalam ilmu metafizik sains numbering ini, MATI JER YANG KITA TAK TAHU DAN TAK BOLEH NAK SELESAIKAN, YANG LAIN INSYAALLAH BOLEH
kalian kat sini bukan dikenakan bayaran, komitmen masa sifu dlm menyampai ilmu, sifu cuba sampaikan mesej seikhlas hati

Itulah sebab kenapa kita berkumpul di sini, FASTabaqul Khairat

Surah 33 ayat 21, 
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada teladan yang baik bagimu"

Itulah model Potensi Diri ilmu kehidupan SAFT - Siddiq, Amanah, Fatonah, Tabligh.

KISAH KAHWIN DENGAN ANAK RAJA II

Mana pi depa nie, tadi serius nak dengar citer....cer jawab

Jawapan :
Anak dara?🤔🤔🤔
Jawapan Izan pun anak dara tu yang paling beruntung 😊😊😊
Anak Dara La Untung...😁😁😁
Yang dapat tanah 10ekar. Anak dara tu dah kawin boleh cerai kalau anak raja tak suka😃 (Ada logiknya ni...😄😄)
Tuanku Raja la untung hahaa
Anak dara
Yang beruntung & bertuah rakyat yang 15 orang terpilih oleh raja tu ler..jawapannya.😂

Kenapa jawap anak dara??
Entahlah Sifu. Saya dapat rasakan Sultan memilih anak dara tu sebagai isteri.
Anak dara lah. Sebab dia akan kawin dengan anak raja. Pastu nanti boleh mintak macam -macam lak. Kalau raja sayang, bertuah badan.
Anak dara tu yang paling beruntung sebab dapat sultan dan seluruh kekayaan sultan,kalau sultan tu sudi nak beri la 😅

Jawapan sebenar :
Hahahah..macam macam, daripada jawapan sifu tahu dah mana materialistik mana tak kann

Baiklah, sifu bagi jawapan, 
Benar, yang bertuah adalah ANAK DARA
Sebab dia dapat semua, rumah RM1juta, tanah 10 ekar, duit RM200,000 dan macam macam lagi.

Baik, relatekan KISAH KAHWIN DENGAN ANAK RAJA, dengan muzakarah kita this few days di tribe ini

RAJA itu analogi siapa..???
tanah 10 ekar, rumah 1 juta, cash RM500k tu dianalogikan apa..???
Cer jawab, jawapan kalian melambangkan kalian faham apa sharing di sini

Jawapan analogi: 
Allah..
Apabila kita dekat kepada Allah. Maka apa saje yang dimohon In Sha Allah ditunaikan
Ilmu nombor ka, ilmu NLP ka, ilmu facebook marketing dan sebagainya itu analogi dia duk kat mana Tuan rizuan
Duduk dekat kepada Allah swt.
RAJA Itu Analogi PENCIPTA KITA 
TANAH,RUMAH,DUIT Itu APA yang Kita Impikan, Dihajati,Rezeki
Jadi Bila Kita Dekat Dengan Allah, Apa² Yang Kita Hajati Mudah Ditunaikan. 
Itu Apa Yang NK Faham.....😊

Huraian hawapan :
RAJA itu Analogi kepada PENCIPTA KITA Allah

TANAH, RUMAH, DUIT itu sifu analogikan APA yang kita impikan, dihajati, rezeki dan apa sahaja termasuklah ilmu metafizik itu sendiri dan sebagainya.

Jadi bila kita dekatkan diri kita dengan Allah, Apa sahaja yang nak kita hajati itu mudah Allah nak tunaikan seperti kefahaman, redha dan sebagainya.

Kalau kita sifu terus ajar kamu semua nombor, semua akan muntah hijau pening lalat, kefahaman, keberkatan tak dapatlah..

Allah yang cipta semua ini, sifu sampai baca paper pun nampak numbering, kalau bukan ADA TANGAN GHAIB iaitu Allah, mustahil kita mampu. Lagi kalau nak guna logic akal, memang sampai bila bila tak faham. Bilang lah kamu banyak sifu, banyak guru, banyak kelas, duk takat tu juga

Satu lagi, Allah suka kepada hambaNya yang usaha lebih termasuklah perbanyakkan amalan sunat. Jangan tinggal yang wajib itu pula.

Analoginya simple

BOS KITA suka promote pangkat dan naik gaji staff dia yang kerja ikut jadual ka atau yang rajin buat overtime? Cer jawab

Ikut jadual + rajin overtime sifu.

Solat awal waktu seperti yang dijadualkan masuk waktu azan + overtime dhuha + tahajjud 
😍😍😍

+ amalan2 sunat yang lain 😊
Zikir + sedekah + baca alquran
Ikut jadual - solat ontime
Overtime - rawatib, dhuha

Bijak, Allah suka melihat hambanya perbanyakkan amalan sunat seperti
1. Solat tahajjud 8 rakaat + 3 witir
2. Dhuha 12 rakaat
3. Sedekah 
4. Baca al quran
5. Amal surah al mulk dan al waqiah sebelum tidur dan sebagainya

Dan juga solat qabliyatun dan baadiyatun setiap 5 waktu jangan tinggal cuba solat berjemaah kalau sempat.

Faham faham

KABEL DENGAN ALLAH KENA KEJAP, KUKUH

Allah takkan cabut nyawa kita selagi masih ada sebesar zarah rezeki yang sudah tertulis di Loh Mahfuz itu kita tak kutip, Allah beri DIA takkan ambil balik.

SELAGI ADA NYAWA, SELAGI ADA NAFAS
PELUANG TERBENTANG LUAS

Sifu banyak guna analogi supaya kalian semua faham
Sifu sharing kat sini BAGAIMANA REZEKI MELUTUT KE KAKI KAMU, tapi kena BERTINDAKLAH, jangan pula terhegeh hegeh msuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Sebab atas kasih sayang Allah lah (Ar Rahim) lah kita semua masih hidup nie, cuma Allah nak kurniakan nak beri dengan sifat pemurahNya (Ar Rahman), tapi persoalannya mcm mana.??

Analoginya :

BOS TEMPAT KERJA KAMU KESIAN, NAK NAIKKAN PANGKAT DAN GAJI, TAPI KAMU BODOH SOMBONG, DUK KERJA BERKIRA DENGAN MASA, IKUT TIME KERJA 9-5 BALIK..TIDAK GO EXTRA MILE. KITA BERKIRA, BOS BERKIRALAH
KITA BERKIRA, ALLAH BERKIRA KIRALAH JUGA

faham faham, ALLAH MENGIKUT SANGAKAAN HAMBANYA MAKA BERSANGKA BAIKLAH DENGAN DIA

BILA DAH KAHWIN DENGAN RAJA, YANG LAIN TAK PERLU DAH 
BILA CONNECTION DENGAN ALLAH BAIK, WIFI ON 24 HOURS CANTIK, DAH PEGANG ISI, KULIT TU TAK MEMBAWA KESAN SANGAT DAH

JELAS SEMUA


KALAU KAMU NAK FAHAM TENTANG HAKIKAT, BELAJARLAH MELIHAT KAIN HINGGA KE KAPAS

Al quran itu tersurat, hakikatnya benda lain Allah nak sampaikannya yang tersirat

Contoh : Surah Sapi betina dalam Al quran, satu pun tak jumpa cerita tentang sapi dlm tu..ianya mudah sahaja setiap apa yang berlaku, ambil letak pada diri sendiri, baru jumpa akan jawapan diri
WAFIAMFUSIKUM AFALA TUBSHIRUN
(Dan pada diri kamu sendiri, kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya)

Faham faham



Kenal ke kiri dan kanan tu, adakah orang yang sama atau berlainan, balik kepada gambar di atas.

Tapi banyak persamaan
KEDUA DUANYA MENDAPAT DIDIKAN AWAL ILMU DARI ARWAH TUAN GURU NIK AZIZ
KEDUA DUANYA MEMPUNYAI SUSUR GALUR YANG SAMA IAITU DARI RAJA JEMBAL
KEDUA DUANYA ASAL DARI NEGERI YANG SAMA
CUMA BERBERLAINAN BAPA SAHAJA

Nama sifu diberi adalah
MOHD FARIHAN ZURAIRI RAJA YAHYA
I'M A CAPTAIN ON THIS SHIP
berbaju kuning

SALAM PERKENALAN, WELCOME ABOARD 
SEMOGA BERTAHAN LAMA DI BAHTERA INI
BERSILATURRAHIM KITA DI DUNIA
SEMOGA
BERPIMPINGAN TANGAN KITA DI SYURGA KELAK
UNTUK SAMA SAMA MENUJU JALAN PULANG

Assalamualaikum dan selamat malam...

KISAH KAHWIN DENGAN ANAK RAJA I

Spt sifu janjikan, sifu nak share KISAH KAHWIN DENGAN ANAK RAJA yang cukup famous pada follower dan alumni sifu.

Nak dengar tak, berapa ramai nak dengar,
Kalau sikit, sifu simpan dululah..



KISAH KAHWIN DENGAN ANAK RAJA

Pada suatu hari di hari Keputeraan Anak Raja tu, baginda memanggil ke semua rakyatnya berkumpul di Istana rasmi baginda. Anak raja tu buat satu pengumuman,

Hari ini hari keputeraan beta, mintalah apa yang kalian minta, akan beta tunaikan setiap permintaan itu. Beta pilih 15 orang sahaja daripada kalian utk kali ini.

Rakyat 1 : Tuanku, patik inginkan sebuah rumah banglo mewah yang bernilai rm1 juta.
Tuanku : Bendahari, uruskan permintaan rakyat ku ini. Siapkan sebuah banglo bernilai rm1 juta untuk rakyat patik ini.

Rakyat 2 : Tuanku, patik inginkan tanah seluas 10 ekar untuk patik bercucuk tanam untuk kelangsungan hidup patik sekeluarga dan keturunan patik.
Tuanku : Bendahari, uruskan segera permintaan rakyat ku ini untuk memiliki tanah seluas 10 ekar itu.

Rakyat 3 : Tuanku, patik sudah lama susah, nak cari sesuap nasi pun susah dalam keadaan sekarang nie. Patik mahukan RM200,000 utk selesaikan masalah patik ini.
Tuanku : Bendahari, top up lagi RM200k menjadikan RM500k untuk rakyat patik ni untuk meneruskan kehidupan beliau dan seisi keluarga.

Last last, ada seorang anak dara yang melewati usia 40an bangun dan buat satu permohonan.

Anak Dara : Tuanku, Patik dah lama hidup kesepian dan keseorangan, patik tinggal seorang diri kedua orang tua patik dah meninggal dunia. PATIK NAK KAHWIN DENGAN TUANKU
Tuanku : 😱😱😅😅😇😇😇😇😇......

Nak wat macam mana, kata mesti dikota
Siapa yang beruntung dan bertuah antara Rakyat 1,2,3 dan Anak Dara tu......cer jawab

Yakin dengan janji Allah


Salam...
Tak de cara lain selain yakin dengan janji Allah..
Kalau kita minta tapi kita tak yakin, seolah2 kita mempersoalkan Allah..

Akak share  di sini kisah semalam.
Akak dalam keadaan sangat2 tetdesak... perlu guna duit rm500... 
Doa buat usaha pun buat...tapi susahnya nak capai macam nak dapat 5k..
Date nak kena langsaikan RM500 tinggal dua hari..

Akak minta sungguh2 waktu tahajjud..
Dan semalm Allah hantar orang bagi cash...bukan RM500 tapi RM 1500...😭
Rasa macam tak logik di akal kita.. tapi jangan pernah bertanya kepada otak yang terbatas...

Allah sangat berpegang pada janjiNya..
Tawakkal  pada Allah seperti tawakal seekor burung, yang tak pernah tau akan rezekinya untuk hari itu.

Yakin, yakin dan yakin
MasyaAllah...mmg betul. Apa2 anag beyond our control kita serahkan bulat2 kepada Allah. In Sya Allah Allah bantu❤️

Perkongsian daripada Puan Iza Rahim

Allah menjawab persoalan ini melalui :-
Surah Ar Raad ayat 28 
"Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan tenteram"
Apa mungkin ada jawapan lebih bagus dan baik daripada apa yang tertulis dalam Al quran
Kita kena buang habis2 apa yang menyekat keyakinan kita pada janji Allah..

Seberat mana pun ujian terpikul, berbaliklah pada Yang Satu..
Yang tak pernah meninggalkan kita..
Semoga kita di sini berukhwah kerana Allah.  Syukur kerana dipertemukan di sini..

Tahajjud, dhuha, solat, zikrullah, baca al quran semuanya ingat Allah itu. Sifu pandang numbers ingat asma atau nama-nama Allah..

Surah al baqarah ayat 115
"Hadaplah wajahmu ke mana arah sekalipun, utara selatan, timur dan barat, tetap nampak Aku."

Nak ingat Allah ini tidak terikat dengan masa dan tempat
Kena ingat 24 hours/7 days per week/365 days per year

Inilah yang sifu duk berleter beberapa hari suruh jadi geng tahajjud nie, 

HANYA YANG BUAT SAHAJA DAPAT RASA NIKMATNYA RAHSIA SEBALIK TAHAJJUD
HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA MASINNYA AIR LAUT ITU

Nie tak, kita ada masalah mengadu kepada Syeikh al-facebooki, dan refer kepada Al-fadhil Al googlie, macam mana nak selesai masalah kannn

Betul sifu.. terasa ketenangan bila menangis semasa membaca ayat suci al-quran..terima kasih atas peringatan..

Sebab itu namanya rukun iman (unseen)/hakikat
Rukun Islam nie (seen)/syariat

Syariat/fekah/Rukun Islam ini ilmu syariat menentukan amal kita SAH ATAU BATAL

Hakikat/tasawwuf/Rukun Iman ini ilmu hakikat menentukan amal kita DITERIMA ATAU TAK OLEH ALLAH

RUKUN IMAN, cantik dah susunannya
1. PERCAYA KEPADA ALLAH

Ader tulis Syeikh Al-Facebooki dan Al-Fadhil ustaz Al-Googeli ka, sujudlah waktu tahajjud itu, mintalah apa nak minta waktu tu..ALLAHU SOMAD, terang dan jelas kata AKU (ALLAH) tempat segala makhluk bergantung.

IMAN ITU PERCAYA
PERCAYA ITU YAKIN

KALAU PERCAYA KEPADA ALLAH ITU KELAUT DALAM DAH
TAUHID KITA USAH CERITALAH
SEBAB ITU TAK TENANG, TAK INGAT KAT DIA
INGAT AL-FACEBOOKI DAN AL-GOOGELI LAGI PENTING

Jom kita buat ramai-ramai, rahsia kejayaan Sultan Muhammad al fateh menawan Constatinople adalah syarat utama bala tenteranya, adalah tak boleh tinggal TAHAJJUD..

Cik Puan Iza sudah share LIVE kat atas tu RAHSIA TAHAJJUD, dan bagaimana Allah bantu selesaikan masalah beliau.

Alhamdulillah Sifu....sekelip mata,dengan jalan yang tak pernah terlintas di minda...
Kita buat kerana Allah, sebab tu usaha kita, Allah nak bagi bila..macam mana..jangan kita tanya..yakin saja.

DOA DI WAKTU TAHAJJUD, seumpama anak panah tidak pernah lari dari sasaran, tepat..kejayaan kalian semua, kehidupan baru kalian semula akan berlaku bermula dengan TAHAJJUD.

Alhamdulillah, tak mampu buat banyak buat sedikit
Percayalah, bila istiqamah dengan perbetulkan niat KERANA ALLAH TAALA

12 rakaat dhuha itu seumpama 6 rakaat sahaja
8 rakaat tahajjud itu seumpama 4 rakaat sahaja

In Sya Allah, Allah cukupkan masa tu.

Bersyukur

BISMILLAH

'Ibrāhīm:7 - Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

An-Naĥl:18 - Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Syukur alhamdulillah...tahniah kepada mereka yang berjaya melawan keAKUan diri dengan mula bertahajjud, dhuha, 7 getaran kesyukuran.

Sifu di sini bukannya nak MENGAJAR, tapi MENDIDIK. bunyi sama tapi lain kesannya.

MENGAJAR itu ajar jerlah, korang faham atau tak, AAK, (Ada Aku Kisah).

MENDIDIK itu adalah transfer ilmu RASA, energy, pensynergian.
slow and steady. Semoga silaturrahim kita berpanjangan hingga ke akhirat ya.

Contoh sifu nak didik kalian ilmu sabar, sifu kena terlebih dahulu kena bersabar dengan perangai dan karakter macam macam kat sini. Dan transfer ilmu kesabaran itu dengan hold dulu keterujaan kalian utk belajar nombor itu. Sifu mahu kalian LAHIR KETERUJAAN TERHADAP TUAN PEMILIK Nombor itu sendiri.

Sifu nak share satu cerita, cukup famous di kalangan alumni sifu. KISAH KAHWIN DENGAN ANAK RAJA, korang nak dengar tak..?

Soalan : Sifu 7 getaran kesyukuran ni....masa nya pagi sahaja ya....
Jawapan : Sebaik2nya pagi, celik mata kita terus bersyukur. Siapa yang buat dia yang akan RASA. Seeloknya selepas subuh, sebab lihat dan RASA sendiri bagaimana aturan Allah dalam kehidupan seharian tu.

Nama MALAYSIA  itu sendiri bila dipecahkan ikut numbering membawa maksud indah khabar dari rupa. Nak kena tengok, baru nak percaya, tak pakai HAQQUL YAKIN.

Nak ajar orang KAYA, kena pakai FERRARI dulu baru nak percaya
Nak share ilmu agama, kena ada lulusan universiti Al azhar dan title ustaz kat depan dulu baru nak dengar, kalau tak dikatakan bukan ahli

Nak RASA HIDUP BERTUHAN, PERCAYA DAN BERIMAN DENGAN TUHAN, sifu tunjuk caranya dan RASA SENDIRI, kalau masih tak faham, kena baca tahlil ramai ramai lah. Tak reti dah nak didik mcm mana lagi

SIGNAL PAGI INK
GOLDEN RATIO 1618
Kita refer Al Quran 16 : 18

BISMILLAH
An-Naĥl:18 - Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Signal Pada Jam 8 : 19
BISMILLAH
Al-'Anfāl:19 - Jika kamu (hai orang-orang musyrik) memohon supaya diberi kemenangan (bagi pihak yang benar) maka sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohonkan) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu; dan jika kamu berhenti (daripada memusuhi Nabi Muhammad, s.a.w) maka yang demikian amat baik bagi kamu, dan jika kamu kembali (memusuhinya), Kami juga kembali (menolongnya mengalahkan kamu); dan golongan (angkatan perang) kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikitpun, sekalipun ia lebih ramai; dan (yang demikian itu adalah kerana) sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang beriman.

Inilah kaedah yang sifu didik alumni sifu, lihat mesej by coding numbers dan refer tafsir al quran, apa mesej nak disampaikan.

Ternyata ianya benar, daripada semalam kita sembang bab getaran kesyukuran, dan pagi nie dah ada orang buat syukur Allamdulillah lah. Sebab terlalu sikit, orang yang bersyukur terhadap nikmat Allah. Ada diberitahu dalam Al quran tentang perkara ini.

Contoh-contoh perkongsian Getaran Kesyukuran

13/01/2017
1/40 

*7 GETARAN KESYUKURAN*

*BISMILLAH*

Al-'An`ām:10 - Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.


Syukur Kepada Allah, Hari ini aku masih lagi dipinjamkan nyawa untuk menebus kembali kejahilanku yang lalu. 

Syukur Kepada Allah, mengizinkanku memulakan melafazkan kembali getaran kesyukuran yang lama ku tinggalkan.. Allahu, Terima kasih ya Allah atas teguran melalui insan lain. 😢

Syukur Kepada Allah, di pagi hari ini aku masih lagi dipinjamkan sifat2 Ma'niMu yang masih berfungsi dengan baik. 

Syukur Kepada Allah, semalam aku masih mampu berhadapan dengan seseorang secara baik walau ape pun yang dia telah lakukan dalam hidupku. Sungguh tiada Daya tiada upayanya dia ya Allah. 😭

Syukur Kepada Allah, Kerana Kau gerakkan hati pelanggan untuk berurusniaga denganku dan mudah sekali urusannya ya Allah. 

Syukur Kepada Allah, atas nikmat idea untuk berkongsi sedikit IlmuMu yang Kau pinjamkan untukku ya Allah, supaya lebih ramai lagi yang akan kembali ke JalanMu, dengan izinMu jua ya Allah. 

Syukur Kepada Allah, kerana nikmat ujian dalam pelbagai bentuk yang Kau berikan untukku ya Allah. Ujian tanda kasih dan sayangMu ya Allah. 

*ALLAH Dulu.. ALLAH Lagi.. ALLAH Terus..*

#IzanMohdNahso
#KatakanlahALLAHituEsa 
#GengHarapan 
#NakBerjaya

13/01/2017
1/40 

7 GETARAN KESYUKURAN

BISMILLAH

Al-Ikhlas: 1 - Katakanlah Allah itu Esa

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatmu, kerana masih dipinjamkan sifat hayatmu untuk meneruskan perjalanan dan hidup untuk memakmurkan insan.

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatmu, kerana masih dipinjam ilmu dan kefahamanMu untuk aku berkongsi di tribe #769 SAFT ini bersama teman teman lama dan baru, saling ingat mengingati utk EsakanMu Ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur di atas segala nikmatMu kerana masih dipinjamkan kudrat dan kehendak utk terus istiqamah melalukan solat tahajjud 8 rakaat dan witir 3 rakaat.

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku sangat bersyukur atas segala nikmatMu kerana masih dipinjamkan kudrat dan kehendakMu untuk menunaikan Solat Sunat dhuha 12 rakaat semalam.

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatMu hari ini, dengan segala pelbagai nikmat ujian yang aku hidapi hingga saat ini tak kunjung tiba, aku masih boleh senyum dan tenang menghadapinya. Aku redha dan terima seadanya untuk dijadikan sebagai bahan ujikajiMu Ya agar dapat memberi taufik dan hidayat kepada insan lain utk hidup mengEsakanMu Ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku sangat bersyukur atas segala nikmatMu, atas nikmat idea untuk berkongsi sedikit IlmuMu yang Kau pinjamkan untukku ya Allah, supaya lebih ramai lagi yang akan kembali ke JalanMu, dengan izinMu jua ya Allah. 

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatmu, dengan izinMu gugur linangan air mata semasa menasihati rakan rakan di tribe ini, kerana ia terkesan akibat pengalaman laluan hidup yang dilalui sebelum ini. Aku memohon kepadaMu Ya Allah agar kau kurniakan taufik dan hidayat kepada kami semua di sini utk kembali kpdMu dan dilimpahrahmat dan kasih sayangMu Ya Allah kpd kami semua di sini.

ALLAH Dulu.. ALLAH Lagi.. ALLAH selamanya..
Allah is my no.1

#KatakanlahALLAHituEsa 

BARANGSIAPA BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMATKU
AKAN AKU TAMBAH LAGI NIKMAT DAN REZEKINYA

BARANGSIAPA TIDAK BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMATKU
SESUNGGUHNYA AZABNYA AMAT PEDIH

Bismillahirrahmanirrahim
13/10/2017
1/40 
7 Getaran Kesyukur

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

(Al-A'raaf 7:12)

Ya Allah, aku bersyukur kerana dapat bersolat tahajjud 8 rakaat pada pagi ini.

Ya Rahim, aku bersyukur dengan diberi peluang kehidupan pada hari ini. Supaya aku dapat menambah baik kehidupanku Dan memanfaatkan diri untuk memakmurkan orang lain.

Ya Rahman, aku bersyukur atas anak2 yang soleh Kau kurniakan pada Ku. Celik mataku, aku dapat melihat mereka tidur nyenyak disebelahku. 

Allah, bersyukur dengan talent dan skill yang Kau berikan padaku. Mendidik anak2 bangsa bijak bahasa inggeris. Dan mereka semua berjaya dalam semua pelajaran akademik dan hidup. 

Aku besyukur kerana aku dapat menyelesaikan rutin subuhku dengan membaca surah Al Waqiah. Semoga istiqamah sepagi subuh membacanya. 

Aku juga bersyukur dengan parents yang baik untuk tuition ku . Memudahkan pengurusan tuition. 

Dan aku bersyukur dengan ada kereta Kancilku. Masih amat elok dan baik. Boleh bergerak kesana kemari memudahkan urusan seharian ku.

#yezfunenglish #solehenglish #SELF #tuitionBIforyoungkids
#TravelingMama 
#fav


1/40 

7 GETARAN KESYUKURAN

BISMILLAH

16:18

An-Naĥl:18 - Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Syukur Kepada Allah, Pagi Ini Aku Masih Dihidupkan Dengan Jiwa Yg Sangat Gembira. Ingin Bersama² Sahabat Meneruskan Getaran Kesyukuran Ini. Moga Allah Beri Istiqomah Kepada Kami Semua

Syukur Kepada Allah, Berpagi² Menjaga Kitaran Rezeki Yg Allah Kurniakan. Selesai Menguruskan Anak² & Isteri Dengan Baik Hari Ini

Syukur Kepada Allah, Tahun 2017 Ini Aku Diberi Sedikit Kekuatan Untuk Merubah Cara Kehidupan Kepada Lebih Baik. Meringankan Tugasan Isteri Ku. Nikmat Yg Tidak Terhitung Oleh Jari Jemari Ini

Syukur Kepada Allah, Aku Di Beri Peluang Lagi Untuk Makan & Minum Rezeki Dari Allah Ini Dengan Menggunakan Anggota Badan Yg Sihat, Pinjaman Dari Mu

Syukur Kepada Allah, Kerana Aku Masih Lagi Diizinkan Untuk Menunaikan Umrah. Kali Ini Bersama² Isteri Tercinta. Allah, Mudahkan Segala Urusan Ku Semudah Mudah & Sehabis Mudah

Syukur Kepada Allah, Kerana Aku Di Beri Sedikit Kesakitan. Ini Menunjukkan Betapa Kasih & Sayangnya Allah Kepada Diri Ku. Moga Sakit Ini Menjadi Penghapus Kepada Dosa² Lampau Ku

Syukur Kepada Allah, kerana  Hari Ini , Saat Ini, Ketika Ini Aku Masih Lagi Tersenyum & Menghadapi Segala Dugaan & Cabaran Hidup Dengan Penuh Rasa Tenang. Yakin Dengan Aturan Allah Itu Yang Paling Baik

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

NIZAM KAMAL
Saudagar Jiwa
Hidup Ini Satu Perjalanan
+017 343 9666
13 Januari 2017
Jumaat
Taman Maluri KL

13/01/2017
1/40

*7 Getaram Kesyukuran*

Bismillahirrahmanirahim

Sahaja aku berkongsi Getaran Kesyukuran ini kerana Allah Taala

* Surah Taha 20:81- "Makanlah daripada rezeki yang baik-baik yang telah kami berikan kepadamu dan janganlah melampui batas,yang menyebabkan kemurkaan-ku menimpamu.Barang siapa ditimpa kemurkaan-ku maka sesungguhnya binasalah dia".

Alhamdulillah syukur Ya Allah hari ini Engkau masih memberi peluang untukku meneruskan ibadat kepadaMu dan memperbaiki diri agar lebih baik.

Alhmdulillah syukur Ya Allah,Engkau berikan guru2 & sahabat2 yang sudi berkongsi ilmuMu untuk membuka jalan yang lebih baik buatku. Mudahan Engkau berikan hidayahMu untuk menerangi lagi perjalanan ini.

Alhamdulillah syukur Ya Allah ,diawal pagi ini Engkau kurniakan rezeki semalam untukku berikan pada isteri membeli barang2 dapur untuk makanan kami sekeluarga.Mudahakan ada keberkatan rezekiMu kepada kami sekeluarga.

Alhamdulillah,syukur Ya Allah dengan adanya sahabat/guru di dalam group ini Engkau mula mengerakkan diri ini untuk kembali dekat dengan Al QuranMu,mudahan diri ini terus mengali dan istiqamah dalam mengenal diri agar lebih mengenal Mu dan buang segala hak milik diri dan hanya tinggal hak milikMu.

Alhamdulillah syukur Ya Allah, hari ini masih diberi kesihatan yang baik untuk mencari nafkah untuk keluarga.

Alhamdulillah syukur Ya Allah, hari ini masih dapat menunaikan solat dhuha 6 rakaat. Mudahan istiqamah dalam amalan setiap hari sebelum memulakan kerja.

Alhamdulillah syukur Ya Allah ,masih mengizinkanku untuk terus memulakan setiap perkara dengan kalimah bismilllah mu dan ucapan syukur alhamdulillah disetiap kesudahan. Terima Kasih Ya Allah

*Allah semuanya
Mudahan satu langkah permulaan yang baik untuk diri ini,mohon agar sifu dan sahabat yang lain dapat memberi tunjuk ajar dan membimbing kembali diri ini ke landasan yang betul. Terima Kasih Ya Allah,terima kasih sifu Farihan keserentan pertemuan di sini sudah tertulis. syukur Ya Allah.

*13/01/2017*
*1/40*

*7 GETARAN KESYUKURAN*

*BISMILLAH*

'Ibrāhīm:5 - Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur."


Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatmu, kerana masih dipinjamkan sifat hayatmu untuk meneruskan perjalanan dan hidup untuk memakmurkan insan.

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatmu, kerana dapat bertahajjud, dhuha, melafazkan getaran kesyukuran dan sentiasa berzikir dan beristighfar kepadaMu Ya Allah

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur di atas segala nikmatMu kerana melancarkan segala urusan semalam dan juga hari ini..Syukur Ya Allah..

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku sangat bersyukur atas segala nikmatMu kerana Engkau hadirkan sahabat2 yang positif dan sentiasa mengingatkan diri ini kepadaMu Ya Allah..

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatMu sehingga ke hari ini kerana memberikan ujian2 yang menyedarkan ku untuk sentiasa mengingatiMu, menyatakan Engkau yang Berkuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku sangat bersyukur atas segala nikmatMu, kerana Engkau menggerakkan mereka yang berada didalam cirle ku untuk berada didalam tribe ini.semoga kami semua mendapat manfaat kebaikkan ilmu ini utk bekalan hidup kami seharian.. 

Ya Allah, Ya Tuhanku, hari ini aku bersyukur atas segala nikmatMu kerana meminjamkan ilmuMu kepada Sifu Farihan, Tuan Kawaras dan Tuan Zariman yang sangat2 bersabar dan tak jemu dengan setiap diri kami yg ingin mengenaliMu Ya Allah. Engkau permudahkanlah segala urusan mereka Mudah2 dan sehabis mudah.berikan mereka kesenangan hidup dunia dan akhirat.Lindungilah mereka dan keluarga mereka Ya Allah.. 

ALLAH Dulu.. ALLAH Lagi.. ALLAH selamanya..
Allah is my no.1

#KatakanlahALLAHituEsa 
#RahmatdanRedhaAllahsepanjanghari


 "Astghfirullah hal'adhziem" selalu. Diam dan ingat Allah. InShaaAllah..😘

Popular Posts