Ulangkaji : Ilmu 5 Kitaran Rezeki


Assalamualaikum dan selamat petang semua.....
Semua sihat ka?

Sifu masih dalam MOOD bercuti bersama keluarga dari Khamis lalu hingga Ahad di Kota Bharu, Kelantan..jaga 5 kitaran rezeki
Kitaran rezeki korang semua macam mana..atau ada yang masih tak tahu ILMU 5 KITARAN REZEKI, terutamanya yang baru join tribe ini ..??

Apa 5 kitaran rezeki itu sifu? 😅
Ada yang nak bantu sifu keluarkan semula Nota Ilmu sifu tentang 5 kitaran rezeki tu..?


Lingkar Pengaruh itu dimulai dari Lingkar Diri, Lingkar Keluarga, Lingkar Sesama Insan, Lingkar Alam Semesta dan Lingkar Maha Pencipta.

Kalau kalian mampu mengenggam erat erat 3 lingkar yang pertama iaitu Lingkar Diri, Lingkar Keluarga dan Lingkar Sesama Insan, maka dengan sendirinya kalian akan mampu menyentuh dua lingkar yang berikutnya, yang jauh lebih besar. Namun hukum sebaliknya akan berlaku sepenuhnya. Kalau kalian mengabaikan Lingkar Diri, Lingkar Keluarga, Lingkar Sesama Insan maka kalian akan betul-betul terasing dari jauh dari Lingkar Semesta dan Lingkar Maha Pencipta. Itu Pasti.

Dan terbukti, hampir semua keajaiban adalah bermula dari Lingkar Diri. Itu ertinya segala sesuatu memang akan bermula dari diri kalian sendiri. Seperti mana firman Allah dalam Al quran dalam Surah Ar-Raad ayat 13, "TIDAK AKAN BERUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU MELAINKAN KAUM ITU UBAH NASIB MEREKA SENDIRI". Tegas sifu katakan di sini, DIRI ANDALAH FAKTOR UTAMANYA. DIRI ANDALAH AGEN PERUBAHAN SEBENARNYA. JADI JANGAN SAMPAI KALIAN SIBUK MELIHAT KE LUAR DAN LUPA UNTUK MELIHAT KE DALAM DIRI SENDIRI. INI DIBUKTIKAN DALAM AL QURAN DALAM SURAH 51 AYAT 21, "DAN PADA DIRI KAMU SENDIRI KENAPA KAMU TIDAK MAHU MELIHAT DAN MEMIKIRKANNYA. Sebab itulah Sifu reformat diri, reconnet diri kalian, resetting believe system dengan Maha Pencipta melalui Aktiviti Tahajjud, dhuha, zakat, bersedekah, buku 555, zikrullah dan silaturrahim.

Kita jaga 3 lingkar yang awal baik baik (diri, keluarga, masyarakat atau sesama insan), maka 2 Lingkar rezeki lagi (Alam Semesta & Allah) akan merestui kita dan segala urusan akan dipermudahkan, mudah-mudah dan sehabis mudah.

Bila tak jaga 3 lingkar yang awal tu, maka semua pun takkan kita dapat. Tapi Konsepnye jaga 3 Lingkar, automatik yang 2 Lingkar Lagi akan follow. Abai 3 Lingkar Awal, maka automatik akan come and go macam itu sahaja dalam hidup kita.

Sifu nyatakan kena jaga 3 Lingkar awal seperti LINGKAR DIRI, KELUARGA DAN SESAMA INSAN. BUKANNYA HUBUNGAN, PERTUTURAN DAN PERBUATAN. BARULAH ALAM SEMESTA DAN ALLAH AKAN MERESTUI DAN MEREDHAI KITA.

BAIK, BILA KITA FOKUS KEPADA PERBAIKI DIRI DAN MUHASABAH DIRI, BILA KITA BELAJAR MENGENALI POTENSI DIRI. INI PEMBUKTIAN DALAM AL QURAN SURAH 51 AYAT 49, "ALLAH MENCIPTA SESUATU ITU BERPASANG-PASANGAN TIADA LAIN TIADA BUKAN MELAINKAN UNTUK MENTAUHID DAN MENGESAKAN ALLAH." INI BERMAKSUD, BILA KITA TAHU KITA ADA KEKUATAN, KITA SUJUD SYUKUR KEPADA ALLAH. BILA KITA TAHU KITA ADA KELEMAHAN, BANYAKKAN MUHASABAH DAN PERBAIKI DIRI MELALUI 2 SISTEM YANG SIFU SHARE SEBELUM INI IAITU "DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN ZAKAT."

DIRIKAN SOLAT - PERBETULKAN WIFI DENGAN ALLAH
TUNAIKAN ZAKAT - PERBETULKAN WIFI SESAMA INSAN

BILA KITA FOKUS PERBAIKI DIRI MELALUI TAHAJJUD + DHUHA + ZAKAT + SEDEKAH, MAKA DI SINI SIFU NAK TANYA, HUBUNGAN DENGAN ALLAH SETTLE ATAU TAK TANPA KITA SEDARI..??

Banyak lagi benda saya kena belajar. Dangkal sungguh ilmu agama saya rupanya.
Selama ni memang solat dan ibadah saya hanya untuk mendapat balasan kebendaan. Tak ikhlas ke saya pada Allah sifu? ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­

NIAT KAMU MACAM MANA setiap amalan ibadah kamu, cuba NIAT solat  Asar tadi macam mana?

Sahaja aku solat fardhu asar 4 rakaat kerana Allah Taala.

"KERANA ALLAH TAALA",
ada kah kerana nak pahala atau syurga di tulis di situ, DAN
apa yang kamu faham dengan
INNASOLATI, WANUSUKI, WAMAHYAYA, WAMAMATI LILLAHIRABBILALAMIM dalam setiap DOA IFTITAH setiap solat tu?

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku kuserah kepada Allah Taala. 
Semua kerana Allah.

Ada Allah kata tak atau beritahu di situ "UNTUK MENDAPAT BALASAN KEBENDAAN"
Dulu ya,
Sifu tidak banyak berpandukan selain al-Quran, berkiblatkan kebaratan untuk menjawab segala persoalan permasalahan kehidupan, tapi ternyata tidak dapat selesaikan masalah itu sehinggalah sifu MENDALAMI AL QURAN itu sendiri. 1 hari 1 potong ayat, pecah huruf hijaiyah rujuk Tafsir Al quran.

Start from there, Sifu FOKUS di sini sebab kita Islam, kena ikut kaedah Islam lah.
sesetengah mungkin kata sifu ini "POYO", tapi itu hakikatnya. Kalau nak RASA dulu, SILAKAN..
Sifu di sini nak MENGURANGKAN IMPAK dan kalau boleh tak mahu kamu semua lalui perjalanan sepertimana sifu.
KALAU MASALAH KAMU DAH RASA BESAR. Dugaan hidup tetap ada
TAPI BELUM SAMPAI ANGKAT TANGAN KE LANGIT, MINTA ALLAH CABUT NYAWA ITU..??
Masih belum BERAT & BESAR masalah kamu itu
HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA MASINNYA RASA MASIN AIR LAUT ITU
PUNCA SEGALA PERMASALAHAN SEMUANYA SAMA
TIDAK MENGENAL DIRI, MENGENAL ALLAH & TAUHID kita jer, betul ini, selesailah semua
ILMU DUNIA itu pakaian indah yang perlu disesuaikan dengan majlis keraian sahaja

Bila dah HANYA ALLAH, mana mungkin ada sebab lain selain DIA

Sifu,kalau saya salah minta betul kan ye..
Yang saya faham, 3 lingkaran tu kita perlu jaga. Maksudnya kita perlu perbaiki diri kita dahulu dengan cara solat tahajjud, taubat, dhuha dan baru yang lain-lain akan ikut kita.. Betul ke sifu??

Surah 51 ayat 21 :
"Dan pada diri kamu sendiri kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya"

Mulakan dengan DIRI SENDIRI

Share kat sini surah 5 ayat 55

Ø¥ِÙ†َّÙ…َا ÙˆَÙ„ِÙŠُّÙƒُÙ…ُ ٱللَّÙ‡ُ ÙˆَرَسُولُÙ‡ُ Û¥ ÙˆَٱلَّØ°ِينَ Ø¡َامَÙ†ُواْ ٱلَّØ°ِينَ ÙŠُÙ‚ِيمُونَ ٱلصَّÙ„َÙˆٰØ©َ ÙˆَÙŠُؤۡتُونَ ٱلزَّÙƒَÙˆٰØ©َ ÙˆَÙ‡ُÙ…ۡ رَٲكِعُونَ

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

Maknanya perbaiki diri sendiri, SOP buku 555 itulah permulaannya.
Inilah sebabnya buku 555 diwujudkan : Surah 5 ayat 55
Untuk selesaikan perkara
DIRIKAN SOLAT - ON WIFI kita dengan maha Pencipta
TUNAIKAN ZAKAT - ON WIFI kita sesama makhluk

Dalam Bilik Kuliah ini, semua WAJIB tandatangan sebelum tidur, hantar. Kalau ada masalah rezeki tak masuk dan sebagainya ya, check balik buku 555 masing-masing, nak minta macam-macam dengan Tuhan, tengok macam mana kita bina hubungan dengan Maha Pencipta.

Kalau lompong banyak tu, bukan salah yang di luar, tunding jari pada orang, itu antara kita dengan Tuhan.


Ini contoh SOP buku 555, macam-macam style depa buat ikut sedap mata memandang masing-masing..asal buat sahaja.

Berapa ramai yang faham tentang formula di atas, untuk dikaitkan dalam kehidupan kita..??

Buat sesuatu dengan ikhlas

Popular Posts