Perkongsian daripada Puan Liza Hj Nordin :
Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji2an bagi Allah yang memiliki sifat Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Bijaksana, izinkan saya berkongsi dapatan ilmu Allah yang diperoleh melalui sifu semasa perjumpaan pada pagi Ahad semalam lillahitaala.
Antara dapatan ilmu yang saya peroleh ialah pengertian ramadhan dari sudut hakikat.. Ramadhan dari sudut hakikatnya adalah NIKMAT, BERKAT dan BAROKAH..
NIKMAT ialah sesuatu yang kita peroleh daripada Allah untuk membantu insan lain untuk mendapatkan berkat Allah.. contoh nikmat suara.. dengan nikmat suara yang Allah beri pada kita, kita perlu gunakan ia untuk bantu orang lain supaya orang itu juga mendapatkan berkat Allah.. banyak lagi nikmat lain yang Allah beri pada kita yang boleh kita gunakan agar orang lain juga sama2 mendapat berkat Allah..
BERKAT diperoleh apabila kita memakmurkan insan.. apabila ada insan yang berubah atas asbab kita, then barulah kita mendapat barokah Allah.
BAROKAH merupakan redha Allah.. untuk mendapatkan redha Allah kita perlulah menggunakan NIKMAT untuk mendapatkan BERKAT dan seterusnya memperoleh REDHA Ilahi..
"APABILA NAMPAK ANAK BULAN RAMADHAN MAKA WAJIB BERPUASA"
Dalam konteks hakikat "ANAK BULAN" adalah diri kita sendiri.. apabila kita mengenal diri kita maka secara automatiknya kita mengenal Allah.. jadi apabila kita dah mulai mengenal Allah maka kita hendaklah "berpuasa".. "berpuasa" dari segi hakikatnya ialah menggunakan NIKMAT yang Allah beri untuk memakmurkan insan agar kita memperoleh BERKAT dan BAROKAH sebagaimana yang telah saya terangkan di atas tadi..
"APABILA NAMPAK ANAK BULAN SYAWAL MAKA HARAM BERPUASA" ini membawa maksud apabila kita dah kenal Allah dan hidup dalam keadaan bertuhankan Allah maka haram bagi kita berpatah balik kepada keadaan diri kita yang sebelum mengenal Tuhan dahulu..
Perkara kedua yang saya peroleh daripada sifu ialah hakikat berjemaah.. pada syariatnya imam akan mendahului makmum.. ini bertepatan dengan hakikat bahawa segala apa yang berlaku dalam hidup kita telah tertulis di loh mahfuz.. hidup kita di bumi ini hanya menurut apa yang telah tertulis buat kita sebagaimana para makmum yang mengikuti setiap perlakuan imam..
Baiklah sekarang kita bincangkan tentang tahajjud pula.. kenapa sifu mengutamakan solat sunat tahajjud dalam sop harian? Ini kerana tahajjud dapat meleraikan 3 ikatan syaitan yang selama ini membelenggu kita. IKATAN PERTAMA akan terlerai apabila kita bangun dari tidur.. IKATAN KEDUA pula terlerai semasa kita berwuduk dan IKATAN KETIGA terlerai ketika kita bersolat.. apabila kita mendirikan solat tahajjud pada pukul 3am, In Sya Allah malaikat akan lindungi kita sepanjang hari..
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semoga dalam mengejar hidup bertuhankan Allah..