Bersyukur + Bertaqwa + Bertawakkal + Maafkan semua


Bismillah...

BERSYUKUR + BERTAQWA + BERTAWAKAL + MAAFKAN SEMUA

Lain patern pola lain dugaan.

Allah bagi dugaan sebab sudah kita diatur dinamakan Taqdir:

Dugaan maksudnya "keresahan hati" dan bentuk bentuk ujian berbeza setiap hambaNya. Orang beriman akan tenang dan berserah sepenuhnya pada Allah Taala. Sujud dan berusaha.

Apa yang Allah nak bagi pada hambaNya diuji?

1. Nilai Taqwa dan Tawakal. Ujian datang supaya kita berikhtiar menyelesaikan masalah tadi. Pilih jalan yang Allah redha dulu. Siapa yang bertawakal Allah akan memudahkan jalan keluar bagi semua masalah. Usaha tadi diberi gandaan pahala dan darjat. Jangan ketawakan orang yang diuji. In Sha Allah mereka akan pintas kita jauh nanti.

2. Peringatan. Jika berlebih dan hati banyak tunduk pada selain Allah yang Maha Segalanya, maka Allah nak kita dalam rahmat kasih sayangNya.

3. Hikmah kehidupan dalam pelajaran dan pengalaman. Maka, selesai semua masalah kita akan menangis betapa bertuahnya kita dan pelbagai nikmat yang Allah bagi.

Masih lagi kita ingin dustakan nikmat Allah Taala? 
Bersyukurlah dan keluarlah berusaha.

Selamat malam semua, sebelum tidur tu maafkan semua orang, buatlah solat taubat dan baca surah Al-mulk..kita jumpa di #gengtahajjud esok ya..

Popular Posts