KUNCI LANCARNYA REZEKI SUAMI ADA PADA ISTERI
Kenapa Sifu terpanggil pagi ini untuk sharing berkenaan topik ini.
Terlalu banyak sifu menerima PM tepi kaum isteri-isteri mengadu, merungut dan minta pendapat sifu bagaimana nak selesaikan masalah rumah tangga mereka.
Ingat, kaum-kaum ISTERI Semua, KUNCI SYURGA ISTERI terletak pada SUAMI, ingat 5 PERKARA ini di 5 jari tangan anda sampai bila bila ya, selagi bergelar isteri tu
ALIF - Amanah
SIM - Setia
TA - Taat
RA - Redha
YA - Yakin
(ISTERI - dalam huruf hijaiyah Arab)
Tak cukup 5 perkara ini, maka tak berbau syurga dah. Kalau tiada REDHA bagi pihak Isteri, merangkak macam mana sekalipun si suami mencari rezeki tidak akan sampai dalam rumahtangga kita.. Hakikatnya Allah mengajar kita mengenal DIA melalui sifat REDHA.. Kaum isteri ini amat mudah untuk ke syurga dengan hanya menyediakan segelas air untuk suami. Dan juga amat mudah untuk ke neraka bila berpaling atau jatuh air muka suami.
Sifu jawab mudah jer, usah sibuk-sibuk nak buat kerja Tuhan nak ubah orang, ubah suami. Kita ini hamba Allah, buat kerja sebagai hamba lah, sujud. Ubah diri sendiri, yang lain akan automatik akan berubah. Allah Berfirman dalam Al-Quran
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." (Surah Ar-Rad' 13 ayat 11)
"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkannya?" (Surah Adz-Dzaariyat 51 ayat 21)
Jelas dua ayat di atas, Allah beritahu kita tidak akan berubah nasib sesuatu kaum, kalau kaum itu tidak akan berubah nasib mereka sendiri. Dan tidak akan berubah suami kamu itu, melainkan suami kamu itu ubah nasib mereka sendiri. Apa jua masalah, ambil letak pada diri kita, check dan muhasabah diri kita kita buat tak 10 perkara di bawah ini, kenapa rezeki suami tersekat sana sini.
Ini 10 Sifat Isteri Yang Membuat Rezeki Suami Mengalir Dengan Sangat Deras
Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahwa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak dapat dilihat secara mata kasar, tetapi dapat dijelaskan secara spiritual bahawa 10 karakter isteri ini ‘membantu’ menghadirkan rezeki untuk suaminya.
1. Isteri yang pandai bersyukur
Istri yang bersyukur atas semua karunia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk juga rezeki. Miliki suami, bersyukur. Jadi ibu, bersyukur. Anak-anak dapat mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menambah (nikmat) padamu apabila kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7).
2. Isteri yang tawakal kepada Allah
Di waktu seseorang bertawakkal pada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal pada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. ” (QS. Ath Thalaq : 3).
Bila seseorang isteri bertawakkal pada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak selamanya harus langsung diberikan pada wanita itu. Boleh jadi Allah akan memberi rezeki yang banyak pada suaminya, lalu suami itu memberi nafkah yang cukup pada dirinya.
3. Isteri yang baik agamanya
Rasulullah menjelaskan kalau wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.
“Pilihlah kerana agamanya, niscaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Beruntung itu beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya yaitu dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.
Cuba kita perhatikan, In Sya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya patuh pada Allah lalu mereka mati kelaparan atau kebuluran. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat pada Allah namun rezekinya lancar? Boleh jadi Allah akan memberi rezeki pada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi kerana taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah lalu mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.
4. Isteri yang banyak beristighfar
Di antara keutamaan istighfar yaitu mendatangkan rezeki. Hal semacam itu dapat dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 sampai 12. Kalau dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.
“Maka saya katakan pada mereka, ‘Mohonlah ampun pada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan padamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (juga di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).
5. Isteri yang gemar silaturahim
Isteri yang gemar menyambung silaturahim, baik pada orang tuanya, mertuanya, sanak familinya, serta saudari-saudari seaqidah, pada dasarnya dia tengah menolong suaminya membuat lancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
“Siapa yang suka dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi. ” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
6. Isteri yang suka bersedekah
Istri yang suka bersedekah, beliau jua dalam intinya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Kerana keutamaan sedekah misalnya dijelaskan pada surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah sampai 700 kali lipat. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah.
Apabila isteri yang mendapat nafkah dari suaminya, lantas sebahagiannya dia pakai untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya. Namun mungkin saja dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah sama beserta sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) buat siapa saja yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Tahu. ” (QS. Al Baqarah : 261).
7. Isteri yang bertaqwa
Orang yang bertaqwa bakal menerima jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan beliau bakal mendapatkan rezeki menurut arah yang tidak disangka-sangka. Misalnya firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertaqwa dalam Allah, nescaya beliau bakal mengadakan jalan keluar baginya serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq : 2-3).
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya apabila seseorang ingin menerima suatu hal, dia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Beliau tidak dapat mendapatkan sesuatu itu tetapi dari pemiliknya.
Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan cuma bersandar kepada usaha manusiawi namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya selalu mendapatkan limpahan rezeki berdasarkan Allah, serta yakinlah apabila isteri berdoa dalam Allah buat suaminya tentu Allah akan mengabulkannya.
“Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan.” (QS. Ghafir : 60).
9. Isteri yang suka solat dhuha
Solat dhuha adalah solat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Solat dhuha dua raka’at setara beserta 360 sedekah buat menukar hutang sedekah setiap persendian. Solat dhuha empat rakaat, Allah bakal mengklaim rejekinya sepanjang hari.
“Pada pada tubuh insan ada 360 sendi, yang seluruhnya mesti dikeluarkan sedekahnya. ” Mereka (beberapa sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah? ” dia menjawab, “Engkau bersihkan kahak yang ada dalam masjid merupakan sedekah, engkau menyingkirkan suatu hal yang Mengganggu menurut jalan yaitu Jadi apabila engkau tidak menemukannya (sedekah sebesar itu), jadi dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu. ” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput berdasarkan empat rakaat di awal harimu, pasti Aku cukupkan untukmu pada sepanjang hari itu. ” (HR. Ahmad).
10. Isteri yang taat serta melayani suaminya
Salah satu kewajipan isteri pada suami yaitu mentaatinya. Sepanjang perintah suami tak dalam rangka mendurhakai Allah serta RasulNya, isteri hendaklah mentaatinya.
Apa hubungannya beserta rezeki? Ketika seorang isteri taat dalam suaminya, jadi hati suaminya juga damai dan hening. Ketika hatinya damai, dia sanggup berpikir lebih jernih dan kreativitinya ada. Semangat kerjanya juga aktif. Ibadah juga lebih damai, rezeki mengalir lancar.
Kalau tidak mampu bantu suami dengan perbuatan, bantu suami dengan nasihat, kalau masih tidak mampu bantu suami dengan nasihat, maka BANTULAH SUAMI DENGAN AMAL...SERAH PADA ALLAH TAALA..
Jangan buat musuh ya..kerna PINTU NERAKA terbuka luas untuk kaum isteri sebegitu.
Kena ingat lagi satu perkara, SEHEBAT MANA KAUM WANITA TETAP TIDAK BOLEH JADI IMAM DALAM SOLAT..
PERCERAIAN BUKAN JALAN PENYELESAIAN TERBAIK..kalau memilih jalan begitu, kat mana lagi kaum isteri nak mencari kunci syurga...kena tak berkahwin sampai ke tua, penat kak ooii menggagau cari kuncinya tak jumpa-jumpa.
Kalau 10 perkara ini, isteri tak mampu buat untuk bantu lancarkan rezeki suami, balik muhasabah dan perbetulkan diri dulu adalah lebih baik, daripada merungut suami tak mampu, tak berduit dan sebagainya ya.
Faham Faham