Kenapa kita perlu bersyukur??


Bismillah.. 
Kenapa kita perlu bersyukur?
Sedangkan kita sudah disiapkan segalanya baik rezeki dan taqdir.

Mudah sahaja, tanda diri itu ada masih ada secebis iman.

Beza orang beriman dengan yang kufur adalah mereka risau tidak menunaikan hak Allah secara fitrah.

Kita solat sunat Dhuha bukan kerana nak rezeki tetapi tanda kita hambaNya yang sentiasa bersyukur.

Secara Falak:
Matahari mula muncul maka berlaku fotosintesi (klorofil) di zon hijau menjadi glokusa kepada pokok maka pucuk mula mengeluarkan bunga dan bunga membesar menjadi buah yang masak ranum. Maka semua yang hidup boleh makan dengan asbab Allah mengurus tadbir alam ini.

Secara Ekonomi:
Maka pertanian mula rancak, penghasil jentera dan berdagang lah ke seluruh dunia dan cukup sampai ulat dalam batu. Manusia boleh menghasil pelbagai kemajuan dan menikmati kekayaan.

Secara Fizik dan Kejuruteraan.
Lahirlah pelbagai Industri skala besar untuk menghasilkan makanan di dunia. Maka lahirlah rangkaian perkilangan dan manusia boleh bekerja dan menyara kehidupan. Asbab Allah mengurnia waktu Dhuha.

Secara lain lain panjang sangat nak tulis.

Tukar pemikiran dari nak sekian sekian dari Solat kita. Jadilah hamba yang ikhlas dan bersyukur melihat nikmat yang Kurniaan kan pada kita semua.

Asbab Waktu Dhuha para Nabi dan solihin bangun bersolat Dhuha tanda bersyukur.

Apalagi nikmat yang kita ingin dustakan.

Surah Ar Rahman menerang detail satu persatu Allah memberi nikmat pada kita semua.

Selawat dan Salam pada Rasulullah saw atas perjuangan sehingga kita boleh sebut Laailahaillallah Muhammadan Rasulullah. Syadahah sehingga diambil nyawa.

Ya Allah Ya Fattah Ya Razzaq. Kesiankan pada kami semua yang menikmati pelbagai nikmat rezeki tapi masih nakal dalam beramal soleh. Ampunkan kami semua. Bukakan hati kami melihat hijab kebaikkan mengikut jalan Rasulullah saw.

Popular Posts