Membongkar potensi metafizik diri

Membongkar potensi metafizik diri

Dalam metodologi abad 20an ini terdapat pelbagai kaedah berteknologi tinggi dalam MEMBONGKAR POTENSI METAFIZIK DIRI. Percambahan ILMU adalah SATU RAHMAT daripadda ALLAH pada zaman ini dengan kepelbagaian kaedah dalam MEMBONGKAR POTENSI METAFIZIK MANUSIA. Salah satu kaedah yang digunakan zaman berzaman adalah kaedah ILMU HURUF & SAINS PENOMBORAN. ILMU MEMAHAMI SIFAT HURUF @ ANGKA atau NOMBOR. Ia adalah ILMU YANG BERLATARBELAKANGKAN DARI PELBAGAI ILMU KAJIAN & SUDUT PANDANG SERTA PENGALAMAN. Tokoh Motivasi terkenal Malaysia, Dato Dr Fadzilah Kamsah, juga membingkar potensi metafizik manusia melalui kaedah penomboran dari blok Sanatan, India. Sebab tu aliran kupasan beliau adalah KENALI DIRI MELALUI BULAN BULAN KELAHIRAN.

Nombor juga di kategorikan sebagai satu ”SIMBOL” yang ALLAH ciptakan untuk mewakili sesuatu PERKARA yang ada pada ALAM yang menjangkaui TEORI FIZIK. Lalu dengan kaedah ”SIMBOL” ini mampu untuk mengklasifikasikan sesuatu YANG METAFIZIK kembali KEPADA FIZIK. Namun hakikatnya adalah MENJANGKAUI FIZIK itu sendiri.


IMQ (Intelleigent Management Quadrant) - MODEL POTENSI KEHIDUPAN berdasarkan 4 sifat Nabi iaitu Siddiq, Amanah, Fatonah, Tabligh. itulah sebab nama Tribe ini diberi dengan lafaz bismillah, SAFT.
Di Tribe Public ini #769SAFT (Makam Orang Awam) ini, kita bicarakan Module 1 - FASA SIDDIQ bagi membongkar kebenaran & membenarkan (Energi Asma) Diri.

Apa yang kita akan belajar selama berada di Tribe Awam ini dan pada FASA SIDDIQ & AMANAH ini..??

1.  SIDDIQ   (Membongkar kebenaran dan membenarkan)
i)  Membongkar Energi Asma
ii)  Menyingkap Tabir Alam Diri
iii) Aktiviti “mata jiwa” dalam melihat kehidupan
iv) Mengetahui sumber kepada sumber kekayaan
v)  Membongkar Potensi Diri, Business dan Kerjaya

2.  AMANAH (Kekuatan Dalaman Menarik Kejayaan Luaran)
i)  Menyingkap RAHSIA MINDA & RASA POSITIF (Islamik NLP)
ii) Mengaktifkan ZON WIFI diri (SOP Buku 555)
iii) Membina Gelombang Magnetik Diri (Islamic Law of Attraction)
iv) Aktivasi Zon “Rasa Jiwa”
Di Tribe Public ini #769SAFT (Makam Orang Awam) ini, juga kita bicarakan Module 2 - FASA AMANAH bagi membenarkan KEKUATAN DALAMAN AKAN MENARIK KEJAYAAN LUARAN

KENAPA SOP ILMU BUKU 555 di Wujudkan dalam Tribe ini..??

Itulah bagi membenarkan Module 2 di peringkat Fasa AMANAH, di mana KEKUATAN DALAM (ROHANI) AKAN MENARIK KEJAYAAN LUARAN - SUMBER SEGALA SUMBER. CUKUP-CUKUPLAH HIDUP KITA SELAMA INI BERGANTUNG KEPADA SUMBER YANG MATI, MULAKAN KEHIDUPAN BARU DENGAN BERGANTUNG KEPADA SUMBER YANG HIDUP. Itulah praktikalnya dengan melakukan secara istiqamah SOP ILMU BUKU 555 itu.

Daripada kejayaan pada fasa SIDDIQ, barulah  kita dibawa kepada KUASA MINDA (Mind Power) yang disertai secara timbale balik dengan perasaan positif (Positive Feeling) . Ini merupakan peringkat Pelan Tindakan (AMANAH), inilah fungsinya SOP ILMU BUKU 555 itu.

Didalam model ini, ia dikenali sebagai tahap pembinaan sahsiah muslim atau Amanah. Teori dan formula dikeluarkan daripada ayat Surah al-Jin: 72 ayat 16

“Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berlaku lurus di atas jalan yang betul (islam), nescaya Kami (akan memberikan mereka sebab sebab kemewahan, terutama) turunkan mereka air hujan yang lebat.

Apabila kita sudah dibekal dan dikebalkan dengan Amanah sebagai Pelan Tindakan, barulah para peserta diperkenalkan kepada keupayaan Zon Wifi Diri untuk diaktifkan. Pada  peringkat ini, akan diajarkan untuk memulakan tindakan dengan memperbaiki Hubungan Dengan ALLAH, kemudian memperlengkapkan sebelum melebarkan kepada Hubungan Sesama Manusia. (DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN ZAKAT - Surah 5 ayat 555, asal kenapa buku 555 itu diwujudkan).

Apabila kita berjaya mendahulukan sayang kepada ALLAH, tidak ada kebimbangan lagi di dalam diri dalam menelusuri  kehidupan. Semuanya justeru semangat telah dibangunkan dengan kesedaran, dan diri dipenuhi dengan Rasa Syukur (gratitude). Di sini fungsinya SOP ILMU 7 GETARAN KESYUKURAN itu.

Dalam usaha untuk mencapai tahap terbaik potensi kehidupan yang kebergantungan kesemuanya kepada Allah subhanahu wa ta’ala, model ini menyarankan perubahan insan hari ini dilakukan pada peringkat Siddiq. Di sini, usaha, pembinaan, kreativiti dan mengenali diri menjadi pasak utama. FASA SIDDIQ adalah usaha MENGENAL DIRI, membongkar kebenaran dan membenarkannya. Dalam fasa ini adalah berhubungkait melalui wahyu pertama yang ALLAH telah turunkan kepada BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W melalui surah AL A’ALAQ ayat 1 – 5 :

Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang telah menciptakan (1) Dia telah menciptakan manusia dari sebeku darah beku (2) Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Mulia (3) Yang mengajar manusia dengan pena (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak dia ketahui. (5) (96: AL’ALAQ ayat 1-5)

Melalui ayat ini, menjelaskan bahawa, hendaklah bermula membaca setiap sesuatu ciptaanNYA dengan NAMA tuhan. Membawa maksud, pada peringkat ini adalah fasa pembongkaran berkenaan NAMA–NAMA Tuhan yang hendak di terjemahkan melalui ciptaanNYA. Lalu, FASA SIDDIQ adalah untuk menterjemahkan NAMA-NAMA Tuhan pada setiap kejadian-NYA. Allah menyuruh melihat-Nya pada DIRI sendiri iaitu MANUSIA.

Dan pada dirimu sendiri, Maka mengapa kamu tidak melihatnya? 
(Surah 51 az zariyat ayat 21)

Diri manusia itu kecil sahaja, tetapi di dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar. (Saidina Ali bin Abi Talib)

Dan ini semua dimulai dengan iman yang sebenar-benarnya sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Surah al baqarah ayat 62)

(Demi jiwa –jiwa dan zat yang menyempurnakannya (7) lalu Dia memberitahu kepada jiwa jalan kejahatannya dan jalan ketakwaannya (8) Sesungguhnya telah berjaya orang yang mensucikan jiwa itu dari dosa–dosa (9) [Surah Asy Syams 91 ayat 7 – 9]

Sebeku daging adalah hati (JIWA). Pada peringkat penyempurnaan kejadian JIWA, ALLAH telah melengkapkannya dengan NAMA–NAMA kesempurnaan NYA iaitu ASMA UL HUSNA. Setelah di teliti dan dikaji, ASMA UL HUSNA adalah NAMA–NAMA yang ALLAH telah ILHAM dan AJARKAN kepada NABI MUHAMMAD S.A.W dan NABI ADAM A.S. Asmaulhusna mempunyai 99 NAMA YANG UTAMA.

Bersandarkan 99 ASMAULHUSNA, boleh dikategorikan kepada 9 kumpulan besar yang mewakili setiap satu nya 11 ASMA, Itulah struktur numbering 1 hingga 9. Lalu terbina lah 9 kategori ASMA yang mencerminkan kepada personaliti yang TERPUJI yang hanya MILIK ALLAH untuk diterjemahkan oleh MANUSIA YANG BERNAMA KHALIFAH agar ianya tidak melakukan kehancuran dengan bersandarkan ENERGI ASMA ini.

Tribe #769SAFT ini tribe besar dan merupakan PINTU MASUK utk ke Quadrant seterusnya.
Di sini FASA SIDDIQ kena selesai di sini dulu ya..ini tak selesai akan menyukarkan kalian semua di sini utk follow Quadrant AMANAH, FATONAH, TABLIGH.

ILMU SEMUA MILIK ALLAH, RANTINGNYA BANYAK. TIDAK ADA CACAT CELANYA. CUMA BERGANTUNG KEPADA YANG BERKONGSI ILMU & MENERIMA ILMU DIBERI TAUFIK (ACTION) DAN HIDAYAH (KEFAHAMAN) OLEH ALLAH SAHAJA. SIFU SEBAGAI NAKHODA UTAMA BAHTERA #769SAFT INI BERTANGGUNGJAWAB ATAS SETIAP BAIT-BAIT ILMU SEBAGAI SATU AMANAH DI SINI DAN MENANGGUNG DOSA DUNIA DAN AKHIRAT KALIAN ANDAI LARI DARI LANDASAN TAUHID YANG HAQ.

Kaedah yang sifu gunakan di sini adalah Pembongkaran Potensi Kehidupan melalui Kaedah Metafizik Sains Penomboran Islamik Berasaskan Al Quran.

Allah ciptakan sesuatu itu berpasang-pasangan tiada lain melainkan untuk MENTAUHID DAN MENGESAKAN ALLAH SWT (rujuk Surah 51 ayat 49).

SILA JADIKAN TUJUAN SEBENAR KITA BELAJAR KENAL DIRI. JANGAN ADA SEBAB LAIN DARIPADA ITU.

Faham dan Jelas semua ya setakat ini, terutamanya yang masih baru join tribe ini. Yang faham, ucap SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Tentang MISI, VISI, OBJEKTIF tribe ini diwujudkan boleh JOIN di sini utk ulangkaji ya
@BilikIlmu_769SAFT

Bila selesai sudah Fasa SIDDIQ & AMANAH di Tribe Awam ini, barulah ke IMQ ENTREPRENEUR AKADEMI untuk habiskan Fasa TABLIGH & FATONAH pula.

Sifu Farihan Yahya
09 April 2017 @ 9.28 pagi
Kuala Terengganu

Popular Posts