Kita Luar Biasa I


Selamat petang semua, apa khabar?

Petang ini sifu nak share tentang topik KITA LUAR BIASA, berapa ramai yang nak dengar?

KITA LUAR BIASA

Baik, kita sering memerhati kereta di jalan raya, Honda, Toyota, BMW, Ferrari, Perodua, Proton dan banyak lagilah. Setiap kereta yang melintas, kita takjub dengan kecantikan dan kehebatannya. Betulkan..

Buggati Veyron adalah kereta terpantas di dunia. Sifu masih ingat satu episod dalam rancangan TOP GEAR iaitu mereka membandingkan kelajuan kereta itu dengan kereta-kereta yang lain. Ternyata Buggati Veyron tiada saingannya, dan ia hanya layak berlumba dengan Jet Pejuang. Malah ada episod lain, pertarungan antara Buggati Veyron dengan Pesawat Pejuang F-14, pertarungan itu dimenangi oleh Buggati. Sifu fanatic fans rancangan TOP GEAR kerna minat dengan SPEED..benda paling laju dalam dunianya semuanya mahal, seperti Ferrari, Lamborgini dan sebagainya. Begitulah juga dalam kehidupan kita juga, nak berjaya dan kaya kena membayar dengan harga mahal..

Mahalnya kat mana tu..?? Mahalnya terletak PENGORBANAN UNTUK BANGKIT JAM 3AM UNTUK BANGUN TAHAJJUD DAN SOLAT  2 RAKAAT SEBELUM SUBUH..kalau ini gagal, ucap selamat tinggal dunia tentang nak kaya dan berjaya.

Sifu bukan tak mahu nak ambil contohi kebaratan sebagai idola, tapi sejak sifu mendalami ilmu metafizik sains penomboran berasaskan Al-Quran #1 di dunia ini, sifu dah STOP mengagung-agungkan dunia barat sebagai idola kerana dalam Al-Quran, Hadis dan Rasulullah SAW itu sendiri yang Michael John Hart sendiri menulis dalam buku beliau RASULULLAH SAW adalah individu paling berpengaruh sepanjang zaman, tempat ke-2 Nabi Isa, dan ke-3 Sir Isaac Newton. Memang nampak "POYO" tapi itulah hakikatnya..kubur masing-masing, perjalanan hidup masing masing..its about a CHOICE...

Pada sifu mulut kita mengucap kalimah syahadah, tapi mengagungkan dan angkat dunia barat sebagai idola dan role model adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Dunia angkat Rasulullah SAW sebagai role model, kita umat nabi Muhammad SAW pula, segan dan malu-malu kucing untuk letak beliau di tempat yang sepatutnya. Di mana letaknya PENYAKSIAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH kita sebenarnya, kerana baginda Rasullullah sesempurna makhluk ciptaan Allah..betul kan..???

Kita sambung pula jam 5.30 pm nanti ya, jom Solat Asar dulu boleh boleh

Popular Posts