Kajian kes : Teori E=MC2 dan projek Nawaitu


Salam...dah dinner ka semua? Semua sihat ka?

Apa perkembangan selama beberapa hari sifu tak sempat bersiaran atas bz dengan program nie..?? Atau ada lagi tak yang masih blurr dan belum menjumpai dirinya..??

Ummi Rihan :
Alhamdulillah bz jugak 2 hari ni dengan aktiviti Nawaitu..memang rugi sapa yang tak join😬
Alhamdulillah baru selesai misi mengedarkan infaq sejadah dan kek infaq.

Farihan Yahya :
R U happy now Ryhan..?? After follow dan hadam ilmu E=MC2?

Ummi Rihan :
Allahu😭😭😭tiada daya saya. Happy tu akan rasa pada yang follow ilmu tu.

Farihan Yahya :
Berapa ramai nak Ryhan share ilmu E=MC2, cukup 30 orang sifu minta Ryhan share details atas pengalaman RASA beliau..?? Boleh Rihan?

Ummi Rihan :
In sha Allah

Farihan Yahya :
Ryhan, cer share Progress development sebelum dan selepas jumpa dan kena ketuk-ketuk dengan sifu..sifu on driving from Kuantan to Temerloh nie, sian sunyi jer sini, depa dahagakan ilmu.

Esok, baru sifu free, sifu share MATRIX KEHIDUPAN, untuk kalian semua faham HIDUP NIE nak duduk di Zon Rendah - Rendah ka, Rendah - Tinggi ka, Tinggi - Rendah ka, atau Tinggi - Tinggi..

Malam nie, kita bagi Ryhan share dulu ya, bernanah jugaklah telinga dia setiap kali jumpa sifu.

Ummi Rihan :
Bismillah

Sahaja RY share ilmu RASA ini yang indah Ya Badi' lagi tersusun rapi Ya Baari mengikut agendaMu kerana Allah Taala.

Sebelum mengetahui ilmu E=MC2 memang langgar dinding habis. Buat semua tak menjadi asyik ke laut je.
Selepas hadam ilmu formula ni dan follow sikit² buat sikit². Alhamdulillah semua berjalan lancar biar sikit dulu namun istiqomah tu ada.
Semua ni adalah dengan dayaNya yang Maha Mutakkabir sangat luar biasa. Solatnya lebih tersusun. Zakat dapat dikeluarkan. Sedekah dapat diberikan tanpa ragu² lagi. Yang paling nampak ketara bila kita memakmurkan insan lain. Kerana doa orang yang kita memberi dia rasa bahagia dan gembira itulah sangat mustajab. Subhanallah bila kita tidak lagi fikir apa, bila dan bagaimana Allah akan lorongkan dan jalan terus ini la hasilnya dengan izin Allah. Saya tiada daya sebesar zarah pun. Semua Allah yang menggerakkan.

Allah hadirkan Sifu untuk saya belajar dan praktikkan ilmu Ya Alim sebelum ni belajar namun tak amal sungguh-sungguh sebabnya saya tidak percaya dengan rezeki Ya Razak yang Allah telah tetapkan.

Teori E=MC2 yang Sifu bagi tu kita kena keluarkankan dulu berikan dulu.
Bila hadam dan pratik teori yang Sifu bagi tu saya follow memang tak faham pun sebenarnya namun Allah beri kefahaman bila Sifu cakap terus buat jalan terus.. In Sha Allah aturan Allah tu memang sangat luar biasa. Allah mengikut sangkaan hamba2Nya. Kita fikir baik, buat baik, dapat pun yang baik In Sha Allah.

Sekiranya kalian ingin mengikut perkembangan aktiviti Nawaitu boleh klik link ni di bawah ye.

TERIMA KASIH ALLAH
Terima kasih Sifu
Terima kasih Sahabat
Terima kasih team Nawaitu

@RYNawaitu

Popular Posts