Ada yang tak tidur lagi ka,
Sifu nak sambung sharing yang masih belum habis dulu.
Jom kita sambung Topik dalam Ilmu Pelaburan Langit, yang buatkan rezeki melutut ke kaki.
1. Kewajiban : Segera tunaikan waktu ini juga
2. Pelaburan : Lebih Cepat dan Lebih Banyak
3. Pelaburan : Ambil Penawaran Perdana
4. Pelaburan : Beli Pada Harga Terendah
5. Pelaburan : Kejar Massive Income
6. Pelaburan : Melaburlah pada Hartanah
7. Pelaburan : Mencipta Passive Income
Topik 1 & 2 dah selesai sifu kupas di tribe ini sebelum ini
Malam nie kita sambung kupas Topik ke-3 iaitu
Pelaburan : Ambil Penawaran Perdana
Pelaburan : Ambil Penawaran Perdana
"Ambil Penawaran Perdana"..??
itulah salah satu bahasa jargon iklan yang sering kita baca atau kita dengar.
Jadi, apa sebenarnya yang dikatakan dengan penawaran perdana ini..??
Jika kita minat dengan sesuatu pasaran modal, harga perdana adalah harga saham dari perniagaan yang melakukan penawaran saham perdana atau Initial Public Offering (IPO) di bursa saham. Penentuan harganya adalah dilakukan dengan menggunakan suatu ilmu analisa atau melalui mekanisma pasaran atau hukum permintaan dan penawaran. Pembelian saham pada harga perdana biasanya akan menjadi sasaran kepada para pelabur, kerana harganya yang akan beranjak naik setelah ditransaksikan.
Begitulah juga, kalau kita berminat untuk melabur di dalam bidang hartanah, penjualan rumah dari suatu kompleks yang baru dibuka, harga pada penawaran perdananya biasanya masih murah kerana pengasasnya masih dalam promosi program sehingga memberikan diskaun atau hadiah-hadiah yang menarik. Setelah perumahan itu laku dijual, sepantas kilat pengasasnya akan menaikkan harga berkali-kali ganda.
Selain daripada itu sudah tentulah, pada penawaran perdana itu, produk yang tersedia masih banyak, bervariasi, fresh lagi original, sehingga kita memiliki banyak pilihan untuk mendapatkan produk yang benar-benar berkualiti..
Hal-hal sebeginilah maka untuk melakukan pelaburan, kita adalah disarankan untuk melabur pada penawaran atau harga perdana.
Ini yang Robert Kiyosaki bawa dalam ketengahkan kuadrant kewangan EBSI beliau dalam menuju Financial Freedom.
Baik, sekarang sifu kupas mula Kuadran Kewangan FAST pula, yang tadi EBSI itu ilmu kulit..Allah kan buat setiap sesuatu itu berpasangan-pasangan (rujuk Surah 51 ayat 49). Bila ilmu kulit dipasangkan dengan ilmu isi, barulah sempurna ilmunya.
Kuadrant Kewangan FAST ini adalah ilmu isi, hasil tadabbur daripada surah al-asr..
The FAST Quadrant
Islam adalah jalan yang lurus, tiada sebarang halangan di antara kecerdasan kewangan dan kecerdasan spiritual. Bagaimanakah Islam mempertemukan kedua-dua kecerdasan ini..??
Melalui kajian apa yang tersirat dalam Surah Al-Asr, sejarah hidup dan sifat Rasulullah S.A.W. Sebenarnya tidak ada sebarang garis pemisahan bahkan dengan indahnya mempertemukan kecerdasan kewangan dan kecerdasan spiritual melalui konsep The FAST Quadrant. Apakah itu..?? kita akan kupas di sini secara terperinci.
"Demi Masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati antara satu sama lain supaya mentaati kebenaran dan nasihati menasihati supaya mengekalkan kesabaran".
Ya, itulah Surah Al-Asr. Surah ini begitu terkenal dan hampir semua muslim mengenal dan hafal surah ini. Salah satu surah terpendek kerana terdiri dari 3 ayat selain surah Al-Kausar. Tahukah Anda bahawa surah ini memiliki banyak keutamaan sehingga para orang soleh pernah berkata tentang surah ini.
"Jika dua sahabat Rasulullah S.A.W bertemu maka keduanya tidak akan berpisah kecuali setelah salah satu daripadanya membacakan kepada mereka yang lain surah Al-Asr hingga selesai, kemudian memberikan salam."
Imam Syafi'i berkata"Sekiranya manusia mahu memperhatikan isi kandungan surah ini, nescaya surah ini akan mencukupi baginya. Imam Syafi'i juga berkata "Kalau seandainya Allah tidak menurunkan hujjah kecuali surah ini kepada hamba-hambanya, nescaya sudah mencukupi bagi mereka".
Luar biasa surah ini..
Pendek tetapi dahsyat, "Amazing & Powerful".
Banyak sekali penulisan mengenai surah ini yang isinya lebih kurang mengenai keutamaan waktu, kerugian manusia dan, pentingnya iman dan amal serta menegakkan kebenaran dalam kesabaran. Untuk lebih pemahamaan, jom kita tadabbur isi kandungan surah ini dengan lebih mendalam.
Ternyata, apa yang tersirat di sebalik Surah Al-Asr ini begitu lengkap dan indahnya menggambarkan tentang 4 kecerdasan utama seperti di bawah :-
"Demi Masa" - ini menunjukkan KECERDASAN INTELEKTUAL. Waktu melambangkan kecerdasan intelektual, intelektual berkembang seiring dengan peringkat kemampuan mental (mental age) serta peringkat usia (Choronologcal age) (Surah Al-Asr ayat 1)
"Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian" - ini menunjukkan KECERDASAN KEWANGAN. Apabila kita berbicara tentang kerugian sesungguhnya kita sedang berbicara dalam bahasa perdagangan, kerana akhirnya daripada suatu perdagangan adalah sama ada mendapatkan keuntungan atau kerugian.
(Surah Al-Asr ayat 2)
(Surah Al-Asr ayat 2)
"Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh" - ini menunjukkan KECERDASAN SPIRITUAL. Kecerdasan spiritual haruslah dengan kesedaran, adanya Allah dan manfaatkan serta mewarnakan kehidupan dengan perbuatan baik. Apa yang sifu kongsikan dalam @Tribe_769SAFT, SOP BUKU 555 itu adalah untuk membangunkan Kecerdasan Spiritual dunia dalaman diri. (Surah Al-Asr ayat 3)
"Dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya mengekalkan kesabaran". - Ini menunjukkan KECERDASAN EMOSI. Initipati daripada kecerdasan emosional adalah kebenaran atau kejujuran serta kesabaran.
(Surah Al-Asr ayat 4)
(Surah Al-Asr ayat 4)
Baik, sekarang kita gunakan untuk pelaburan langit pula..??
Dalam ilmu pelaburan langit, apakah yang dimaksudkan dengan penawaran perdana itu..??
Penawaran perdana adalah penawaran pelaburan dari Allah pada waktu perdana atau pada 1/3 malam hingga waktu dhuha.
Kenapa kita sebut sebagai Penawaran Perdana..??
1. Waktu yang bermulanya perhitungan atau perselisihan malam dengan siang yang tergelap sesuai dengan pepatah, "malam tergelap adalah malam yang menjelang fajar".
2. Waktu pagi ini adalah waktu pergantian malam menjadi siang. Pada waktu pagi, mausia sibuk dengan pelbagai aktivitinya dan kadangkalan terlupakan Allah.
3. Hanya sedikit sahaja yang melaksanakan ibadah pada 1/3 malam ni. Sudah tentu kerana itulah waktu tidur yang paling best.
4. Sedikit yang pakai, sehingga kalau istilah komunikasi, jaringan tidak lagi sibuk, bandwith besar, jadi kita boleh mendapatkan connection dan akses yang cepat dan terhindar Loading lambat.. line telefon kita pun waktu tengah malam lah laju connectionnya.
Kerana inilah
Siapa yang beriman dan hanya ingat Allah dan beribadah, akan mendapatkan harga penawaran perdana yang murah dengan keuntungan dan benefit yang berlipat kali ganda.
Apa yang ditawarkan oleh Allah kepada kita pada waktu tersebut?
Diluar kewajiban kita iaitu Solat Subuh, ada 2 ibadah yang disunatkan tetapi penting iaitu
1. Solat Tahajud
Terkabulnya doa
Mencegah maksiat
Mencegah penyakit
Menghapus segala dosa
2. Solah Dhuha
Mendatangkan rezeki
Memanjangkan waktu
Penjelasan detail tentang kedua solat ini akan sifu kupas detail bila masuk bab "Tangan Ghaib" nanti..
Sebab itulah dalam SOP Buku 555 ada disertakan amalan Tahajud dan dhuha ini.
Selamat Malam...
Semoga bermanfaat, Assalamualaikum