Dengar sini,
Tuhan Allah SWT
Boleh naikkan Matahari
setiap hari, setiap pagi
tanpa hantar Whatsapp dan tanya kita pun
DIA boleh turunkan bulan
DIA boleh naikkan bulan
Seisi alam DIA boleh manage
Takkan DIA tak boleh nak bantu
selesaikan masalah kita yang kecik2 ni
Takder menda yang mustahil bagi DIA sebenarnya
Kalau kita get connected dengan DIA
DIA boleh buka dan hamparkan seluas-luas jalan
Yang mustahil kita jer yang kaya dengan seribu alasan
malas nak get connected dengan DIA
Ingat ayat dan faham ayat ini,
bukan sekadar tampal kat dinding sahaja
"Waman Yattaqillaha Yaj’allahu Makhrajan Wa Yarzuqhu Min Haithu La Yahtasib. Waman Yatawakkal ‘Allahi Fahuwa Hasbuh. Innallaha Balighu Amrihi Qad Ja’alahullahu Likulli Syaiin Qadra."
Yang bermaksud: “..Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah At Talaq Ayat 2-3)
Sangat-sangat penting faham ayat ini,
jadikan sebati dengan diri kita.
Allah bagi rezeki pada orang yang
TUNDUK, SUJUD, TAQWA, CONNECTED DENGAN DIA
DIA akan buka seluas-luas jalan
Amallah ayat seribu dinar, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau diamalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak 3x, In Sya Allah akan beroleh seribu faedah, barangsiapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Imam Malik (salah seorang daripada imam empat mazhab) menjawab melalui tulisan pada kulit kitabnya Al-Muwattha.
"Tidak akan berjaya generasi umat akhir zaman, melainkan mereka mengamalkan cara-cara dan tradisi yang telah menjayakan generasi pertama."
Baliklah kepada sunnatullah, berpandukan Al-quran.
Kalau kita nak berkomunikasi dengan ALLAH, solatlah.
Kalau kita nak ALLAH berkomunikasi dengan kita, bacalah Al-Quran.