Soalan :
Sifu saya ada sedikit #soalan 🙈🙈🙋🙋
Teman rapat saya dalam kesedihan kerana diuji.
Apa nama Asmaul Husna yang sesuai boleh dia amalkan?
Saya tak tahu bagaimana nak bantu dia saya cuma harap dia dapat merasa sedikit kelegaan dan tenang.
Jawapan :
Sifu menerima persoalan ini tepat jam 11 : 34 malam
Jadi seperti biasa as a MSP Practitioner
Sifu akan rujuk kepada Surah 11 ayat 34
"Dan tidaklah bermanfaat kepadamu nasihatku jika aku hendak memberi nasihat kepada kamu, sekiranya Allah hendak menyesatkan kamu, Dia adalah Tuhanmu, dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan".
Beritahu beliau, ini Al-quran menjawab bila beliau bersedih :
Surah Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
Jelas dan Faham ka akan jawapan sifu, kenapa Tuhan berkehendakkan beliau berada dalam situasi itu sekarang?
Kita mengaku beriman sedangkan kita tidak diuji lagi.
Ye Sifu saya faham UJIAN itu untuk bukti sejauh mane keImanan kita.
Dia begini untuk mudah faham,
DIRI kita ini analoginya adalah seumpama cd player
Kalau CD player kita masukkan music balada, rentak musiknya berbunyi macam mana..??
Balada juga hasil bunyinya.
Kalau dimasukkan musik pop rock bunyinya lagu mana..??
Pasti rock jua bunyinya
Baik, DIRI kita ini analoginya CD player itu.
Kosong (itulah dia Nafsu Mutmainnah).
Jiwa jiwa yang tenang, dan umpama berada di pintu syurga.
Di sebelah kanan diri kita nafsu-nafsu positive (syurga) iaitu
Nafsu Radhiah, Mardhiah, Kamilah
Di sebelah kiri kita nafsu-nafsu negative (neraka) iaitu bermula dengan Ammarah, Lauwamah dan Mulhamah. Ciri-cirinya boleh lihat gambarajah di atas.
Siapa yang masih duduk di Ammarah seumpama sudah menempah tiker super VVIP di neraka.
Barangsiapa yang telah duduk di Mutmainnah (tenang) seumpama sudah berada di pintu syurga. Kan orang baca talkin mcm tu.
Surah 98 Al-Bayyinah ayat 8
جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ ﴿٨﴾
"Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah surga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan merekapun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya."
Kalau pasang CD player REDHA pun syukur alhamdulillah dah, Allah sudah janjikan syurga..usah pi ke Mardhiah dan kamaliah tu, jauh sangat tu..
Ni semua persediaan Jalan Balik
Nak balik kena kenal dan tahulah Jalan Datang
Apa yang kita muzakarah di tribe ini adalah Fasa Kenal Jalan Datanglah
Step by step
Bermula kepada Kenal Diri, di situlah permulaan.
Saya belajar sesuatu sifu. Belajar untuk Redha saat kita diUji.
Benar, cukuplah pasang CD music REDHA
Dah memadai sebab syurga sudah dijanjikan
Usah panjat tinggi2 sangat, nanti jatuh terjun tiruk jadinya
Jelas dah kan anologi CD player dan CD music tu
Pilihlah nak pasang CD yang nak memanggil kita ke syurga atau neraka
Its your calls
Kunci Redha terletak pada Surah 2 ayat 115, paste tafsir mai share dalam ini
Allah SWT berfirman:
وَلِلّٰهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَاَيْنَمَا تُوَلُّوْا فَثَمَّ وَجْهُ اللّٰهِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ
"Dan milik Allah Timur dan Barat. Ke mana pun kamu menghadap, di sanalah wajah Allah. Sungguh, Allah Maha Luas, Maha Mengetahui."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 115)
Hadaplah ke mana arah sekalipun, tetap nampak wajah Allah...itulah kunci REDHA & TENANG.