Berbahagialah sebelum bekerja mengejar kekayaan


Ikat Ilmu dengan catitan,
Pelihara ilmu dengan amalan,
Sebarkan ilmu dengan lembaran,
Hayati “ILMU HIKMAH” dalam kehidupan!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Ucapan yang tentu menggetarkan hati kita. Ucapan yang mengandungi harapan supaya Tuhan senantiasa menemani kita serta melindungi kita dalam hidup dan pekerjaan kita. Alangkah bahagianya diri kita. Dalam setiap denyut nadi kita, Tuhan mendampingi kehidupan kita. Dia senantiasa bersama-sama kita dalam setiap detik kehidupan kita. 

Allah berfirman dalam Al-Quran :
“….Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat.” (Al-Baqarah: 186)

Ini adalah kaedah (prinsip pokok ajaran) Al Qur’an dalam masalah keimanan, yang memiliki hubungan yang agung dengan salah satu ibadah yang paling agung, yaitu ibadah doa.

Dan mahkota dari rahsia-rahsia halus yang berkaitan dengan kaedah dari kaedah-kaedah ibadah ini,          

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat”, bahwasanya Anda melihat padanya suatu rahasia di antara rahasia-rahasia keagungan agama ini, yaitu TAUHID, maka inilah Tuhanmu -wahai orang Mukmin- yang mana Dia adalah Raja dari segala raja, Yang Maha Berkuasa, Maha Memaksa, yang tidak ada satu kerajaan pun yang menyamai kerajaan-Nya, dan tidak ada satu kekuasaan pun (yang menyamai) kekuasaanNya; kita tidak perlu untuk membuat janji-janji (terlebih dahulu) apabila kita ingin memohon kepadaNya, juga tidak perlu kepada perizinan-perizinan, dan tidak pula hal-hal semacamnya. Sesungguhnya (Kita hanya perlu) mengangkat kedua tangan, disertai hati yang jujur, lalu meminta keperluan kita.

Kebanyakan daripada kita, ketika membayangkan diri mereka, sering terfokus  pada ketakutan, kebimbangan dan keraguan. Contohnya mereka ni takut miskin, takut gagal, takut tak dapat membahagiakan suami isteri, dan segala mak nenek ketakutan. Kita terlalu takut kepada banyak perkara yang tidak munasabah.

Oleh kerana dihantui oleh perasaan takut ini, setiap tindakan kita dipengaruhi oleh motovasi untuk berjuang ataupun berlumba. Akibatnya kita terus mengejar kekayaan yang tidak berkesudahan sampai jam 11 malam pakai tie lagi tetapi kita tidak pernah berasa bahagia. Kita tertekan  kerana asyik mahu mengejar kekayaan. Kita mahu menjadi kaya terlebih dahulu, kemudian baru menikmati kebahagiaan. Semua perkara kita buat sonsang habis.

Tetapi Al-quran dan sunnatullah mengajar kita berbahagialah sebelum bekerja mengejar kekayaan. Tuhan Maha Mengetahui setiap pekerjaan yang kita lakukan dengan rasa bahagia pasti membuahkan hasil yang memuaskan. Beberapa ayat lain dalam Al-quran, Tuhan menyuruh kita bahagia dalam menjalani kehidupan ini. Tidak perlu bersedih! Tidak perlu berasa takut.

Nabi Muhammad SAW juga sering mengamalkan amalan berbahagia sebelum melakukan sesuatu. Menjelang pagi hari beliau mengajak kita mendirikan solat Tahajud dan Dhuha. Dalam solat itu, kita berdoa meminta kemudahan, kelancaran dan limpahan rezeki. Selesai mendirikan solat Dhuha, air muka kebahagiaan kembali menyirami wajah kita. Ada nampak Nur Hidayah di air muka. Jumpa pelanggan pun sejuk jer mata memandang..bukannya kelam dan suram. Kita tentu berasa bahagia. Lalu kita segeralah bergegas menuju ke tempat kerja.

Dimulai pada solat Subuh, sebelum keluar rumah bertebaran mencari rezeki di atas muka bumi Allah, menurut kecenderungan diri yang ditentukan oleh Allah, sebelum berangkat meninggalkan rumah tangga, mengharung badai gelora ombak  kehidupan, jiwa perlu diisi terlebih dahulu dengan ENERGIZER PANCARAN ILAHI. 

Cuba perhatikan susunan indah amalan solat itu bermula dengan wuduk. 

Pertama Pembersihan Muka kerana di sana terletak mata, telinga, hidung dan mulut. Dengan itu bila kita berhadapan dengan orang. Kemudian pembersihan tangan, yang dengan itu kita akan memegang sesuatu. Penyapuan kepala, di sana terletak otak, alat berfikir untuk menghadapi soal hidup. Membersihkan kaki yang akan digunakan untuk melangkah. 

Selesai solat dhuha, mulailah bersiap siaga menghadapi usaha hidup. Berusaha dalam hidup itu diwajibkan oleh Agama. Allah berfirman dalam Surah 67 Al-Mulk ayat 15

"Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan."

Beberapa jam kemudian, waktu zuhur pula tiba, Azan berkumandang di setiap ceruk kota Matahari mula bergerak perlahan-lahan dari atas kepala kita. Hiruk piruk kota dirasai. Tubuh terasa letih sesudah setengah hari kita membanting tulang dan memerah otak. 

"Marilah Menuju Kejayaan" Hayya 'alal-falah", begitulah bunyinya panggilan Tuhan. Itulah waktu paling tepat untuk kita menstabilkan semua emosi kita ataupun membiasakan diri kita dengan kebahagiaan.

Dirikan Solat Zuhur, Nikmatilah! Lupakan semua masalah yang bersarang di minda buat seketika. Lepaskan segala bebanan hidup buat sementara waktu. 

Biarkan aura kejayaan meliputi jiwa kita. Berwuduklah. Rasakan sentuhan butiran air sejuk dan menyegarkan. Nikmatilah...

Subhanallah, kehidupan terasa begitu mengasyikkan. Ketika kita mengangkat kedua tangan, rukuk dan sujud, kita dapat rasakan aliran darah mengalir masuk ke seluruh rongga tubuh badan kita. Betapa nikmatnya bukan.

Semasa kita duduk berzikir, selepas selesai solat, cubalah tingkatkan rasa syukur dan undanglah kesyukuran ke dalam diri kita. Fikirkanlah bagaimana Tuhan memberikan kesihatan kepada kita hingga kita dapat bekerja dengan baik hari itu. Bersyukur dan Senyumlah. Berdoalah sepenuh hati. Mintalah kepadaNya dengan penuh kesungguhan.

Selesai jer berdoa dan merasakan kebahagiaan sudah diperolehi, bertebaranlah kita mencari rezeki. In Sya Allah mutu pekerjaan kita pasti menjadi baik..

Faham dan boleh follow setakat ini....

Popular Posts