Bismillah...
Assalamualaikum dan selamat petang
Jom..kita sambung proses ISLAMIC LAW OF ATTRACTION yang di ajar oleh Allah Taala dalam Surah Al-Fatihah
PROSES ISLAMIC LAW OF ATTRACTION
Satu daripada sumber popular dalam ilmu Law of Attraction dari Barat adalah video "The Secret". Video ini menjelaskan proses menarik kejayaan.
Proses Law Of Attraction yang dimaksudkan adalah MINTA, PERCAYA, dan TERIMA. (Ask, Believe and Receive)
Namun, selepas mengkaji susunan dan apa kandungan tersirat di dalam Surah Al-Fatihah, kita dapati susanan yang lebih tepat adalah PERCAYA, MINTA, dan TERIMA. (Believe, Ask, and Receive).
Malah, tarikan maksimun berlaku apabila BELIEVE (Percaya) ditingkatkan menjadi FAITH (beriman).
Dalam Konsep Islamic Law of Attraction, ia dikenali sebagai Konsep FAR.
FAITH —> ASK —> RECEIVE
Konsep FAR : PERCAYA SEBELUM BERJAYA
Kita seorang muslim, antara konsep iman adalah menyakini sesuatu dengan hati. Keimanan adalah keyakinan sepenuhnya kepada Tuhan tanpa perlu sebarang pembuktian secara fizikal. Ia dipanggil sebagai FAITH.
Ini sedikit berbeda dengan FAITH, BELIEVE iala kepercayaan melalui pembuktian. Sebab itulah bagi menambah kekuatan tarikan kejayaan yang lebih kuat, kita kena upgrade tahap keyakinan kita daripada BELIEVE kepada FAITH.
Jadi, Apa bedanya antara BELIEVE dan FAITH..??
BELIEVE adalah percaya selepas melihat.
FAITH adalah percaya sebelum melihat.
Dengan bahasa mudahnya, FAITH ini adalah membolehkan seseorang itu percaya sebelum berjaya.
Dalam bahasa ilmu tasawwuf, FAITH ini dirujuk kepada Ilmu YAKIN.
Dalam Islam, Ilmu YAKIN itu sendiri terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :
1. Ilmu Yakin
2. Ainul Yakin
3. Haqqul Yakin
Sebab itulah, FAITH mempunyai tahap yang lebih tinggi daripada BELIEVE. Dengan panduan Al-quran dan hadis yang lengkap, ISLAMIC LAW OF ATTRACTION Pratitioner sepatutnya sampai pada tahap FAITH. Ini menguatkan kuasa tarikan kejayaan dan kebahagiaan, selain membolehkan kita mencapai matlamat yang luar biasa.
Konsep FAR dalam Al-Fatihah
Cuba perhatikan lafaz basmalah sehingga ayat ke-3 dalam surah al-fatihah. Ia mengandungi unsur-unsur kepercayaan yang teguh kepada Tuhan.
Kita melafazkannya sambil menyakini yang Allah adalah Tuhan yang bersifat Maha Pengasih Maha Penyayang. Kita memuji Allah atas bentangan alam yang tiada cacat celanya dan kita juga yakin adanya hari kiamat dan Allah adalah Tuhan yang berkuasa ke atasnya. Yakin dan Percaya dengan sebulat hati tanpa perlu ada pembuktian (Faith).
Selepas kepercayaan itu, kita meminta pada Tuhan dengan rendah hati dalam ayat yang ke-4 dan ke-5. Meminta kepada Allah supaya memandu kita ke jalan yang benar. Jalan yang Allah pilih untuk kita adalah jalan yang terbaik untuk kita (Ask).
Akhirnya, permintaan itu disusuli dengan perkataan Aamiin yang bermaksud "Perkenankanlah". Apabila diperkenankan, maka proses terima (Receive) akan berlaku.
Begitulah indahnya susunan ayat-ayat Tuhan dalam surah al-fatihah. Walaupun ringkas, ia tersusun rapi dan berkesan di hati.
[ Malam Mustajab Doa ]
Sesiapa yang berhajat dan mempunyai doa untuk di makbulkan, malam ini malam yang terbaik untuk hajat kalian di makbulkan. Ambillah peluang kerna tahun hadapan belum tentu milik kita.